Thursday, April 5, 2018

Aturan All (Finale)

Bila dah tahu isteri saya mengandung, memang kami hanya inform orang terdekat, kalau boleh nak rahsia sehingga lah bersalin. Memang tak upload any gambar di sosial media.

Sepanjang kehamilan, memang banyak kali ke hospital. Di awal kehamilan, isteri saya mengalami 'spotting' dan perkara ini sangat merisaukan kami. Normal checkup/bulanan di buat di KPJ. Tapi bila ada spotting dan lain-lain, kami terus ke UMRA shah alam.

Isteri saya dimasukkan seminggu ke hospital, sebab mengalami pendarahan, doktor kata rahim tak cukup kuat. Dah beberapa kali juga mengambil suntikan untuk menguatkan rahim. Saya rasa sangat fobia bila setiap kali isteri saya keluar bilik air, dan akan cakap ada spotting. Risau teramat sangat.

Disebabkan masalah tersebut, doktor nasihat untuk isteri saya tak melakukan kerja berat. Disebabkan dia kerja di area Sogo, maka saya kena hantar dan ambil dia di KL bermula dari dia mengandung.

Shah Alam - Sogo - Subang 

Subang - Sogo - Shah Alam

Inilah rutin saya hari-hari, penat tu memang lah, sebab terpaksa tempuh jam banyak kali dalam masa sehari. Alhamdulillah, kandungan tiada masalah.


Alhamdulillah, lahirlah yang dinanti-nanti yang diberi nama ALI . Moga membesar menjadi anak yang soleh. Insyallah.

Saya ibaratkan proses kehamilan isteri seperti memegang kaca di tangan, jangan dijatuhkan atau terjatuh, perlu dijaga sentiasa bagi tempoh 9 bulan tersebut dan persaanya, hanya Allah yang tahu. Pengalaman pertama banyak mengajar erti kehidupan dan masih belajar sehingga kini

2 comments:

NekCik said...

alhamdulilah nekcik ucapkn tahniah semuga bertambah bahagia dengan kehadiran Ali amin
ingat ke lagi kat nekcik ye he he

norhidana miswan said...

alhamdulillah dik, semuanya selamat kan cuma kene berkorban lah...
masing2 punya ujian dik, masa mengandungnya mcm2 ujian mungkin nk bsrkan nnti mudah.... dia tak kuat meragam.... tp apa2 pun kita kene redha