Monday, November 25, 2013

Itu stress bah


Stress mcm nak final exam, semalam stay up dekat pukul 2 pagi d opis, pukul 6 nak g lcct untuk g meeting kat sandakan. 

Kerja memang banyak. Menimbun! Pastu nak kena buat sorunk, cuba siapkan vefore pagi tadi, tapi bos lak tak puas hari, kecoh opis, bos ngamuk, hahaha, rabu sure kena maki punya, tahan teling je lah.

Esok nak kena present depan askar ni, ada gak aku kena marah, byk benda baru tahu hari ni, meeting siang tadi pon dah pening, stressssssssanya.


Rasa nak dok launnie, g mancing ikan n candat sotong, pasti buat roti canai dan buat cake, tu boleh hilang stressssssssasssssss


Saturday, November 23, 2013

Rindu

bila kita rindu pada yang tiada
sukar digambar dengan rasa
semua hanya dalam hati

sampai bawa ke mimpi
sampai menangis pada ilahi
sebab tahu ianya takkan kembali

saya rindu nak berbual
saya rindu nak suap maktok makan
rindu nak menyakat maktok

ini kehidupan
ajal maut
ketentuanya.


Thursday, November 21, 2013

Hal Hal Lain

  • laptop buat hal, abis semua file tak boleh diselamatkan, tapi nasib baik, saya pernah save dalam hard disk!!!!
  • lega terus.

  • Keputusan kerja gomen dah keluar, tak dapat nak buat loan rumah, hahah, saya tak dapat, bukan rezki disitu

  • kena ganti bos pergi meeting  minggu depan, terus tak senang hati, cuak, tapi mesti confident je lah kan.

  • rindu nak berjalan. lama terperap dekat shah alam ni.

  • gambar lama, lama tak buat roti canai, kalau nak, g mamak je, tapi............roti aku buat lagi sedap! hahahah

Thursday, November 14, 2013

Tips: Travel ke negara asia-licious!

Kalau travel ke luar negara, selalunya, akan prepare list of restaurant yang akan diterjah. Masa pergi taiwan dulu, penuh list restaurant yang akan pergi, sebab susah nak cari halal food, senang cerita, habiskan masa mencari makanan, but sedap dan berbaloi.


Trip ke Taiwan:

 Trip ke Bangkok:

Masa trip ke Bangkok, memang aim pergi satu kedai sedap, jual nasi briyani thailand, dan halal, harga satu set dalam RM3.50, terus ambil 2 pinggan, tu pon rasa macam tak cukup lagi.



Melbourne
Kalau dekat ausie ni, masa duduk tassie masak je lah, but if pergi mainland, memang mengoogle ddulu restaurant yang halal, tapi memang senang cari makanan halal, kalau tak ada, makan lah seafood.






Bila dah makan, sure perut meragam, so kena hati-hati pilih makanan, lagi-lagi ditempat orang kan. Ini ada petua untuk melindungi perut masa travel.


7 petua untuk melindungi kesihatan perut ketika melancong di Asia Tenggara

Melancong di Asia Tenggara adalah amat sesuai bagi para pelancong yang ingin meneroka budaya, seni bina dan pemandangan yang luar biasa. Salah satu tarikan utama Asia Tenggara adalah para pelancong dapat merasai makanan yang menakjubkan: eksotik, berempah, kelazatan yang sukar digambarkan..sehingga sukar untuk menahan diri daripada mencubanya.  (<<< sangat setuju, rasa nak makan je)

Walau bagaimanapun, pemakanan berlebihan adalah tidak baik untuk kesihatan anda dan badan anda mungkin akan mengalami isu-isu perut berulang-ulang. Gaviscon membantu anda menjimatkan perjalanan anda dengan memberi 7 petua mudah untuk diikuti untuk mengelakkan anda daripada sakit perut semasa dalam perjalanan di kawasan ini yang menakjubkan.

Meh kita lihat:

Meh saya explain dalam bahasa mudah:

1. Pilih makanan yang kurang gula dan lemak
-Elakkan makanan macam ni, sebab selalunya travel jauh, akan jalan banyak, if makan macam ni, perut akan mudah meragam

2.Rancang Ambilan Makanan
-kena pasti makan sarapan, lunch, petang, dan malam, so perut tak terkejut kalau makan tak tentu masa

3.Elak makanan pedas
-benda ni saya selalu elakkan, nanti nak cari toilet susah!!

4.makan dengan kuantiti yang sedikit
-imagine kalau makan banyak? mcam mana nak jalan? hehen

5. Hati -hati memilih makanan
-jangan sesekali minum air ditepi jalan or air paip, sebab perut kita akan meragam, sebab tak biasa, nanti sakit perut.

6.Berhibur ada limitnya
-kalau pergi travel ni, limitkan pengambilan minumam yang sangat berasid, macam air limau, ingat lagi kat thailand, asik minum air oren, pastu perut meragam dalam flight.

7. Jangan makan sebelum tidur
janganlah time nak tidur, pergi makan pulak, mau perut meletup pulak.

NEXT TRIP>>>>>>>>>>>>>>> Japan aku datang!




Gaviscon

Sunday, November 10, 2013

Sungai Sembilan Cuti-Cuti

Ini trip last week, kalau dekat launnie dulu, for sure akan berjalan je setiap minggu, al maklumlah, pelajar sepenuh masa. So memang plan nak pergi dekat-dekat je, kebetulan Nekcik dan Kak Yan ada citer pasal family trip ke Jeram tu, so saya pon rasa macam best je nak pergi situ, try nak book apartment macam kak yan cerita, but fullllllll until next year (weekend only), so kami book tempat lain, satu tempat baru je bukak last month, harga tengah promosi, not bad, memang sangat puas hati dengan kemudahan yang disediakan.

Dekat je rest house ni dengan apartment yang full tu, memang dalam kawasan kampung, baru siap dibina, ada 4 unit, kami ambil satu unit je, ada 2 bilik, dan boleh parking depan rumah, heheh.

Malam tu, pergi makan di Jeram tu, pergi ke medan ikan bakar, servis super slow, sejam lebih baru sampai air dan makanan, dan masa kami sampai, orang pon tak ramai, sama ada dia terlupa, atau .........., bila tanya baru lah nak buat, memang slow, makanan semua sedap, dan harga berbaloi, kalau siapa nak pergi, duduk lah tempat berbumbung, sebab musim hujan.








Rest house yang kami duduk, Wasalfa Rest House Sungai Sembilan, boleh contact kak Effa : 0123550098


tenang suasana kampung

pantai remis


Pagi esoknya, kami cari breakfirst seperti kak yan tulis dalam blog, dalam 15 minit dari rest house kami, tapi sampai lewat sikit, roti canai dah abis, nasib ada nasi lemak, sedap sangat nasi lemak dia, teringat nasi lemak masa duduk kampung semarak dulu.
nasi lemak sedap sangat!!!!


Dah makan, pergi pasar dekat kuala selangor, memang fresh semua, harga agak murah juga, banyak juga diborong disitu untuk dibawa balik.


OTW balik ke rest house, singgah makan cendol bakar, saya dah tau lama cendol ni biasa je, bakar tu nama owner, nak kata sedap, biasa je, tiada yang sedap pon, ok2 jer. Sedap lagi cendol karim seksyen 9 , hehe.


Petang before balik, singgah pantai remis, beli segala kerang yang ada, murah-murah, tapi lagi murah di pasar kuala selangor tu. dan begitu lah, habis percutian singkat dan sangat best! seminggu makan seafood. hehe. Hanya 45minit dari Shah Alam.


* terima kasih pada semua komen, saya baca, tp x sempat nak reply, yang tanya perfume, boleh cek FB sebelah blog ni, tq (blog ada masalah denagn navigation, if ada sesiapa tahu nak buang, inform saya)

Friday, November 1, 2013

Stress otak

Ayat standard di dengar:
 Makan
Nak makan mana?
Nak makan apa?

Jawapan standard:

Mana-mana
Ikut kau lah


Lepas dah decide:

Tak best lah,
Aku nak makan lain
Aku tak makan ni
Aku nak g kedai ni

Dilema tiap kali pergi makan, dr zaman uni sampai lah sekarang, benda sama berlaku, lawak pon ada, bila nak decide semua malas, tapi bila dah decide, bangkang pulak, hahah



Stresssss! Laptop decide nak rosak harini, file semua ada dalan th, doakan file semua selamat.

Kisah lampau (sangat)

Sebenarnya, saya ni tak da lah benda nak dikongsi, so most of it, cerita balik pasal zaman belajar last year kan, so bila tengok video terbaru si mat ni, memang teringat zaman belajar, rasanya 90% pernah buat kat orang dan kena diri sendiri.

Part paling nampak sebijik, ialah time orang tabligh, dok asrama UM dulu, bila tau je ada tabligh, semua tutup lampu, lock pintu, bila beri salam je, semua buat diam, muzik pasang kuat pon slow, semua buat tidur kononya, hahaha, tapi sila jangan ikut perangai macam ini.

Bila duduk ausie, ingtkn dah tak ada tabligh, sekali datang rumah, terkejut bila buka pintu, orang melayu pulak tu, dengar lah ceramah diorang sampaikan, dekat sejam lebih lah, kebetulan housemate buat kuih  keria, bagi lah makan, rupanya kuih tu liat giler!!!!!!!!!!! kami tak try pon dulu, sebab baru masak, patut tabligh makan seksa jer.

rasanya selama 2 tahun kat sana, ada lah lebih kurang 5 kali tabligh datang rumah, last2 suruh housemate cina buka, kata tak ada orang, tak pun bila baru bangun tidur, tetiba dengar ada orang bercakap luar  tu, terus sambung tidur, tu belum yang kat atas rumah tu, terus senyap, ahaha, semua ni jangan ikut, tak baik!!

Semua jadi kenangan lah, mana saya rasa baik, saya kongsi, sebab mana tau, benda ni satu hari jadi ingatan bila dah tak ada.


Tu belum lagi kes, buat mat saleh rasa bersalah, diorang ni cepat je feel guilty kan, terus mintak maaf, kalau asian ni, memang dah biasa kot.





time rajin kuasa kuda, duduk dalam malap, sambil buat kerja, dengar radio ikim, pastu lapar, mana tak makin membesar

nampak sama, tapi jalan kita berbeza,.......