Friday, February 8, 2013

Tips: Sydney

antara tips yang boleh diguna pakai, dan sejimat mungkin untuk student!

Accomodation

Kalau orang malaysia, boleh lah duduk di Malaysian Hall, kalau di Australia, ada 2 tempat , satu di Melbourne dan satu lagi di Sydney. Memang murah duduk disini,dalam $4 hingga $12 sehari untuk seorang + $15 untuk cleaning. Normal rate kalau duduk backpacker dekat sydney dalam $30 semalam, memang duduk disini boleh jimat banyak.

Tapi satu je masalahnya, duduk di Malaysia Hall ni, macam duduk rumah orang, sebab ada penghuni tetap, saya pon segan duduk sini, haritu terpaksa berkongsi bilik dengan student situ, jadi janggal pulak, kadang-kadang mereka ada aktiviti seperti kenduri dan tahlil, jika kita balik dari city, terpaksa lah lalu depan mereka semua, kalau nak selesa, boleh lah duduk di luar, cuma keluarkan budjet sedikit, nak komplen lebih tak boleh lah, sebab dah murah, cuma tak berapa bersih je.

Kalau nak book, boleh cek disini
Melbourne
Malaysia Australia

Transportation
Australia n memang public trasnport sangat tip-top, tak perlu risau. Jika nak sewa kereta, bagi saya itu bukan satu option yang bagus, jika nak bercuit, biar lah free dari memandu, tak ke tension nak pergi holiday pon nak drive? Kalau turun dari Sydney aiport tu, boleh lah terus beli tiket public transport, saya cadangkan beli Mymulti 3, dia ada dari 1 hingga 3 jenis, kalau ambil yang mymulti 3 ni, untuk seminggu, dan dia cover semua public trasnport di sydney sehingga ke luar kawasan sydney seperti blue mountain and newcastle. memang berbaloi beli, harga dalam $61/week. naik lah ferry,train,tram,monorail,dan bus puas-puas. Jika naik bus, one way dalam $3.20.

check it HERE
kalau bosan, naik lah ferry tu untuk pusing-pusing, lagi best waktu malam, free wifi dalam tu,




Makan

sila refer entry sebelum ini, kalau duduk di Malaysian Hall, boleh order makan disitu, bayaran dalam $10 untuk sarapan dan makan malam. dekat malaysian hall tidak boleh masak, tapi disediakan air panas, kalau duduk diluar, kelebihanya boleh masak dengan aman.

Membeli dan Belah

banyak tempat boleh membeli belah, kalau nak murah, boleh lah ke Kmart atau pun ke Big-W. Kalau nak souvenior, sila pergi ke Paddy Market, tapi hanya buka hari Rabu hingga Ahad sahaja. Dan paling penting! kalau nak shopping banyak, sila pergi hari AHAD, sebab masa ni, banyak harga barang akan diberi diskaun, lagi-lagi tshirt OZ tu, normal harga dalam $10, tapi kalau dia sale, dia bagi $5 je, hanya pada Ahad sahaja.

Selain tu kalau nak shopping gadjet dapur murah, pergi ke QVB, sila ke lower ground, situ ada jual gadjet yang murah.

Kopi
kalau dekat launnie, harga kopi sekali minum dlaam $4 and above. sesiapa yang addicted ke kopi tu, boleh lah ke 7E, harga air dalam $1 je, alangkah indahnya kalau 7E ada di LAunnie, sure banyak duit boleh jimat!!!

Tempat menarik

tak semestinya bila berjalan, nak kena pergi semua tempat berbayar, kalau seorang pergi, mungkin boleh lah lagi, tapi kalau ramai, memang bajet besar, sekali masuk tempat pelancongan dalam $30 and above/pax. So pergi lah tempat free, macam sydney botanical garden, sydney opera house(tour kena bayar, dalam $28), Manly (naik ferry), Chinese Garden dan banyak lagi lah yang free.


ni lah blue mountain, kalau beli mymulti3, boleh sampai kesini, free je

Manly Beach, macam beach biasa lah

skytrain dekat blue monutain, ada pakej untuk 4 jenis transport, agak tidak berbaloi rasanya untuk naik benda ini

wajib pergi: Sydney Opera House

Bondi Beach


dan akhir sekali, for muslim, kalau nak makan, cek kedia tu sama ada halal atau tidak, kalau tulis Malay tak semestinya halal, dan makan seafood di fish market, sila berhati-hati, sebab saya order seafood basket, sekali oyster dia ada bacon untuk topping dia, kalau yang tak biasa, sure dah makan, sebab saya selalu tengok, saya tahu tu bacon, dah double confirm dengan staff dia, sila tengok betul-betul kalau nampak pelik.

Untuk bersolat tu, sentiasa bawa botol air kosong, untuk bersuci dan berwudhuk, sebab tandas di OZ semua kering, bila nak berwudhuk tu, boleh lah ambil di sinki, tapi jangan lah sampai lecak jadinya, bila nak basuh kaki, isi air dalam botol dan masuk ke toilet untuk basuh kaki, supaya air tidak bersepah. Boleh lah sembahyang dimana-mana, asal janngn ganggu orang lalu lalang, kalau jumpe park, itu adalah yang terbaik.

kakcik: hehe, takut yang pergi makan rasa tak berbaloi kalau tak sedap
kakummi:thx, setuju, mahal pastu tak sedap, rasa nak refund je balik
kak fairy: kedai cina tu kureng skit rasa, tak tahu lah if memang rasa masakan cina mcm tu,

5 comments:

Anonymous said...

dulu akak ingat oyster tu with tomato topping, nampak macam best je hahhaha. Luckily beritau kawan nak order tu, dia yg cakap itu bacon.
-kakfairy-

NEKCIK said...

Salam Zul...oh da balik msia ye...alhamdulilah...nekcik pun dok kat malaysian Hall sydney dulu...makan pun oder situ jugak...dapatlah jugak jumpa students buat yaasin!!

ishamizu said...

Good tips Pali..manalah tau klu nk pergi oz nti boleh refer sini..tq :)

Zulfadly said...

kak fairy: tu lah, saya nak makan baru perasan,
nekcik:Wslm, dah balik dah,terima kasih
kak iwan:heheh, boleh ajer

Don't Afraid to Try said...

sy suke entry tentang malaysia hall ni..

2011, sy pernah menginap di malaysia hall sydney. kt melben xdpt sebab dh penuh...

jmpt lah melawat ke blog sy pulak..