Monday, May 28, 2012

Final: Doakan Saya!


Semakin hampir dengan submission dan saya rasakan saya patut menumpukan pada kerja yang bertan-tan tak siap lagi, FB dan Twitter dah sebulan saya tutup, sekarang masa untuk blog jugak, harap-harap dapat siapkan kerja dan submit dengan masa yang tepat, akan free after 12 june sahaja dan lepastu saya akan kembali hidup normal, sekarang pon tidur semua tak menentu, memaksa diri membuat kerja, sedar diri kalau rasa tak berapa nak pandai, dengan otak semakin pening dan gelisah, dan rasa macam looser kadang-kadang. Untuk semua yang membaca blog saya, doakan saya lulus semester ini dan dapat menyiapkan assignment saya. Doakan yer! Usaha +Doa +Tawakal. 
Terima Kasih. 
Assalamualaikum!


Add caption

Sunday, May 27, 2012

Senja

Bila 7AM

Bila tidak siap kerja....
Buat kejer sampai pagi

Bila buat kerja sampai pagi...
teramatlah sejuknya

Bila sejuk.....
rasa nak terkencing sahaja

Bila sejuk....
lapar pon sentiasa

Bila Lapar....
ngidam nasi lemak

Bila Nasi lemak...
maknanya kena masak

Bila masak.....
rupanya pukol 5 pagi.....

Bila dah kenyang....
Tidur lah jawapnya.....

selamat Malam Dunia

7.00AM

Saturday, May 26, 2012

Labu+Telur Masin+Udang

Walaupun disaat genting menyiapkan kerja ni, tekak still mengidam bukan-bukan, so tadi rebuslah telur masin yang dah direndam dengan air garam selama tiga minggu, labu masak lemak dan udang blackpaper! dan..kenyang.Alhamdulillah, syukur  rezki....

Friday, May 25, 2012

Kita Ini Tetamu Senja

Sebuah karya yang sangat-sangat saya gemari dari Datuk A. Samad Said, dulu selalu terjumpa dia dekat mid valley, selalu benar lepak situ, karya dia yang ni sanagt mendalam, dan sesuai dengan keadaan negara yang bercelaru, lagi-lagi ada pulak BERSIH 4.0. 

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat 
~ A. Samad Said
**sekarang musim huja, hari-hari hujan, mana asyik nak tidur je kerja kan.

Thursday, May 24, 2012

Baru 1 kot! Sprung Floor

Rasa stress meningkat naik dengan kadar kemalasan jiwa! Hari ini buat satu prototype untuk research, mula-mula masa nak buat research ni, lecturer kata school ada materials, tapi bila cek dekat workshop, ada sikit je dan senang cerita, semua tak boleh pakai,

sekarang nak kena beli most of the materials yang sangat mahal, anggaran nak buat semua ni dalam 200$!!!!!!!!!!!!! macam bapak cop duit kan! bila cari material dan tak jumpe, kata Zul malas, padahal dah duduk kampung ni, mana lah ada materials, semua dekat mainland.

Pastu lecturer paksa beli barang yang mahal ni, dan nak kena construct sorunk-sorunk, mana cukup masa, giler! ni hasil pertama dan ada lagi 2 jenis yang sangat complicated dan kena masuk workshop, ni buat dekat rumah je

guna mdf je, kena cari plywood

sangat cekai punya, memang tak work sangat
.

Wednesday, May 23, 2012

Rompakan!

Semalam salah seorang budak kelas Zul kena rompak, perempuan Hong Kong, pukul 7 pagi pulak, dekat area skool, nasib dia tak bawa laptop masa tu, tapi orang tu amik dia punya beg, dalam beg tu ada barang-barang dia nak pergi swimming, sedih jugak lah minah tu,habis baju swimming dia yang mahal-mahal dan alat-alat dia kena kebas, tahun lepas ada sorunk budak kena rompak dekat area skool jugak, siap kena pukul lagi. Makin bahaya dah dekat sini, lelaki ke, perempuan ke, janganlah jalan sorang-sorang, lagi-lagi malam jumaat, sebab masa tu ramai mabuk.

Kalau bawa kereta pon tak selamat, ada je orang nak kacau, lagi-lagi tengok orang asian yang bawak, haritu kena baling aiskrim mcd dekat kereta, maybe sebab mcd punyer aiskrim tengah murah, 30sen je, tu main campak-campak jer, So hari ini dapat email dari lecturer, suruh aware pasal benda ni, berhati-hatilah, tu memang tak nak bawak laptop pergi kelas, takut benda macam ni. Diorang kalau rompak dalam group, so kalo kena, memang menyerah je lah, dari kena pukul ke apa.

How i miss Malaysia walaupun kes rompak lagi banyak! hahah

Minggu ni hari--hari hujan, nasib agak panas, suhu sekarang 11C, kalau tak, setiap malam 1 atau 2C, nak buat kejer pon kesejukan (rumah tak guna heater!!!)
spaghetti makan hari ini 

Tuesday, May 22, 2012

Waktu Doa Dimakbulkan

Baca forum CARI, terjumpa rencana ini, sekadar perkongsian bersama,


16 Waktu Doa Dikabulkan


* Malam Jumaat Atau

* Malam Hari Raya Aidil Fitri

* Malam Hari Raya Aidil Adha

* Malam 10 Muhamrram

* Malam Nisfu Sya’aban

* Malam ‘Lailatul Qadar’

* Malam Sepertiga Malam Yang Yang Akhir

* Ketika Hendak Berbuka

* Antara Azan Dan Iqamah

* Pada Waktu Khatib Duduk Antara Dua Khutbah

* Setelah Selesai Solat Fardhu

* Antara Zohor Dengan Asar

* Selepas Khatam Al-Quran

* Ketika Mula-Mula Turun Hujan Terutama Selepas Kemarau

* Setelah Melakukan Amal Soleh

* Selepas Bersedekah Kepada Fakir Miskin


16 Tempat Dimakbulkan Doa

* Ketika Melihat Kaa’bah

* Ditempat Melakukan Tawaf

* Disisi Multazam

* Dibawah Pancuran Emas

* Disisi Telaga Zamzam Ketika Tenggelam Matahari

* Dibelakang Makam Ibrahim

* Diatas Bukit Solat

* Diatas Bukit Marwah

* Ditempat Sa’i

* Di Arafah Terutama Selepas Asar Menjelang Matahari Hendak Masuk

* Di Muzdalifah

* Di Mina

* Disisi Jamrah Al-Ula

* Disisi Jamrah Al-Wusto

* Disisi Jamrah Al-’Aqabah

* Didalam Raudhah Masjid Nabawi (Madinah)

Monday, May 21, 2012

Positif ?

Makin dekat dengan submission, makin berdebar jantung ini, hati tu memang risau, tapi seperti kata seorang kawan ni, sentiasa fikir positif dan gembirakan hati itu, walaupun kita gundah, sebab bila kita risau, nanti semua idea-idea yang baik untuk membuat assignment akan terbunuh! memang apa dicakapkan itu ada benarnya.

Hari ni, pergi ke  Officework (kedai stationary) nak beli ink untuk printer, mahal sungguh, 18$ untuk sebijik ink hitam, sekali tengok ebay, 10$ boleh dapat 4! tapi dah beli kan, menyesal pon tak guna, hahaha.
memang ralat abis, apa nak buat, tak cek dulu, dan peringatan semua, JANGAN BELI PRINTER JENAMA EPSON!

Lepastu pergi ke skool nak tanya pakcik jaga bengkel, aduhai,, nak bertukang, kena pergi kursus dulu, baru boleh mula, dah lah nak kena submit minggu depan! macam-macam dugaan, walaupun tak nak buat kerja last minit, tapi bila semua benda dapat last minit, jadi beginilah,

Sepatutnya Zul kena construct 3 jenis prototype floor untuk testing nanti, tapi masalahnya, nak beli materials tu tak jumpe dan MAHAL! dah cakap dekat lecturer, tapi dia tak paham2 juga. Zul punyer research ni dah macam PHD nyer theisis yang ambil masa 4 tahun rasanya, tapi padahal buat dalam masa 5 bulan je, memang lah pening otak ni,

Esok kena bagi drawing dekat pakcik bengkel ni, baru lah boleh mula, harap-harap dipermudahkan segalanya, sekarang cuba berrpositifkan diri ini.

luruh dah nyer

berbuka tadi, telur hancur yang arwah nenek ajar masak.

*saya jenis tak berkira dalam beberapa perkara, tapi bila manusia sangat kedekut dan berkira dengan orang lain, memang sangat bengang, tolonglah, jadi manusia, umur semua dah tua, bukan budak-budak lagi pon! lama pendam, tapi still pendam, nasib ada blog

Sunday, May 20, 2012

Mimpi Si Jep

Semalam tidur lewat, kononnya menyiapkan kerja, tapi tak siap, lepas subuh dalam pukul 7 tu baru tido, bangun pukul 12tghri, kalau dekat Shah Alam buat macam ni, pintu bilik dah kena goncang suruh bangun. hahaha

Boleh pulak tadi mimpi ngeri, macam-macam, paling gerun apabila mimpi lecturer yang selalu Zul citer, abang Jep! nama dia Geoff, kami panggil dia abang bo (botak), so bila mengumpat dalam kelas dia tak sedar lah, dia ni memang scary, boleh pulak dia datang dalam mimpi dan suruh buat kejer, memang terkejut lah! bangun-bangun je boleh menggigil sebab takut tadi, adui! nightmare abis, memang dia punya kerja paling banyak tak siap, sampai bila ini akan terjadi...hati gundah menyiapkan assignment dans entiasa berdoa nak lulus sem ni dan grad tahun ni, kerja+kerja dan terus kerja!
gambar tahun lepas, tak sabar pulak nak pergi rasanya

Saturday, May 19, 2012

Selalu Terjadi

Perkara yang saya masih mencari jawapan kenapa dan bagaimana? mmm.........
1.Bau

Rasa ni paling utama, sebab kalau lalu mana restaurant je, mesti bau makanan akan melekat dekat baju dan muka, lepastu, susah pulak ni hilang. Kebetulan bilik Zul di dapur, kalau orang masak je, bau masuk sampai dalam bilik, dan melekat ke baju-baju, bila nak pakai, kuatnya bau, muka pon lekat bau masakan sampai susah nak hilang.

2.Air Sejuk
Dekat sini, perkara paling selalu terjadi, bila nak mandi, selalu akan set suhu 37C, kalau winter boleh sampai 40C, haha, tapi paling tak best, bila tengah mandi je, tetiba air akan panas sangat tu petanda bahwa air sejuk akan lalu, so berhati-hatilah masa tu, jauhkan diri dari pancuran tu, after few seconds elok lah balik, kalau kena air sejuk tu, boleh menjerit kuat rasanya ,lagi-lagi mandi pagi yang sejuk.

3.Perut Berbunyi
Ini memang masalah saya, since duduk sini perut ni makan banyak mana pon, still berbunyi, banyaknya angin, rasa badan berat angin je, heheh. Kalau time lapar memang lah berbunyi sebab perut kosong, ni time dah kenyang pon berbunyi, lagi-lagi time lecture tu, kuat kot! orang kadang-kadang ingat itu kentut!

4.Masin vs Tawar
Saya kalau masak, saya tak reti nak anggar garam, dulu dekat rumah, mak yang letakkan, dekat sini, saya prefer tawar dari masin, saya memang failed kalau nak suruh rasa makanan, memang lah tak reti.so kalau saper rasa tawar, silalah tambah kicap!

Friday, May 18, 2012

Yuna di Australia!

Tajuk nak poyo kan, hari ni, pergi ke K-Mart, ala-ala macam IKEA dekat Malaysia kot, saja nak release tension (ini je ada dekat launnie ni, KAMPUNG) , tengah membelek barang-barang clearance yang murah tu, sekali tetiba dengar lagu macam pernah dengar, rupanya lagu Yuna ni, Live your Life, wow! power yuna, dalam pasaraya pon pasang lagu dia, ikutkan dato CT buat album dari ausie composer, tapi tak pernah pulak dengar. Konon macam bangga lah tadi kan, hahaha, tapi biasa-biasa je lagu ni, not bad lah. saper yang belum pernah dengar, meh dengar lagu ni




Thursday, May 17, 2012

Nasi Lemak +.....

Rasa sekarang, sungguh cepat masa berlalu, dah esok jumaat, minggu ni, hanya ada satu kelas je , itu pun tadi, so hari ini, macam-macam lah berlaku.

Alhamdulillah, masa crit dengan lecturer untuk report, dia kata ok, pastu pergi jumpe lecturer lain ni, nak discuss pasal projek lain, pastu ayat dia paling sentap hari ini
lecturer: to be rude, i dont think u do ur work!
sentap + terkesima bila dia cakap macam tu, ingat orang melayu je boleh cakap lazer, mat saleh pon, padahal memang dah buat, cuma nak cari material tu tak jumpe, kena sebijik hari ini depan-depan

Lepastu, since last week ada sorunk classmate ni mintak resepi nasi lemak, chinese Malaysia, dia kata Zul masak sedap, mana dia rasa tak tau lah, pastu pergi kelas arini, memang dia semangat nak tau resepi, mana lah ada resepi, so tadi pergi google resepi, dan ajar dia macam mana nak masak, lepastu, sekali ramai pulak berkumpul, ada lah dalam 6 orang keliling tu, dengar macam mana nak masak nasi lemak, yang tanya ni lelaki.
Rasa masak nasi lemak ni memang senang je, sebab dari Malaysia memang selalu masak jugak, So hari ini, buka bengkel memasak nasi lemak,

Petang pergi beli sayur, dalam kereta kat parking tu, keluar kan hand phone sebab ada sms masuk, dan depan tu ada budak kecik, dalam 12 tahun kot, nampak je keluar hand phone, terus dia datang dekat, ketuk tingkap kata nak tanya, nampak sangat nak sesuatu, terus jalankan kereta, buat bodoh, memang dia nak mintak duit, tak pun nak mencuri ke apa, dah masak sangat perangai diorang ni, malas nak layan, kecik lagi pon kurang ajar,haih


gambar lama semua ni

Wednesday, May 16, 2012

Oh Hari Guru!

Untuk mereka yang bergelar warga pendidik, Selamat menyambut Hari Guru!

Kali ini saya nak dedicate pada Guru masa saya sekolah tadika. Zaman tadika adalah zaman kegemilangan saya (perasan jap, hehe), mula-mula masuk tadika, saya menangis bagai nak rak, sampai arwah atuk saya kena tunggu hari-hari. Kebetulan, atuk saya ni memang famous dekat kampung, so diorang tahu lah perangai saya ni. Dekat sebulan lebih atuk saya hantar pergi sekolah. Pagi-pagi atuk akan pakaikan stokin dan kasut dekat saya, cucu paling manja katakan, 

Dekat tadika ni saya kira sangat aktif, banyak cakap dan banyak masuk peraduan, nasyid pon join dan wakil sekolah untuk hafazan dan uji minda. Time uji minda tu, soalan dia tanyer yang menyebabkan kekalahan saya ialah, berapakah rakaat waktu solat subuh? saya dengan konpiden menjawab '4'! masa tu semua makcik-makcik dekat sekeliling tunjuk dua dekat jari, saya ingatkan diorang peace dekat saya. hahaha, benda tu memang saya ingat sampai bila-bila, kalau jumpe makcik-makcik ni, mesti dia ungkit benda ni,hehe
dengan best friend sampai sekarang ketika jadi MC


Paling saya gembira bila time makan, kalau hari khamis makan nasi lemak! nasi lemak ni makcik dapur sediakan, kami panggil Mak Cik Sal, dan nasi lemak dia memang sangat sedap, sampai sekarang, saya still rasa dia punyer paling best. Kalau hari lain, selalunya makan biskut macam-macam rasa.

Ada satu kes, saya giler kuasa, bila nak lantik ketua kelas, dan kebetulan masa tu nak vote, dan bila saya kira, calon pertama dan diri saya seri, so saya angkatkan tangan kawan sebelah saya dengan paksaan untuk memenangi pertandingan itu, giler kuasa masa tu, dan saya menang! jadi lah ketua yang garang dengan pembaris dan selalu tulis nama budak bising, walaupun hanya bunyi ah! sangat sarkastik masa tu.

dan paling saya ingat, saya selalu menjadi pengacara majlis untuk graduation dekat tadika tu, siap ada skrip dan saya asyik lupa je pantun dia, nasib bapak saya duduk depan, dia yang bagi clue dekat saya. sampai sekarang pantun ni saya hafal.

kalau ada jarum yang patah,
jangan disimpan didalam peti,
kalau ada silap dan salah,
jangan disimpan didalam hati.

lokasi tadika dekat PULAPOL, tapi sekarang dah tak guna sebab kampung semarak dah kena pindah

google jumpe gambar ni, tapi ni junior masa tu, bukan batch saya

Kepada ustazah tadika saya, terima kasih, mereka yang beri asas pada saya mengenali setiap huruf dan nombor, terlampau besar untuk saya balas,'. Jika ustazah terbaca, saya ingin sekali mahu berjumpa. (Fadly anak encik Majid, cucu pak awi)

Khas buat ustazah ainun, ustazah intan dan makcik sal! Tadika Islam Al-Ikhlas Kampung Semarak

Air asia SALE !

airasia tengah buat sale, so grab lah mana mampu, until 20th may je, travel for next year starting January till may kot. Dah beli tiket ke japan tadi, hopefully dapat pergi, return cost me 200$, agak murah rasanya. harap-harap jadi, setahun punyer kena tunggu.

So saper nak beli, gud luck lah denag waiting room airasia tu....

Tuesday, May 15, 2012

15.5

Hari ini merupakan hari jadi mak yang ke 52, nak bagi hadiah jauh pulak nak pos dan mahal, hanya ucapan saja yang mampu diucapkan, moga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.

Birthday mak ni sama dengan abang sulung, kiranya masa dapat anak sulung tu, lahirkan dia masa hari jadi mak, so kedua-duanya kongsi hari jadi, lagi beberapa bulan nak jadi ayah dah, mak pon dah nak jadi nenek, melalui satu fasa kehidupan seterusnya, didoakan semuanya dipermudahkan.


*USAHA dan perlu usaha, jangan leka, jangan mudah putus asa, saya rasa memang lost sekarang, tapi kena ingat Dia dan keluarga, saya kena usaha! Bangun zul! jangan malas!

Monday, May 14, 2012

add Mak di FB?

Saya ada 4 adik beradik, 2 add FB mak saya dan 2 lagi tak! Dan 2 orang itu add ke account FB yg dikhaskan untuk saudara mara sahaja, dan salah seorangnya ialah saya. Sebenarnya Nampak agak kurang ajar disitu, dengan add mereka di akaun kedua anda, seolah-olah mereka dipinggirkan, itu lah yang saya rasa.
Saya memang tak nak upload saudara dan parent dalam Fb main saya sebab cara pergaulan sangat berbeza, mungkin ada bahasa yang digunakan nampak biasa antara saya dan kawan, tapi bagi keluarga, agak biadap disitu, saya mempunyai ramai kawan yang sangat berfikiran terbuka dan menulis macam-macam pelik di wall saya, dan bila orang yang tidak paham, mereka akan salah tafsir, itulah yang saya takutkan.

Akaun kedua ni saya buka sebab saya belajar di Australia, kalau tak, memang saya tak add mereka, maybe lepas abis belajar, saya mungkin tutup FB kedua ni dan add semua ke akaun utama, gaya macam artis sampai nak ada 2 akaun kan, hahaha.
Sekarang dah deactivated main FB sebab rasa macam stress bila baca kat wall tu, lagi2 pasal politik. Lagi satu pasal FB ni, kadang-kadang mengaibkan, tetiba keluar porn, pastu orang ingat kita yang tengok porn, tu belum lagi perkara mengarot, makin lam, FB ni makin bahaya, orang boleh salah anggap kita, berhati-hatilah dengan FB yer.

**ada orang mintak resepi nasi lemak, saya kata google je, tapi nak resepi saya, arghhh! Saya takde resepi, saya pon ikut internet. Lol! Dan mereka adalah kawan Chinese saya…….nanti I kasi u

Sunday, May 13, 2012

Love U always........

Hari Ibu ?

Kalau dekat FB ramai post pasal hari ibu ni haram. Saya pun kurang pasti, tapi fatwa selangor kata tidak haram selagi tidak berlebih-lebihan, bila tengok video UAI saya macam agak kurang dengan gaya dia cakap, nampak tidak molek disitu.

Apa pun, saya dari kecik memang selalu wish dekat mak bila datang hari ibu, tapi hari ini, saya masih belum lagi, ayah pun ada sms tadi suruh' say sumthing nice to ur mum today or wish' ok, should do that, tapi macam berbelah bahagi takut dosa.
Kesimpulanya,saya akan wish, sebab bukan nyer saya mengagongkan hari kristian, saya menghargai mak saya, memamng setiap hari saya ingat, tapi cuma ada satu hari special untuk itu. lagipun bday mak saya lagi 2 hari, mak mesti tertunggu anak-anak dia wish, so far, satu pun x wish lagi, heheh.

To my Mak, love u!

Saturday, May 12, 2012

Keterbiasaan

Duduk di Skool harini untuk menyiapkan kerja dan membawa bekalan nasi dagang semalam, hehe, target kena siapkan semua ni by tomorrow supaya boleh submit draft by next week

Semalam ada satu benda mengejutkan, bila terjumpa sesuatu yang saya rasa sangat menggemparkan.Saya percaya setiap manusia ada satu bahagian dalam diri dia, menyimpan keaiban dan kekhilafan diri dia selama ini, saya sendiri ada rahsia antara saya dan diri saya sendiri dan hanya Dia yang mengetahui, percayalah, jika kita tidak bukak aib orang, maka aib kita juga akan terpelihara.

Dalam kehidupan hari-hari ini, apa yang penting, berdoa dan berusaha menjauhi perkara yang buruk dan ditegah olehNYa, lagi-lagi duduk jauh dinegara yang terkenal dengan budaya yang lari dari norma masayarakat kita.

Semalam bila melihat sendiri pon dah terkejut dengan peristiwa itu, tak perlu menghukum tak perlu menghina, sebab masyarakat kita selalu mejatuhkan hukum sebelum tahu kebenaran.apa yang penting, bimbing lah kearah yang lebih baik secara halus

Baiklah, dari dok ngomel macam-macam, baik saya buat kerja, makin lama makin pemalas! aduh!

kat stadium harini ada sesi latihan team Hawk, tu ramai orang tengok

Friday, May 11, 2012

Nasi Dagang Perantau

Projek membuat nasi dagang, tetiba macam mengidam, sebab tengok blog akak ni, pastu try mengoogle resepi yang lagi senang sikit dan cuba guna bahan apa yang ada, cari lah nama English untuk Halba ni, terbelit-belit lidah nak sebut kat asian shop tadi, nasib ada, rasanya macam jadi jer, ikut rsepi 100% internet, just goole 'nasi dagang perantau' hehhe, jemput makan





Thursday, May 10, 2012

Gusar

Risau hati makin menjado-jadi, rasa semester ni, semua tak kena je, bila submit assignment dan present depan lecturer, semua komen OK dan tak da lah sampai teruk sangat, tapi bila dapat result, jauh panggang dari api. Inilah masalahnya bila ambil kos yang sangat subjektif penilainanya, banyak sangat benda boleh diarguekan, memang banyak tak puas hati. Bagi markah orang lain, yang supervisor orang lain, mana lah nak dapat markah yang elok, sebab yang tukang tanda pon tak tahu pasal apa student buat.

Head of School dekat tempat zul ni, Chinese Malaysia, so macam senang lah nak sembang, kadang-kadang dia cakap melayu jugak. Hari ni baru tutorial dengan lecturer, kalau 10 lecturer, 10 pendapat yang jauh giler beza, sampai satu tahap, tak tahu nak ikut mana, kena ikut apa rasa hati dan palin penting, ikutlah saper yang tanda nanti.

Hati rasa gundah selepas tutorial tadi, rasa macam nak giler pon ada, tapi pikir balik, positif kan diri, lagi sikit je, lepas ni INSYALLAH lega, harap-harap lah...............

9999

Sifat Sahabat Sejati

carilah sahabat yang betul-betul ingin bersahabat dengan kita, dari bersahabat dengan manusia yang mempunyai agenda tersendiri daripada diri kita, pengalaman bersahabat dengan manusia yang dipanggil sahabat baik banyak menyedarkan saya, apabila sebaliknya berlaku. Hargailah mereka yang benar-benar sahabat anda. 




12 SIFAT SAHABAT SEJATI MENURUT IMAM AL-GHAZALI

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

~Semoga kita dianugerahkan sahabat seperti itu dan menjadi sahabat seperti itu.. InsyaAllah



Diambil dari forum CARI
cc: bersyukur dikelilingi manusia yang paham perangai saya 

Wednesday, May 9, 2012

siaran tertunda

bunga lebat sampai melayut

pokok bawang

stok malas masak

MALAS

Sungguh malas diri ini, nak siapkan kerja pon susah, rasanya buat kejer 1%, yang lain asyik berkhayal!
Banyak sangat dalam otak ini berfikir, dan pada masa yang sama, tengah risau banyak benda, hati sentiasa gundah sahaja, Sekarang, sebelum tidur, pasang ayat al-quran, dan tidur bersama-sama, rasa tenang sedikit.

Haritu ada tengok Kak Ummi post pasal makanan instant yang dibeli di Coles, pastu isnin pergilah tengok, rupanya half price, dari 4$ jadi 2$, memang sangat murah lah, senang, tak perlu masak untuk lunch jika kelas sampai petang, selalunya masak, tapi memang malas pagi-pagi nak masak, bawak biskut selalunya untuk lunch, Itu memang tahap malas level tinggi. Selalunya budak-budak ni bawa nasi, Asian student lah, kalau local ni, makan apple lah, sandwich lah, kalau asian, rasanya tu makanan untuk break1st je, heheh.

So, balik ke topik asal, saya beli lah 6 pack benda ni, pastu pikir balik, baik beli lagi supaya senang nanti winter break nak bawak pergi travel, so tadi pergi beli lagi, tapi malangnya, dah nak abis, tinggal 7 je, angkut semua, sebab housemate pun nak jugak, harap-harap woolies pulak ada sale, boleh borong lagi. ehhehe
Tapi tak rasa lagi sedap ke tak, main beli dulu.




nak upload gambar, tapi internet lembap kuasa kura-kura, duduk berlima, tapi tak sampai sebuan dah abis kuota, mmmmm.............

Saturday, May 5, 2012

Sabtu Malam

Sejak dua menjak ini, tahap kemalasan makin meningkat, selari dengan kadar makanan yang dimakan, hati pulak gundah gulana memikirkan semua assignment yang perlu disiapkan, ada masa lagi sebulan, macam lama, tapi banyak sangat kerja yang tidak berjalan dan berjalan dengan kadar purata seperti kura-kura berjalan.

Bila duduk rumah memang susah nak tumpu perhatian, macam-macam hal je nak buat, tu belum asik rasa nak tidur je, almaklumlah, buat kerja atas katil. Lagi-lagi dengan keadaan yang sangat sejuk, bila malam suhu drop samapi 6C, kandang-kadang sampai 2 pon ada, itu malam, siang pon lebih kurang, liat sungguh nak bangun pagi, lagi-lagi nak sembahyang subuh, rasa malas je, tapi kena bangun lah juga.

Bila buat kerja ni, teringat zaman kat sekolah, buat kerja ramai-ramai, lepastu, sembang je banyak, kerja ciput, tapi bila sedar diri, terus buat discussion dan hasilnya sangat baik. Masa zaman UM pon sama, belajar ramai-ramai, lepas abis belajar je, pergi makan dekat mamak, kadang-kadang study dekat McD bangsar, bila sampai, penuh je budak UM. macam-macam tempat belajar, Saya lebih rindu zaman belajar UM, sebab dekat situ, saya rasa betul-betul mempunyai kawan.Saya rindu hendak buat seperti itu. Dekat sini rasanya, saya sangat baik, nak keluar rumah pon susah, sebab.................................

Disini mungkin saya baru setahun lebih sahaja, tiada yang benar rapat, masing-masing buat hal sendiri,saya pun sama, kalau rasa nak pergi ke city, pergi je lah sorunk-sorunk, takde nak ajak orang lain, masa UM dulu, kalau nak keluar je, pergi berkonvoi. rindu itu zaman

Sebenarnya,saya melalut dekat sini sebab tengah stress nak siapkan assignment ni, FB pon saya dah deactive sebab kalau ada, akan sentiasa nak bukak je, begitu jugak twitter, malas nak layan benda-benda itu lagi sehingga habis submission. Lagi-lagi dekat Fb hari-hari ada je manusia bergaduh pasal politik dan tuduh menuduh dan berlagak semuanya dia yang betul. Twittter pon kadang kala rasa macam sesuatu yang tidak perlu. Saya perlu dikelilingi dengan benda yang positif untuk menguatkan semangat, bukan benda yang negatif, sycho dan sebaginya.

Usaha+Doa+Tawakal=InsyAllah ada hasilnya.

Saya rasa saya macam pandai berkata-kata, tapi perlaksanaanya saya sangat lemah, moga kita saling ingat mengingati


petikan dari buku jangan bersedih

rasa nak makan lempeng esok pagi

selepas submission lega semacam

*kita tidak boleh mengharapkan orang lain seperti apa yang kita harapkan, belajar menerima dan diterima, itulah sebabnya manusia ini berbeza.

Thursday, May 3, 2012

khamis

Hari ini rasa macam down sangat , bila dapat result assignment seperti yang kita tidak harapkan, Alhamdulillah saya lepas, tapi bila tengok orang lain yang dapat keputusan lebih baik, saya rasa sangat kecewa. Kali ini saya dah berusaha agar dapat keputusan lebih baik daripada sebelumnya, tapi masih di takuk lama,mungkin tiada rezeki lagi, saya patut berusaha lagi, InsyAllah, saya percaya setiap berlaku ada hikmahnya, jangan mudah putus asa, jangan mudah mengalah, Bangun Zul! 

Salam Takziah buat keluarga arwah Bob Lokman yang telah meninggal dunia sebentar tadi, dapat tahun melalui blog mazidul akmal sidek (bersama Mazidul), moga roh beliau ditempatkan dikalangan orang beriman, Amin