Tuesday, July 23, 2013

Kota Tinggi

Esok bos takde, so malam ni rasa macam cuti, hahaha. Jangan lambat masuk udah lah, walaupun big bos jauh di Ausie tu, tapi hari-hari cek staff kot, CCTV kan bersepah, tau je apa staff buat, so kena berhati-hati.haha

Ini antara gambar masa balik kampung, seminggu sebelum puasa, nak buat kenduri, ajak orang kampung, tapi sayangnya, bila ajak orang surau, semua kata ada hal, kebetulan malam tu final bola johor kan, so tak ada lah orang surau datang. Agak sedih disitu, so jadi lah kenduri anak beranak, kami yang paling kampung pon dah dekat 30 orang, ramai lah juga.

Sungguh lama tak balik Kota Tinggi ni,last balik masa darjah enam, jauh dah beza, tapi yang maintain, jeti nak ke sedili besar tu, still macam tu, bila balik kampung ni, paling best, adalah waktu pagi, ayam berkokok, udara nyaman je dan pergi cari sarapan.

Pergi beli nasi lemak, sebungkus 50sen je, tapi sikit lah, tak sangka ada orang jual harga tu, pastu kuih macam-macam jenis ada, tapi kat Kota Tinggi ni tak banyak sangat makanan best, maybe tak tahu, so makan roti canai je lah, tepi jeti, nyaman sungguh.

Hari balik tu, singgah mersing pulak, ni kampung nenek yang sebenar, tengok rumah pusaka, rumah ni seberang jalan besar adalah laut, kecik-kecik selalu hilang pergi mandi laut, tangkap kepah, ketam dan belangkas. Kalau nak sayur, pergi belakang rumah, cari pucuk paku liar dan macam-macam ulam ada, babi hutan bersepah dalam semak tu, just kena berhati-hati.

Rumah pusaka ni dah lama bagi sewa orang, sekarang keadaan dah uzur, sedih je tengok, kalau lah ada duit, dah lama saya repair, tapi apakan daya, rumah tu ramai pemiliknya. Dalam otak dah pikir nak redesign rumah ni, sebab nak buat chalet nanti. Maybe lambat lagi kot.

Selain tu (ayat karangan ni) ada gak tengok saudara memancing, tapi saya malas nak memancing! hahah. Banyak dapat ikan belukang je lah.











2 comments:

norhidana miswan said...

aik sampai camtu sekali takde org yg sudi dtg kenduri... kalu kt kg akak ada bola ke ada apa ke kenduri msti dtg walau tak ramai,... org tua2 msti dtg nyer...

Zulfadly said...

a ah kak, xde saper dtg, g surau pon diorang kata ada hal, so xde lah orang dtg, maybe x kenal sgt orang kampung