Lunch our dok bilik dan tido, sebab dah bawak bekal
last week ada satu hal yang buat saya berfikir lama lah juga.
entry ni bakal mengangkat saya sebagai hero, haha, entri ni memang sgt berlagak.
macam ni ceritanya,
pergi kedai mamak dekat rumah, masa parking, nampak ada pakcik tu, tengah nak cabut tayar, agak tua pakcik tu, dia dengan bini dan anak perempuan, saya pon lalu je lah, pastu order air bungkus, bila dah abis, nak masuk kereta, saya tengok pakcik tu still struggle nak buka skru tayar tu, ikutkan hati, nak balik terus, masa tu rasa macam malas nak tolong, sebab baru lepas mandi, tetiba kaki tu terus je melangkah ke pakcik tu.
dan akhirnya, saya pon tolong, pakcik tu tak larat bukak skru tayar, sebab ketat sangat, dan bini dan anak perempuan lagi lah tak larat kan, kebetulan masa tu senja dah, dia tak nampak sgt nak buka. saya dengan macho terus tolong, dalam hati risau kalau saya pon sama tak larat, hahaha.
tapi Allah mudahkan, nak tukar tayar kereta sendiri pon lama, tukar tayar pakcik tu kejap pulak, pakcik tu naik merc, tayar memang berat giler, hahaha.
kesudahnnya, siap lah tayar tu, dan rupanya, pakcik tu jiran dekat area rumah, yang mana, saya pon x kenal juga.
bangga diri x ? puji diri sendiri, tetiba rasa baik sangat, sebab saya imagine, kalau bapak saya kena macam tu, harap ada orang tolong dia.
sebab apa saya cerita?
sebab dekat area situ, bersepah pelajar, manusia, ummah lalu lalang, dan kereta pakcik tu rosak depan kedai mamak, malangnya, semua tak nampak atau buat2 tak nampak, leka dengan awek masing2 kot, tu saya rasa sedih, kalau tempat terpencil, saya boleh terima, ini kawasan ramai manusia, tiada siapa nak tolong, sebab pancit tayar pakcik tu dah lama. saya pulak sedih
ni bukan nak bangga diri (walaupun memang), tapi bagaimana reaksi orang sekeliling, semua buat hal masing2, sedih kot tengok pakcik tu, bantu lah manusia kalau bantuan itu tidak memudaratkan. sebab kita pon tak tahu bila kita susah, dan bila kita susah, tiada orang bantu, kita ada Allah untuk menghadapinya, kita takkan keseorangan.
please!!!! yg dok shah alam tu, tengok sekeliling skit, hehe
5 comments:
akak pun duk shah alam.. tapi kalau nak tulun sure tak termamfu oleh ku.. hee
Alhamdulilah..kerana Allah pilih Zul membantu....kerana ramai yang ada..tapi Allah tak pilih..so you have to be proud buat not riak..he..he
setuju sangat dengan pemikiran ko. Yes, sometime we human need reasons to help others. dan yg paling akan motivate kita utk tolongg orang lain is, "if this kind of thing happen to me or my loved one. i hope someone will be able to help them"
Good job!
as'salamualaikum, suka baca cerita disini. ayat yang simple dan bersahaja.. setiap niat dan kebaikan yang di lakukan akan dibalas dengan sesuatu yang baik, insya Allah. the world need more people like you..
akak pun bangga dik, sbb kalu jd kt akak, akak hrp ada yg tlg sbb akak comfirm tak tau nk tkr tyre kete tuh huhuhu....
tak ramai yg prihatin, ada mmg ada tp tak ramai...
Post a Comment