Wednesday, April 30, 2014

sibuk

bila ada submission, memang busy, hidup nak siapkan kerja, prinsip saya, buat kerja kat opis, balik rumah saya tak pikir kerja, tapi kalau terdesak, kena buat kerja.

lagi2 sekarang, kerja menimbun, dapat consultant yg memeningkan, fee dia kena potong, aku kena maki, last2 bila saya jawab balik apa dia cakap, terus bos pon pening, hahaha! emo seminggu, deal dengan manusia senior, yang anggap budak baru (dah lama sebenarnya), bila buat kerja, semua tak betul, padahal salah sendiri, sibuk nak salahkan consultant lain.

emo! giler tak emo tengah banyak kejer kena marah dengan consultant, kata kerja tak siap, tapi staff dia sendiri tak buat kerja! hahaha

saja meluahkan, nanti dah tua boleh baca balik, minggu depan interview goverment, buat kali ketiga! saya ulang, kali ketiga, jenuh asik pergi interview, dapat nya memang jauh sekali,tapi kali ni jawatan pegawai tadbir, siapa ada tips, sila tinggalkan, hehe, tq.

kakdana: buzy kak, otak pon pening sekali, hehe

sebab suka launnie, sebab tenang, hijau sekeliling, jam tak ada, udara nyaman, stress dengan asgmnrt je


Sunday, April 27, 2014

Sabtu-day

Minggu lepas rasa sungguh stress, menyiapkan tugasan orang lain, yang dah berhenti, lalu disambung, penuh masalah. membuat tugasan yang saya sendiri tak boleh nak buat keputusan, tetapi bila salah, memang dipersalah, dimarah oleh bos orang lain semata-mata  kemalasan anak buah untuk bekerja. apakah? ......................

Alhamdulllah, dihujungnya, dimurahkan rezeki harini, yang sesuatu di luar jangka, tinggal lagi beberapa minggu, hati makin takut, tapi masih belum bersedia, get ready Zul!

................
tulip depan rumah, ada lah 2-3 ketul tumbuh masa kat launnie

nasi lemak kat launnie, gidam je masak!, masak je, ngidam, sedap! sendiri masak

Tuesday, April 22, 2014

Merapu

Lama tak menulis, diri agak sibuk dengan kesibukan dunia, dan IAllah, satu rancangan yang sedang dijalankan, moga dipermudahkan kelak.

Ya! penat, dengar bos bising, lama2 boleh sakit jantung, stress kejer, belajar pon stress, semua stress, hahah.

setiap orang ni, ada kemahiran tersendiri, dan dalam design, memang subjektif, banyak benda subjektif, hidup jangan compare kredibiliti orang lain dengan orang lain, kita berbeza, kalau nak sama dengan sebelumnya, ambil lah mereka semula. Kerja-kerja juga, kebajikan perlu diutama,

bila stress je, ingat kampung launnie, ahhhhhhhhhhh! saya rindu itu kampung, keluar rumah je, nak pergi mana2 kejap je, tak perlu jam, dok shah alam ni, keluar depan rumah ni je jam! nak ke kedai jam! semua jam! belum hospital besar siap! silap2 langsung tak boleh keluar, stress duduk dalam jam ni, pembangunan luar kawalan, selagi duit mampu mengkayakan.

dah! sebelum banyak merepek..................

tu dia school arki, 

ni view belakang school, kalau nak ke KMART, jalan kaki cross sungai tamar ni

park ni dekat school, 5 minit jalan kaki

Thursday, April 10, 2014

Japan : Daiba

Sambung entry ke Japon, dah banyak lupa dah, saya rasa masa ni hari ke empat, nak pergi ke Daiba, kawasan pembangunan baru, kiranya japan buat satu pulau besar untuk pembangunan bandar ni, dari bandar dalam 45 minit naik train, consider jauh jugak,

yang bestnya, banyak sangat building yang cantik, antaranya tv fuji station, memang opis untuk syarikat TV, boleh masuk dan tengok apa aktiviti sedang dijalankan, bangunan ni masa belajar kat UM selalu lah jumpa, asik buat precedent study je.

Selain tu, ada shopping complex yang banyak dan ada replica statue of liberty dekat sini. kiranya area ni, kalau pergi sehari mesti tak cukup, saya tak sempat nak pusing lagi, sebab dah sejuk sangat, tak larat nak jalan kesejukan.

Kat sini boleh masuk toyota world, sini semua jenis kereta toyota ada, boleh test drive, pastu ada banyak game boleh main dan semuanya FREEE! giler tak excited, memang habis masa duduk dalam ni, tu tak sempat pergi tempat lain, memang jakon tengok kereta toyota yang tak ada di malaysia.

sekeliling kawasan ni, ada beberapa theme park, boleh masuk, ada yang free, ada building yang buat ala paris macam tu, indoor, sangat cantik dan menarik, senang cerita, pergi daerah ni, memang rasa best.

makan boleh pergi cari restoran indonesia, saya pernah post before,kedai 100 yen pon banyak, rasa rambang mata, ada lagi, masih belum dipos pada mereka yang berkenaan.


fuju tv station

bandar daiba


dalam fuji tv, ada kedai souvenior

jambatan ni macam san fransisco bridge

statue of liberty


tengok ni je, rasa nak lompat, mainan kecik2, gundam!!!

ni antara kereta toyota

boleh pilih kereta mana nak test drive, free, kena book a day before

Saturday, April 5, 2014

air dan masalah manusia lain

Agak susah hidup bila air tak ada je memanjang, tak paham kenapa perlu catuan air di Malaysia? dan catuan hanya melibatkan sesetengah tempat, bukan semua, dah masuk 2 bulan mcm ni, memang leceh, apa jua alasan untuk catuan, semua tak valid, sgt bodoh reasonnya,.......


Saya rasa normal lah kalau kita rindu sesuatu tempat, sebab setiap tempat ada kenangan, dan tak paham dengan manusia yang rasa pelik bila orang lain macam tu. benda normal lah kan, kenangan setiap tempat itu berbeza, mungkin ada yang busuk, mungkin ada yang manis.





Tuesday, April 1, 2014

1 April

Hari ini, genaplah, 3 tahun nenek saya pergi, dah banyak saya cerita pasal nenek saya dalam blog ni, moga tenang di sana, dan ditempatkan dikalngan orang beriman, marilah sama-sama membaca alfatihah dan disedekahkan pahalanya kepada arwah nenek saya, Hajah Hasnah.


InsyAllah, satu hari nanti, kita pasti bertemu lagi. amin