Sunday, March 10, 2013

Balik Kampung

Semalam balik kampung, tapi kampung orang lain, pergi kawan nikah dekat Bahau. Masuk je kawasan kampung tu, teringat lah kampung saya di KL dulu. Memang cantik kampung tu, jalan pon kecik, memang jalan kampung, tu belum lagi sesat dalam kampung tu, 2 kali jumpa kubur, sesat punya pasal, kalau kali ketiga jumpa kubur, memang lah petanda tak baik, haha.

Seronok tengok orang kampung gotong royong, memasak dan merewang, rasa memang mengimbau kembali  masa duduk dekat Semarak. Lagi-lagi masa kecik.Antara yang saya rasa menggamit memori semalam ialah:

1.meja kahwin: dulu selalu tolong pasang dan buka meja kayu yang panjang tu, untuk makan, sekarang kalau kahwin, semua meja bulat

2.pinggan mangkuk yang clear glass tu, pastu ada lekuk-lekuk , pastu siap ada tanda kat bawah pinggan tu, masa kecik-kecik dulu, arwah atuk ni penjaga harta surau, memang kalau lepas kenduri, kena kira stok barang, so kadang2 mengacau jugak lah, nak tengok berapa banyak pecah, pastu atok kena pergi beli dekat chow kit.

3.paling seronok tengok orang merewang, makcik-makcik bergosip sambil potong bawang, cute je! pastu yang pakcik2 pulak, sebuk mengaul kawah tu, tengok pulak ada yang bancuh sirap, zaman sekarang susah nak jumpa orang kahwin minum sirap, semua air warna lain, masa duduk kampung, mesti seperiuk sirap buat untuk kenduri.

4.Sebak juga lah semalam, tengok atuk-atuk kat situ, memang teringat arwah atuk, dengan cara pakaian semua sama, pastu pakai kopiah, bertongkat lagi, pastu duduk ramai-ramai bersembang, memang teringat arwah atuk.

banyak lagi lah, kelakar pdengar pakcik2 tu cakap dialek negeri, style habis! kahwin di kampung memang best, ramai-ramai penduduk kampung datang, gotong royong, pastu kalau datang, mesti bawak sekampit beras,atau berkampit-kampit gula. MAsa duduk kampung, orang kampung lagi suka kalau bagi makanan dari duit, sampai tak perlu keluar bajet nak kenduri, semua orang sedekah.

tapi rasanya orang kahwin sekarang, prefer bagi duit je, nak bagi hadiah pon jarang, sebab takut bagi benda sama.
tak sangak ada sawah padi dekat bahau ni

sah! tapi saya rasa kawan saya dah hafal lafaz tu setahun, haha

orang tengah merewang dekat belakang tu, meriah sangat!

**solat jumaat haritu,orang sebelah ni, time doa masa khutbah, imam sebut nama sultan selangor and anak dia, pastu dia terus palingkan tangan/palingkan doa tu (terbalikkan tapak tangan), lepas  habis je, terus doa betul balik, renugkan kenapa yer

3 comments:

m.u.l.a.n said...

memang kenduri kawin kat kampung paling best.. walopon kurang gemerlapannya... the atmosphere tu lain..

Zulfadly said...

sgt best, baru lah boleh kenal ramai orang, kalau kat bandar, semua catering je

wati said...

Kenduri dulu2 seronokkan. Tp teringat time nak kenduri bil - umah atuk kena rompak. Pg esoknya tgk botol air gula kosong - mesti perampok tu telan sbb nak ikut ilmu dia kot. Padan muka - mmg kena kencing manisla