Monday, April 9, 2018

Persediaan Awal


Sebab baca blog banyak sangat, ramai lah yang suruh buat persediaan awal. Itu belum arahan daripada keluarga. haha

Kami pun buat jugak lah, pack barang apa yang nak dipakai oleh mak dan bayinya, walaupun dah beli barang, still rasa tak cukup lagi barang yang dibeli.
Bila wife dah masuk 8 bulan, baru lah membeli barang.



Isnin
Pergi weekly checkup, doc kata baby maca kecik, buat CTG, ada minor contraction. Masa ni lagi 4 minggu due. Doc pon bagi 5 hari cuti. Yeay!!!

Balik rumah, before balik makan malam dulu. Bila dah pukul 9.30 malam, lapar lagi, keluar lah makan dan nak beli stok makanan wife saya duduk rumah seminggu.
Pukul 12 dah nak tidur. Tetiba…………..

Selasa

Wife: Rasa macam berair lah, air ketuban pecah………..

Say baru nak lelap dan terus bangun, lepastu pusing-pusing dekat katil sebab gelabah. Air ketuban dengan darah keluar. Cuak sangat. 
Siap cepat dan terus ke hospital. Masa ni bini saya relaks je.
Masuk hospital Selasa 12 Pagi, sehingga 8 Malam masih bukaan 2 cm, doc terpaksa operate dan keluar lah Ali tepat jam 11.38 malam sambil memancut pada semua doktor disitu..

Alhamdulillah.

1 comment:

kekunang said...

congrats Zul and wife. and welcome to the world Ali.

Czer atau normal, selagi namanya melahirkan, besar pengorbanannya. Aku deliver czer, lepas makcik bawang sibuk tanya bila nak beranak, dorang akan cakap macam2 pulak dekat perempuan yang deliver czer. Please protect wife from these makcik bawang.

Enjoy parenthood. Nanti tiba-tiba je Ali dah besar. hehe. Da boleh start cuci gambar kat lifebuuk!