Harini bengang sikit otak, bila nak email bos report yang dah siap last week, sekali file dah hilang, rupanya ada staff lain tersave file saya! dan maka jadinya, hilang lah, dan kena buat baru balik, admin email report orang lain,dan saya je tak email, memang bos akan syak saya ni lembap! haha. harapnya tak lah.
Post mortem ke penang, pergi hari jumaat, balik ahad.
Nasi Kandar Beratur
samapi2 pukul 2 pagi tu, terus pi sini, senang cerita, tak sedap! tak sedap! kuah cair giler, kari tak sedap, sekian.
Roti Canai Transfer Road
ini memang port paling best kalau pi penang, makan roti canai 2 keping+daging+telur+kuah banjir, baru lah mamak, teh ais dia superb, roti dia memang dr dulu liat, tp kena banjir lah baru tak rasa liat tu, ni puas makan.
Nasi Kandar $%^
tengahari tu kami 6 orang ni, nak cari nasi kandar lain, pergi lah satu kawasan kat penang ni, memang agak famous kat kawasan ni, saya makan free lah, sebab tu pakcik saya, kawan2 saya tu kena bayau lah, hahah.nasi sedap, kalau makan kat rumah lagi sedap.
Petang tu dah penant, balik ke apartment, duduk dekat Krystal Suite Bayan Lepas, dekat dengan Queensbay, RM120 semalam, ada 2 bilik, murah sangat, tidur 2 malam. Malam tu sambung makan
Ikan Bakar menghadap pulau jerejak
kedai kat area tu, ada 2, harga lebih kurang je, amik 2 ekor ikan siakap, sotong tepung, sayur, kerang dan lala, total rm120, bagi saya murah lah tu. Sebab tak amik udang, udang tu yang mahal
Ikan Bawal Perda
Malam sikit, pakcik saya bawak pusing pulau, tapi dia ke seberang lah pulak, makan ikan bawal perda, ikan bawal goreng garing dengan kicap manis,gulai, sambal belacan, simple dan sedap!!! boleh try, ngadap uptown perda tu.
Ipoh Nasi Ganja
Saya rasa paling sedap saya makan,ialah nasi ganja ni, kami pergi masa otw balik KL, ayam memang terangkat, kuah kari memang pekat, puas makan!!
Itu sahaja audit dari saya, puas lah makan, hahah, semalam jerebu teruk, harini dah ok!
Wednesday, June 26, 2013
Friday, June 21, 2013
adaMu
Such a beautiful song.
Esok ke penang, nak gi makan (kl pon ada makanan jugak), semoga semuanya selamat.
Satu benda nak kongsi, setiap saat kita, mungkin adalah saat terakhir dalam kehidupan.
kak mulan: IAllah akan pergi lagi, hehe
kak dana: feel lain kak mancing sini, heheh, lagipun xde joran sini, malas nak beli, tak de masa
Thursday, June 20, 2013
Sunday, June 16, 2013
Baru Semalam
Rasa macam sungguh pantas berlalu, semalam pergi ke sekolah lama, sambutan yang ke-10 tahun, dan saya adalah 1st batch, rasa tua giler semalam pergi sekolah, 10 tahun dah berlalu, dari sekolah masa mula-mula dulu dengan kemudahan banyak tiada, sebab sekolah baru, tapi bangunan lama (zaman 70'). Macam2 hal berlaku, tengah belajar ceiling jatuh pulak, nasib tak kena hempap, main tolak2 dengan kawan, pastu terkena dinding, abis jatuh satu wall. Tu belum lagi, tengah tidur dalam dorm, kipas ceiling boleh jatuh ke bawah, nasib lah takde siapa duduk bawah tu, sure biol otak kena. tu semua rasa macam baru je berlalu.
Bila pergi jumpa akak yang duduk tassie dan baru balik malaysia tadi, rasa macam cepat masa berlalu,tak lama lagi dah nak ramadhan, lepas tu raya, dan lepas tu?............
sekejap sangt masa, dah nak puasa, kena cari duit lebih sikit nak raya ni, kena pandai2 lah berjimat apa yang patut, minggu depan nak pergi penang, tujuannya ialah untuk MAKAN dan MAKAN, minggu seterusnya balik kampung, Kota Tinggi, buat tahlil arwah nenek, sebab kebumi dekat KL haritu, orang kampung banyak tak tahu, sebab dah takde siapa duduk dekat kampung.
Selamat hari bapa, saya susah nak wish2 depan bapak saya/mak saya, tapi saya ingat, hheeh dan selamat bekerja esok!! dah rasa nak pi penang je ni, malas nak kejer, hehe

penang trip last year, melantak habis-habisan sebelum balik ausie, seperti setahun tak jumpa makanan |
menu kenduri masa dekat tassie last year, kalau time ni, asik buat makan2 je, |
Saturday, June 15, 2013
Jual Perfume
Harini nak promote lagi perfume saya jual, perfume ni gred AAA, dubai sephora, kiranya macam ori lah, tapi takde lah tahan lama, memang beza dengan ori, sebab ori perfume tahan lama, kalau yg saya jual ni, tahan 4-8 jam sahaja, tapi bau dan packaging dia hampir sama dengan ori, so kalau beli, memang orang tak tahu ori ke gred aaa.
Saya jual dengan harga agak murah, ikut pasaran dalam rm50-rm60, tapi bila saya jual rm40 termasuk pos (rm7pos sahaja) ada yang ingat perfume gred murah, maybe kena naikkan harga, baru boleh percaya kot.
perfume ni yang jual online semua tu, sama je supplier dia, ada banyak lagi jenis perfume, kalau gred murah tu, memang 50% sama, nampak beza ketara dia.
so far saya pakai, bau memang tahan dalam 4 jam macam tu, lunch hour still ada bau lagi, tapi kurang sikit kuatnya, kalau pergi site, maybe less, sebab panas kan, so far bau memang ok, sembur lah banyak-banyak, sebab perfume ni murah kan, habis beli lagi, hehe.
pada yang nak beli, boleh lah add dekat page saya tu, or boleh lah inform saya terus, tapi nak bagi hint dulu, IAllah nanti ada promosi raya, lagi murah dari sekarang, kalau nak tunggu dulu pon boleh, terima kasih.
hahah, iklan pulak kan!!!!!!!!!! selamat berhujung minggu,

Labels:
dubai sephora,
kebaikan perfume,
murah,
percuma pos,
perfume dubai,
perfume gred aaa,
perfume gred aaa murah,
rm40
Thursday, June 13, 2013
penat
keluar 6.30pagi
sampai shah alam 6.30 petang
bila dipaksa dan terpaksa,
badan sengal sebab drive non stop
otak blurr sebab penat
esok nak jadikan macam opis bapak saya
masuk lambat
lepas ni
mesti kena pergi sorunk-sorunk
wahai contractor
jaga-jaga(ayat kiah propa)
kak hidana: pergi balik hari je, hehe
sampai shah alam 6.30 petang
bila dipaksa dan terpaksa,
badan sengal sebab drive non stop
otak blurr sebab penat
esok nak jadikan macam opis bapak saya
masuk lambat
lepas ni
mesti kena pergi sorunk-sorunk
wahai contractor
jaga-jaga(ayat kiah propa)
kak hidana: pergi balik hari je, hehe
Tuesday, June 11, 2013
Kopi
Esok kena ke Johor, saya tahu macam mana situasi esoknya, malas pon ada, tapi atas arahan, saya ni ikut je lah, sebab masih baru, kena belajar banyak lagi.
Tetiba rindu pulak nag mengopi, nak beli susu segar dekat sini rm10 sebotol, letak dalam peti ais, tak sempat esok dah abis , hahah, lama lah tak minum kopi, bawak balik mesin kopi, tapi semua alat dia hilang, tak tahu lah mana kena simpan, rugi je bawak balik, tapi tak boleh guna.
Stress kejap minggu lepas, tengok kerenah manusia sibuk nak buruk2 keluarga bakal mertua, sedangkan belum jadi SAH lagi, nak nasihat takut menyentap, penyudahnya, malas layan. aman hidup. haha.
tengok mug kmart ni pon saya rindu, dah kena buang, sebab takde siapa nak, hahah, lately tengok status budak2 kelas lama, semua suka benar flashback zaman study, sekejap je dah 6 bulan berlalu, dah nak ramadhan dah, 2 tahun puasa negara orang, akhirnya kembali normal. Makin dekat ramadhan, makin sayu hati, teringat arwah nenek. duduk jauh dulu takde lah rasa, ni dah dekat malaysia, rasa sayu bertambah-tambah, since balik tak pernah pergi kubur nenek, sebab rasa tak mampu, iyer lah, pergi belajar elok je cium nenek, balik.............. sesungguhnya semua itu adalah satu perjalanan hidup, nak atau tidak, kita akan melaluinya.
kesian tengok che ta kat mastercep, tetiba kesian pulak

Tuesday, June 4, 2013
Submission _
Sekarang ni, kawan-kawan dekat launnie, semua dah habis submit kot final project. tengok status semua macam lega je, teringat balik time submission ni, rasa macam cemas je. Nak tidur pun tak boleh, padahal masa banyak je sebelum tu, buat kerja last minit.
tu belum bila nak stay up, minum air mother lah, monster lah, nescafe lah, supaya tak tidur, kesannya seminggu menggigil nanti, overdose caffeine! nasib tak arwah.
Masa submission 4th year dulu, nak submit subjek abang jep ni, buat kerja tak tidur, masa buat group, tetiba malam tu, file corrupt! pukul 8pm dia corrupt, pukul 8am nak submit, masa tu dah rasa give up dah, langsung xde backup, tapi submit juga.
Masa buat kerja dengan partner, submit petang, before pukul 5pm, pukul 4.55pm siap, submit online, pastu dengan tak mandi, selekeh serabai, time winter pulak, pakai selipar je, buat larian pantas (laju ok!) ke skool! nasib lah on time, akhirnya submit juga, tapi kesannya, result memang teruk. hahaha
lagi satu submit subjek abg jep, kena submit pukul 5.00pm, so buat macam draft dulu, submit pukul 5pm, tapi malam tu still buat lagi assignment tu, sebab lecturer selalu ambil dekat drop box tu pukul 8.00 pagi, pukul 7.00am dah terpacak dekat skool,korek balik semua assignment, sambil seorang lagi jaga pintu, takut lecturer dah sampai, dah rupa perompak,tengah nak tukar tu, lalu slumber je abang jep dekat belakang tu, nasib lah dia tak deduct markah, memang kantoi depan-depan.
Masa 5th year, nak pergi printing, masa tu time winter, nak submit pukul 8am, pukul 7.30am baru siap dan terus nak print, tapi lupa pulak, pergi parking kereta kat luar, tak masuk garaj, so kesannya, kereta beku diluar, satu hal nak jirus kereta dengan air, buang masa, nak bawak langsung tak nampak, malam tu suhu negatif, kaki tu dah pedih sejuk, sebab pakai selipar, tapi yag tu memang hantar lambat lah.
dan lagi satu, bila submission je, malam tu akan sejuk menggila! sejuk giler ok! buat kerja dalam selimut, mana tak score nya, haha
so moralnya disini, buat kerja awal-awal, tapi rasanya buat last minit baru style kot!hahah

sekarang tak de nya nak sketch, asik ngadap komputer je hari-ahri |
rindu pulak rumah ni, walaupun sejuk, tapi.......... |
hari2 lalu ni nak g skool |
Monday, June 3, 2013
Kuantan
Harini kawan se-utas kahwin! ada 2 orang, satu di kelantan , satu di bangi, Tahniah Aisyah aka noq! Aisyah ni byk sunggu bagi nasihat masa di Launnie, dan boleh buat buku lah ayat-ayat dia, ingat lagi apa yang dia tolong masa ada masalah, sekarang dah kahwin, brutal tetap brutal, sempoi je tadi masa kahwin, takde nak cover ayu ke, hahaha.
Macam biasa, esok kerja ya!
Semalam pergi rumah saudara, pastu sesat nak ke dewan, di taman medan, pastu tanya lah ada pakcik 2 orang ni, tengah jalan ,
Saya: Salam..... pakcik, mana dewan taman medan?
Pakcik: dewan.......................... saya datang dari jauh, saya tidak biasa disini, saya dari..........................................................kuantan....
saya: Ok, TQ.
terus saya bantai gelak, sebab pakcik tu indon, memang indon, cara cakap pun dah tau, boleh pulak nak kata kuantan, hahaha, pening otak gelak orang kuantan jadian ni, dan terus sesat, pastu mak suruh berhenti tanya lagi sorunk, nasib tak tanya, rupanya bangla, nanti jawab dari kodiang pulak kan. Adoi! last2 jumpa lah, sesat tu dah normal , hehe
gambar dari mr google: nak g penang, nak pi makan |
Subscribe to:
Posts (Atom)