Sambung balik Jalan Tassie ni, iaitu ke Strahan, memang kalau pelancong datang sini untuk naik cruise atau pon nak naik heritage train. Tak salah saya, ada 2 jenis cruise ni.
Harga cruise ni dalam $105 seorang, termasuk lunch. Boleh beli online
sini , bila nak beli tu, kalau ada student, cakap lah student, ada diskaun, dan kalau nak murah, tanya dia sendiri, ada tak diskaun, sebab bila saya tanya, dia bagi diskaun 20%, dapatlah dalam seorang $90 macam tu. Dan pilih lah seat yang murah, tak payah ambil mahal-mahal punya, sebab memang tak penuh cruise tu, boleh je duduk seat mahal bila dah belayar tu kan.
Trip ni rasanya ada 2 kali sehari, satu pukul 9am, satu lagi pukul 3pm, satu trip ni ambil masa selama 3 jam. Sepanjang perjalanan ni, kapten akan bercerita lah pasal sejarah dan tempat menarik disini. Ada 2 tempat akan berhenti, satu di Sarah Island, pulau ni bekas tempat banduan dulu, macam pulau jerjak, lagi satu berhenti dekat kawasan hutan paya bakau. Seperti biasa, view memang spectacular! memang rasa bertuah study tassie ni, heheh.
Dekat sarah islan tu, akan dekat situ selama 30 minit, ada guide bawak dan explain pasal pulau ni, lepas dah habis tu, baru dia hidang lunch. Lunch kat sini simple je, semua sejuk je, takde makanan panas, salmon, bacon, salad dan roti. So kami makan je lah smoke salmon tu, famly saya memang tak lalu lah makan, sebab salmon mentah kan, tapi smoke salmon tu, mahal kalau beli! saya lah bedal sorunk-sorunk, dah habis cruise tu, semua kelaparan lah.
|
ni masa diorang simbah air |
|
Christmas parade |
|
tu dia office cruise ni |
|
lepas je antar 2 pulau ni, akan ke open sea |
|
boleh naik atas sekali, masuk dalam kapten punya tempat ni, tapi janganlah memekak |
|
ni tempat bela ikan, macam kelong |
|
kelong |
|
sarah islan tour guide |
|
ni dia bekas bangunan yang masih ada |
|
sarah island, gambar tu gambaran sebenar keadaan pulau tu untuk banduan |
|
otw tu, akan nampak rumah kecik2 ni, yg duduk sini kerja dia tangkap lobster |
nanti sambung lagi
No comments:
Post a Comment