Thursday, April 10, 2014

Japan : Daiba

Sambung entry ke Japon, dah banyak lupa dah, saya rasa masa ni hari ke empat, nak pergi ke Daiba, kawasan pembangunan baru, kiranya japan buat satu pulau besar untuk pembangunan bandar ni, dari bandar dalam 45 minit naik train, consider jauh jugak,

yang bestnya, banyak sangat building yang cantik, antaranya tv fuji station, memang opis untuk syarikat TV, boleh masuk dan tengok apa aktiviti sedang dijalankan, bangunan ni masa belajar kat UM selalu lah jumpa, asik buat precedent study je.

Selain tu, ada shopping complex yang banyak dan ada replica statue of liberty dekat sini. kiranya area ni, kalau pergi sehari mesti tak cukup, saya tak sempat nak pusing lagi, sebab dah sejuk sangat, tak larat nak jalan kesejukan.

Kat sini boleh masuk toyota world, sini semua jenis kereta toyota ada, boleh test drive, pastu ada banyak game boleh main dan semuanya FREEE! giler tak excited, memang habis masa duduk dalam ni, tu tak sempat pergi tempat lain, memang jakon tengok kereta toyota yang tak ada di malaysia.

sekeliling kawasan ni, ada beberapa theme park, boleh masuk, ada yang free, ada building yang buat ala paris macam tu, indoor, sangat cantik dan menarik, senang cerita, pergi daerah ni, memang rasa best.

makan boleh pergi cari restoran indonesia, saya pernah post before,kedai 100 yen pon banyak, rasa rambang mata, ada lagi, masih belum dipos pada mereka yang berkenaan.


fuju tv station

bandar daiba


dalam fuji tv, ada kedai souvenior

jambatan ni macam san fransisco bridge

statue of liberty


tengok ni je, rasa nak lompat, mainan kecik2, gundam!!!

ni antara kereta toyota

boleh pilih kereta mana nak test drive, free, kena book a day before

No comments: