Monday, February 4, 2013

Perginya.......Alfatihah

Alhamdulillah, selamat sampai Malaysia Selasa lepas, pastu khamisnya fly ke kuching berjalan-jalan dan kembali ke Shah Alam Sabtu lepas. Masa di kuching, dapat call dari abang yang makcik meninggal, tak sempat nak balik awal, sebab flight saya malam.

Makcik saya ni kahwin dengan uncle saya, 2 minggu selepas abang saya kahwin, masa tu, saya baru mendaftar di tassie. rasanya pernah jumpa sekali je, itu pon masa raya 3 tahun lepas. makcik saya meninggal ketika melahirkan anak yang pertama.

apa yang mak saya cerita, arwah patutnya bersalin dalam 2 bulan lagi, tapi dia pening satu malam tu, dan pakcik saya bawa ke hospital, bila masuk hospital, jantung dia tetiba lemah, doktor terpaksa membuat pembedahan nak selamtak baby tu, bila lepas bersalin, arwah ni koma dalam seminggu, dan sedar selepas itu, dan Allah lebih menyayanginya, arwah menghembuskan nafas terakhir pada pagi sabtu lepas.

sekarang keadaan anak dia dalam keadaan kritikal, jantung berlubang, ada 3 lubang di jantungnya, kaki dia tidak lurus, dan tangan dia bercantum, dan terbaru, ada ketumbuhan didalam otaknya.

imagine jika kita berada di tempat pakcik saya tu? saya pon rasa tak sanggup nak dengar, tapi apa yang boleh kita harapkan, agar semuanya baik-baik, moga bayi yang masih belum diberi nama itu, mampu terus bernafas didunia ini, pakcik saya pon tidak mampu nak pergi tengok baby dia dihospital, sekarang dia dalam keadaan down sangat.

kepada semua, sedekahkan alfatihah buat arwah, moga ditempatkan dikalang orang beriman, sungguh besar pengorbanan beliau, menggadai nyawa untuk sebuah nyawa. dan mudah-mudahhan, bayi itu berada dalam keadaan stabil, dan beransur pulih.

#Jasa seorang ibu, sayang mak!!

4 comments:

Mulan said...

innalillahi wainna ilaihi roojiun..

Al-Fatihah, moga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama mereka yang beriman..

moga pakcik tabah & redha dengan ujian Ilahi.

ishamizu said...

Ya Allah besarnya ujian uncle Pali..takziah. Smg baby cepat sembuh dan membesar normal..dan arwah ibunya semestinya temmpatnya di Syurga bersama2org2 yg mati syahid..

umiyumi3 said...

Al Fatihah untuk arwah.. Allah lebih menyayanginya.. betapa besarnya pengorbanan seorang ibu untuk melahirkan. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman hendaknya. Amin.

Apa pun kami berdoa untuk kesihatan baby tersebut. semoga semuanya selamat, walaupun tak dpt dibayangkan kecil2 lagi dah menanggung sedemikian rupa. Berilah semangat kepada pakcik Zul tu, mmg besar dugaan yg dia terima ni.

norhidana said...

al fatihah utk arwah makcik zul, semoga ditempatkn bersama golongan yg beriman...

masa bersalin tu pertarungan antara hidup dan mati, sbb tu rasa sedih sgt kalu dgr lelaki yg suke pukul bini...

semoga bayi tu semakin kuat n dpt hidup spt bayi2 lain...