Monday, November 12, 2012

Pemahaman yang berbeza

susah untuk mencari persefahaman buat mereka yang berlainan fahaman, tidak kisah lah dari segi apa pun, memang hendak mencari satu titik kesempurnaan memang susah.

Rasanya banyak sungguh bersabar dengan banyak perkara, walaupun nampak kecil, tapi diulang dan diulang lagi, maka ianya menjadi besar, ditahap umur ini, rasanya semua sudah mampu berfikir untuk menjadi dewasa, berfikir untuk diri kita dan juga berfikir untuk mereka yang disekeliling kita, tidak perlu lah berfikir sehingga teliti, tapi cukuplah berfikir berdasarkan logik.

jika hidup mementingkan diri, jika hidup selalu hendak benar, jika hidup tidak mampu berbincang, jawapanya, memang tidak layak dihormati, kadangkala kita bergurau, tapi tidak semestinya ianya akan menjadi selamanya, ada masa kita berfikir secara normal, dan adakalanya kita menjadi diri lain. Hidup memang pelbagai ragam, tapi dalam setiap titik kehidupan itu, pasti ada persamaan untuk kita ikhtiarkan agar mereka disekeliling selesa dengan kita.

cuba bayangkan, jika semua benda hendak disalahkan, jika semua benda bukan dia yang lakukan, dan mengharapkan orang lain, tapi bila dinasihati berulang kali, langsung dikeji diperli dan tidak pernah untuk difahami, langsung tidak memberi ruang untuk bercakap, biadap! memang biadap! adab perlu ada, walaupun asasnya kita diacuan yang berbeza, tapi tidak bermakan kita dijadikan derhaka oleh mereka yang bergelar ibu  dan bapa, setiap perlakuan kita, orang pasti mengatakan itu didikan si ibu dan sibapa, jadi setiap perlakuan perlukan pemikiran dan dijadikan pedoman.

tiada manusia yang akan sempurna sesempurnanya, manusia pelbagai ragam dan cerita, dan pelbagai kerenah dan rencana. Ditahap ini, perlu berfikir sesama diri, siapa kita dan bagaimana kita.

asasnya adalah satu, memahami dan difahami, bukan hidup untuk menampung orang lain, jika kita guna bersama, pokonya perlu dibahagi bersama, bukan guna bersama, hanya empunya diri yang menampung semuanya, perlukah meminta seolah-olah peminta sedekah, perlukah merayu seolah si miskin tegar, kita rezki berbeza, bukan untuk berkira, sebab masing-masing lagak kaya, sedangkan orang lain papa disebabkan kehidupan tidak berkira. bagaimana semuanya ini satu perjalanan kita, jalan dan jalan, tapi perlu kita tengok sekeliling kita. Sekian!



*apa ditulis, apa diluah, hanyalah apa yang dirasa oleh saya, jika ada membaca dan terasa dengan setiap patah bicara, itu adalah interpretasi anda, secara keseluruhanya, ianya sangat luas aspek percakapan ini, bukan dituju kepada sesiapa, tapi untuk diri sendiri, sebab saya memang tidak sempurna, peringatan untuk diri sendiri dan kita sesama manusia.

2 comments:

kekunang said...

setuju sangat entry ni....

Zulfadly said...

heheh, yer kekunang!