Sunday, February 26, 2012

Sudah samapi Kampung!

Alhamdulillah, selamat sampai Kampung Lonnie!


cuaca disini teramatlah panas, suhu sampai cecah 40deg, memang panas, malam pon still panas, maybe untuk beberapa hari je, sebab esok weather forecast kata hujan + storm.

Flight ke Melbounre yang mengambil masa 8 jam, diisi dengan tidur dan termenung jauh memikirkan kehidupan mendatang, heheh. Balik dengan airasia, so paham-pahamlah macam mana seat dia, tegak berdiri je, pastu duduk dekat window, memang nak keluar kencing pon segan nak suruh lagi 2 orang ni bangun, so tidur je lah, kadangkala dengar perbualan orang sebelah ni, yang cakap cina je, mula-mula apek ni x kenal amoi tu, bila dah start sembang, dah ruper couple, pegang sana sini! hahah

x pernah ada kipas bilik zul ni, tapi sebab panas, kipas laptop pon jadi lah!

sampai melbounre around 12.15 am, so next flight pukul 8 pagi, adalah banyak masa nak diisi ni, yang bestnya dekat melbourne aipot ni, ada prayer room, memang bagus diorang ni, respect orang muslim ( tapi ada orang kata changi aipot xder tempat semayang? betul ke?) so semayang lah apa yang patot, cuma kena gilir-gilir je, sebab kecik je, n campur laki n pompuan. Bila perut lapar, kembali lah pada kehidupan lama, pergilah makan fillet dekat mcd tu, alas perut ni.

lepas subuh je, terus pergi check in, sebab dah malas nak tunggu lama sanagt, kali ni naik virgin, dah insaf naik jetstar, sebab staff dia suck+rude+racist! nasib kali ni, berat x lebih, kalo x, mcm tahun lepas, kena bayr 250$ just for xtra weight! huhuh. pastu masa cek in, pilih lah seat tepi tingkap, bila dalam flight tu, panas nyer, sebab matahari betul2 kat sebelah, tutup tingkap pon rasa bahang lagi, so selama sejam dalam flight tu, memang rasa panas, aircond pon tak terasa

bila jejak je ke kampung Lonnie, kembaliah kehidupan sebagai pelajar, nasib kelas mula selasa, isnin memang off day semester ni, heheh. samapi je rumah, bilik pon dah macam apa tah, taik tikus banyak, so seharian memebersihkan bilik, petangnya,kak Sal jempot datang rumah, apa lagi, melantak nasi ayam! sedap ! kenyang. sambil tu, melihat hasil tuaian yang ditinggalkan selama 3 bulan, hasilnya,semua pokok mati! sadis kan!
daun kesum yang semakin subur dan gemuk, tapi ni housemate yang tanam, dulu sikit je, sekarang dah membiak

pokok tomatot zul, dah berbuah lebat, tapi xder orang jaga, mati dah, tak dapat merasa langsung


kadar kemalasan sekarang sanagt tinggi, even nak masak pon malas,..............

6 comments:

umiyumi said...

Salam Zul..Selamat kembali ke kg utk meneruskan perjuangan. kat sini dah start autumn kot, dah start sejukkk.. takpe lepas ni tanam lagi pokok tomato tu :)

Zulfadly said...

awalnya autumn, selalu lonnie lah sejuk, kali ni, panas, skunk dah hujan, Alhamdulillah

Kakcik Seroja said...

Selamat meneruskan kehidupan di rantauan. Punya panas, sampai ejaan pun banyak yang ke laut ya Zul? :)

ibuintan said...

selamat meneruskan perjuangan dlm menuntut ilmu

Anonymous said...

selamat berjuang zul. :)

Zulfadly said...

thx semua, IAllah, buat yang terbaik for final sem ni, amin!