Sunday, December 14, 2014

Makati , filipina

Lama sungguh tidak berblog, hidup agak bz, weknd balik shah alam, hari biasa duduk putrajya.
Baru balik dari Manila jumaat lepas, penat pon tak hilang.

Pergi ke Manila selama lima hari, atas urusan kerja, satu pengalaman baru untuk diri sendiri.

Senang cerita, tempat saya pergi ni bukan Manila, tapi di Makati, Manila adalah 3 jam dari tempat ni. Disebabkan atas urusan kerja, memang tak ada istilah berjalan-jalan. Awal pagi keluar, petang baru balik, itupun dah gelap. Pukul 5 gelap gelita. Meeting memanjang, sangat penat badan.

Melihat cara hidup orang manila disini, dari paras rupa, sama je, asian kan, ada beberapa perkataan tagalog yang sama dengan kita. Orang sini agak peramah. Kawasan bandar penuh dengan Mall, banyak sungguh, walaupun mereka miskin, tapi mall dia bersepah. Siap ada mall paling besar di asia, imagine that.

Makanan halal agak susah nak cari, tapi banyak je pilihan makanan seafood. nasib baik duduk di hotel yang sediakana makanan halal. kawalan keselamatan di sini memang ketat, kalau berjalan berseorang dekat mall, tiada masalah.

memang jam sentiasa, memang luar biasa jam dia

view dari tingkat 20 hotel

dekat Makati penuh dengan benda ni

siapa ingat pizza ni??




ni balut, janin itik tu, suruh staff filipino makan, nampak 'sedap'

one of the top uni dekat sini, uni of philipine, statue dia, baru last week buat larian bogel dekat uni ni, part of their culture
Kesimpulanya, kos nak pergi sini mahal, sekali makan seorang dalam rm50-100, tu paling murah, naik teksi murah. Dan kalau nak berjalan, sini bukan tempatnya, jam sentiasa, nak pergi tempat dekat, ambil masa 2 jam, sebab jam memang teruk. Nak beli barang pon tak murah, semua mahal.

4 comments:

Nieda Ramly said...

bertuah dapat berjalan negara luar meluaskan pengalaman

norhidana said...

nsb lah pg sana di taja sbb keje kan, kalu tak msti tak jd pilihan... geli akak nengok yg tlr janin itik tuh... eeee siap ada bulu2 lg boleh tu di mkn

kt sana banyak patung2 bogel ek... huhu

NEKCIK said...

ada jugak rasa nak tengok Manila..tapi rasa macam takut takut jugak!!

Mulan said...

makan mmg payah kt sana kan...