Wednesday, July 3, 2013

Milaege

Minggu ni macam tak de mood pulak, rasa panas skit hati ni, Semuanya gara-gara claim, patutnya saya dapat travel claim saya bulan ni, untuk bulan 6 dan juga bulan 5 yang saya lambat claim.

pastu bila dapat gaji, dapat gaji bersih je, admin cakap, bos nak revise mileage! sebelum ni dia bayar 40sen/km. memang murah sangat. tak pernah jumpa sekedekut ini. Tapi rupa-rupanya nak revise jadi 20sen/km!!!!!!!!!!!!!!!!

saya tak kisah kalau bos terbaca ni ke, kenapa lah kedekut sangat. padahal claim saya sikit je, sebab berkira sangat, jadi macam ni. kalau nak revise baru, start lah bulan ni, tapi dia tetap nak kasi 20sen jugak untuk yang lepas.

saya dah ada pengalaman kerja, bos bagi alasan sebab client tak bayar mileage, apa kene mengena?? perlu ke nak tahu pasal tu, kalau client bayar rm90sen, kau nak bayar 90sen ke? mesti 10sen kot. Mulaa-mula nak bagi 15 sen je, konon baik hati naikkan 20 sen, saya musykil saya berada di zaman mana.

penat saya berargue dengan admin, sebab dia kata, bos nak bayar duit minyak je, dia tak pikir kot duit maintance kereta. benda ni jadi isu sebab sebelum ni,memang takde staff keluar, bila saya masuk,kena keluar SEKALI SEKALA itu pun atas arahan opis, kalau pergi dekat2 memang tak boleh claim. Tak tahu nak cakap, saya cakap saya tak setuju masa hari isnin.

bila masuk opis arini, admin kata kat saya: Puan F@#$$% kata, kalau awak tak setuju juga, sila cari kerja firm lain!! terus sentap! hahah, kerja je lah, semakin boleh kerja. Moga makin kaya mereka2 ini. Sibuk nasihat orang lain pasal agama, padahal yg terdekt/diri sendiri pon tak jaga hubungan dengan manusia (general ni))

nak tahu gak, if ada orang lain dapat claim lagi murah dari tu

oh stresssss!!!! patut setiap tahun g umrah, pandai urus duit! (ni pon general)

5 comments:

Arina said...

Masyaallah Zul...terkezzut Auntie....mana ada mileage kereta RM20 sen zaman ni? Auntie yg tak berpangkat ni pun kalau claim RM70 sen. Apa dia ingat kereta kita isi air hujan ke instead of petrol???...Gi umrah setiap tahun tak miss tapi kalau aniaya orang pun tak guna jugak....leave it to Allah swt...what goes around comes around.....

Zulfadly said...

btul tu auntie arina, saya cakap kat dia mcm tu, terus kena suruh berhenti, ntah lah, bukan niat nak pertikai umrah dia, tapi kalau mcm tu jugak, tak guna kan, stress saya layan diorang ni, hehe

kekunang said...

Tukar firm weyh..start job hunting now!!! We are in demand now...kalau boleh cakap macam tu..nampak beno tak appreciate pekerja...tukar tukar!!

Unknown said...

claim office kami rm0.70.. tu pn mcm xcukup je..

NEKCIK said...

rezeki ada di amana mana..bumi Allah ini luas!! insyaallah