Thursday, March 7, 2013

Jalan Tassie: Strahan

Seharian tak tidur, sebab mengoogle hotel di langkawi (selasa lepas), baju semua dah siap pack, pastu kena keluar awal ke KTM, sebab tiada saper nak hantar ke lcct ni, flight pukul 3petang, pastu tetiba datang ilham kemalasan , terus sambung tidur, tak jadi pergi, malas lah pulak nak pergi sorunk-sorunk ni, sebab kira balik, agak rugi lah, public transport sana xde, kena sewa kereta, so tak jadi pergi, tetiba Mak offer tambah duit, nak suruh pergi, tapi tak pergi jugak! haha

Ok, lupakan trip tidak menjadi, sambung balik Jalan Tassie ni, kali ni pergi ke Strahan.

Strahan ni terletak agak jauh dari Launceston, dalam 4 ke 6 jam drive. Jauh memang jauh! Sebenarnya takde lah plan nak bawak family saya kesini, sebab jauh kan, lagipun kereta yang ada memang kereta murah, nak jalan jauh ni memang masalah lah. Tapi bila tengok orang lain bawak parent masing-masing ke situ, maka dengan itu, saya bawalah parent saya, sebelum bertolak tu, pergi amik adik saya yang baru samapi dari Malaysia, dia datang lambat skit.

Perjalanan ke Strahan ni memang lama, ikut jalan kampung dan berbukit bukau, masa separuh perjalanan tu, kereta dah berasap, saya main bawak je kereta buruk tu, memang berhenti banyak tempat, sebab takut kereta rosak, keluar rumah pukul 9 am, samapi ke strahan pukul 6 petang, alam giler kan! kalau ikut google map, memang dalam 4 jam, tapi kami berhenti banyak tempat.

Sepanjang perjalanan tu, SubhanAllah, menakjubkan pemandangan itu, rasa macam cantik sangat-sangat, kalau nak ke sana, mesti lah kena tidur semalam atau 2 malam. Pekan dia kecik je, sangat kecik, takde yang menarik sangat melainkan view, pelancong ramai datang kesini sebab nak naik cruise dia dan juga naik heritage train. Tidak seperti tempat pelancongan di australia yang lain, kalau dekat tassie ni, memang susah lah nak jumpa asian tu, kalau pergi mainland, memang bersepah asian ni.

kalau pergi sini, belilah siap-siap makanan/masak dari rumah, kedai tak banyak, masa kami datang tu, ada festival krismas, habis lah kereta kena simbah dengan air, ingatkan diorang racist ke, sebab tetiba kereta kena baling air, rupanya ada perarakan masa tu, krismas tapi pasang lagu gangnam pulak.

banyak je tempat lain boleh pergi, macam sandboarding, dan memancing. Next entry saya cerita pasal cruise strahan ni, antara yang terbaik dan sangat berbaloi untuk naik.

kepada sesiap yang nak pergi strahan ni, sila lah sewa kereta 4wd untuk kesitu, jalan memang berbukit, kereta biasa tidak berapa sesuai.

Ni dia pekan strahan, memang tepi muara


ni lah cruise nyer, nanti next entry akan diceritakan

ni pekan before sampai strahan, memang sunyi



ni dia cottage yang kami sewa, dalam $140/day

sanagt selesa, ada 4 single beds and one queen

itu dia kereta yang banyak berjasa, sampai juga



1 comment:

Farah said...

SubhanAllah the journey looks beautiful!! :)