Saturday, September 28, 2013

Perfume Berjenama

Sementara jobless untuk 4 hari ni, saya jual perfume, promosi jom, ini bukan perfume ori, tapi gred AAA/Dubai, bau sebijik macam ori (90%), cuma tak tahan 24 jam je.


kak dana:thx kak dana, IAllah ada rezki ditempat lain,
auntie arina: IAllah saya buat nanti, terima kasih untuk nasihat, sgt appreciate, mudah-mudahan dipermudahkan nanti, amin

Friday, September 27, 2013

ada yang lebih baik untuk saya..........

Dan akhirnya, saya dah berhenti kerja, esok last day, tadi nak hantar notis, dah rasa bersalah, walaupun ofis ni bermasalah, tapi saya respek dia dengan ilmu yang saya dapat. Tetiba baru tahu tadi, ada lagi seorang staff nak berhenti, tapi dia notis sebulan, lepas ni, opis ni kosong lah, tak da siapa melainkan admin dan 2 orang budak praktikal, sebab staff lagi seorang dah nak bersalin anytime, staff senior lagi satu, baru pergi interview tadi.

itulah kehidupan, ada masa, kena buat keputusan, pada satu tahap masa dan ketika, selfish adalah sangat berguna, kesian diri dari kesiankan orang lain. Penat berhujah kenapa nak berhenti, patutnya nak bagi notis 24 jam, tapi saya rasa macm bit rude, tu sebab bagi tadi.

dan minggu depan kerja start, esok last day, kerja 6 bulan, walaupun macam2 masalah, tapi byk ilmu saya dapat, baca balik apa saya merungut, itu semua kehidupan, pasti akan terjadi juga, cuma masa sahaja kita tak tahu, bersyukur melalui setiap pengalaman, sebab pengalaman adalah guru terbaik kita.

IAllah, ada yg lebih baik untuk saya, ilmu tetap ilmu,

kak dana: terima kasih tips, IAllah saya ikut, dah rasa cuak dah ni, heheh
kak mulan: hehe, betul2
kak iwan: takde lah teruk sangat, tapi pening lah otak ni, hehe tq

lagi 2 minggu nak interview, kasut hitam tak beli lagi.

Saturday, September 21, 2013

antara 2

Minggu yang memenatkan, minggu ni ada submission, pastu kena rushing nak print 200 A0 paper untuk buat submission before jumaat lepas, so jumaat boleh bagi client drawings. Draughtman ada seorang je, dia pon banyak kejer lain, so saya dan dia buat lah drawings nak kena siapkan, last2 minit, bos nak tukar design, bila tukar, semua benda tukar, jadi makin lambat, nak tak nak, saya kena buat dekat rumah, sebab office tak ada OT.

Nak dijadikan cerita, semalam nak print last drawing, abis pulak paper, nak order memang tak sempat, so saya pergi cari area shah alam ni, semua kedai takde, last2 jumpa satu kedai ni, terus je print situ, nasib ada. bila dah siap semua, memang kelam kabut, tetiba admin cakap, kita hantar isnin lah.

 tak tahu nak cakap apa masa tu..............

semalam pon ada drama, ada staff nak resign, 24 jam, sebab tak puas hati, gaji degree rm1400? rasa cukup tak? kesian dia, last2 bos pujuk walaupun dalam bilik tu dah drama melayu dah, maybe dia berhenti gak.

so end f this month, masuklah 5 bulan setengah saya bekerja firm ni, dan semalam pergi interview opis lama, dan Alhamdulillah dapat dah, so IAllah bulan depan start kejer opis lain, opis ni pon tak bagi tahu nak berhenti, tak tahu lah bila dia nak confirmkan, maybe setahun kot! alasan tak nak konpem sebab dia tak ada duit, padahal confirm naik rm200 je, tapi renovate rumah sendiri ada duit. (duit dia, sukati dia lah kan)

nak berhenti saya kesian pulak, tapi banyak benda bermasalah, dengan claim 20sen/kilometer, pastu tak boleh claim kalau dalam area shah alam, saya rasa saya buat amal dekat company ni, so berhentilah kot, ini pun ada lagi 2 orang nak tender resign soon.

dan bulan depan, ada interview SPA, untuk JKR, doakan saya dapat kejer gomen. ada tips x nak g interview (kak dana bagi tips)? sesiapa pernah interview kejer gomen ni, sila lah share. hehe


hormat dan menghormati, sebab tiada darjat dalam dunia akhirat, hanya rekaan manusia dunia, pekerja adalah manusia, bukan kadam untuk diherdik dan dihina.

Tuesday, September 17, 2013

stress!

STRESS!!! stress sungguh otak ni, sebabnya?? kena chair 3 meeting, esok, lusa and next week. Sebelum tu, saya baru (baru lah sangat) bekerja 5 bulan, dan tiap kali ada meeting, bos akan pergi dengan anaknya , memang jarang lah saya pergi. tiba2, minggu ni, anak dia semua takde, so dia suruh saya pergi, ke meeting yang sangat penting, yg melibatkan keputusan/DUIT!

Client dah suruh bos pergi, tapi still nak suruh saya pergi seorang, rasa macam nak hantar surat resign je esok ni. Dengan kerja yang menimbum, saya kena buat drafting, dan kena print before esok! dan banyak tak siap, saya kena buat kerja bukan profesion saya!

entah lah, kena study sikit-sikit, kalau kena maki time meeting nanti, memang tebalkan muka! yes! saya stress!!!!! lain kali nak ajar staff, bawak lah staff pergi meeting, ni projek yang saya tak pernah tahu menahu, saya kena buat keputusan, tak ke giler!

dulu bos citer, dia hantar 2 staff untuk wakil dia, esokny MD text dia, please take back your 2 donkeys! and come to "represent" your proposal!" kes dia sama lah, sebab yg kena pergi tu budak baru, hopefully saya tak jadi mangsa!


Stress! stress! stress!!!!




jika launnie dekat, saya sekarang juga pergi mancing samapi esok, malas nak kerja ! tapi nak tak nak, kena face juga kan. hehe



Auntie arina: boleh datang lawah2 ausie, duk lama2 sikit,heheh

Thursday, September 12, 2013

Sheffield, Tasmania #throwback

nak sambung cerita pasal trip parent saya masa datang graduation last year, dah berkurun dah, banyak tempat pergi, one of it dekat sheffield , dalam 1jam dari launceston . Kira macam nak pergi nilai lah, cuma beza takde tol, hehe.

bandar ni banyak mural, memang sunyi sepi, tak ramai orang, tapi view dia, SubhanAllah! amzaing! sebab dikelilingi oleh gunung ganang, saya pon dah tak ingat sangat infor pasal tempat ni, dah beberapa kali pergi, sebab ada rumah muslim yang bela kambing dekat sini, kami pergi sembelih dekat sini..
otw tu, berspeah lembu








kakcik: tu lah, saya pon selalu cakap mcm tu
kak dana: a ah, sebab dia tahu kedai xde , tu dia buat mcm tu,
kuna: baik! tapi malas sungguh nak berbekal
lizz: sgt mahal! kalau ambil satu periuk tak pe lah, heheh

Wednesday, September 11, 2013

restoran paling mahal di shah alam

kejer dekat area yang ada beberapa ketul sahaja kedai makan, selain ada satu kedai mamak yang diragui kebersihannya.

satu kedai ni, dekat seksyen 9, memang lah ramai manusia, kerana KEMERAHAN kedainya dengan CILI! kedai ni dekat corner, besar dan banyak pilihan lauk, tapi mahal dia! melampau. Kaya makcik ni,

seketul karipap: 60 sen
nasi (2 sudu) + ikan pari ( size sederhana) + air laici = RM9++
Nasi (biasa) + sayur + sayur + air kosong = RM7++
Nasi + ayam+ terung size kecik 2 ketul = RM9.90
ikan Keli: RM7 seketul
ikan kembung: RM7 seketul

banyak lah lagi, melampau mahal, nasi je dia kira rm2.00 sekali ambil, kawan saya amik sikit je, dalam 2 sudu, kena RM1.50. tak tahu lah dah berapa ramai orang mengamuk, dah baper kali sound akak kaunter, buat muka bodoh je bila orang cakap,

pernah ada kes, jumpa sampah dalam makanan, takda nak minta maaf, just cakap, lauk yang ada sampah tu dia bagi free, tapi lauk lain dia caj , mak aih! memang berkira.

tapi orang still ramai, sebab takda kedai lain yang dekat, sedih tengok orang melayu berniaga macam ni, kedai mahal, bila kita persoal, boleh pulak nak marah, harga ada, tapi tak ikut, air kosong je dah 50sen, air suam rm40, ahah.


buat owner Cili tu, moga kau kaya cepat !


dan memang harga bahan asas dah mahal, minyak naik, tapi bagi saya yg gaji sederhana ni, untuk makanan macam tu, boleh murah, takkan ayam seketul kecik tu RM5 kot. ni pendapt saya, sebab ada ramai jugak die hard kedai ni, kalau nak makan sini, beli je makanan yang dah fix harganya, macam nasi ayam tu.


last-last, budak opis saya bawak bekal, good solution kan, dari hari-hari nak marah akak kaunter tu, haha,ada ramai staff, boleh panggil semua staff kira harga, sure lain2, ambil lah yg paling murah, kami dah pernah buat.

Friday, September 6, 2013

Mati itu pasti

Baru pulang dari kl petang tadi, saudara meninggal, pada asasnya, kami ziarah minggu lepas isterinya yang sakit tua, dan dalam keadaan lemah, tapi semua ini takdirNya, suami yang pergi dulu secara mengejut. 

Lantas imam mengumumkan ada jenzah lelaki, terus terkejut, kerna salah sangka siapa yang meninggal.

Saya? Aku? Kita? Anda? Hanya masa menentukan, mungkin esok, kejap lagi, atau sekarang, sebab kita tak kan pernah tahu ajal kita, mati itu pasti, pastikab jual amal lkita boleh dibawa ke mati. Sama2 perbaiki diri. 

Alfatihah buat arwah tok daim
Dunia ini indah, moga di dunia akhirat kita jauh lebih indah dari apa kita bayangkan, amin

Thursday, September 5, 2013

#flashback thursday

imbas balik (poyo skit) pengalaman di launnie, atau bahasa instagram #throwback

first time winter, so jakun lah jadinya, ni masa 2011

beautiful madihah






Monday, September 2, 2013

Naik!

oh ya! harga minyak naik, saya tak sanggup nak beratur isi minyak ramai-ramai, esok pejam mata je isi minyak, hahha. Weekend lepas, 2 hari ulang alik putrajaya dan bangi, ada open house + wedding, 2 hari tu je dah RM70 isi minyak, padahal myvi je, kalau naik jaguar lain lah kan.

saya tak tahu lah nak sentap ke tak dengan statement orang yang rasa diri dia gempak ni, last week pergi meeting, jumpa lah dengan client ni, dia ni boleh tahan laser mulut, (lelaki). Masa dulu meeting, saya kena pergi last minit, pastu nak jawab banyak saya tak pasti, sampai dia sound saya 'buat apa datang kalau tak tahu nak jawab", hahah, mana lah tahu oi!!! baru masuk kejer, pastu tiba2 ganti last minit!

Bila jumpa lagi last week, bila dia tanya bos siapa ganti dia nanti masa cuti (bersalin), bos pon cakap saya, lepastu dia siap cakap 'qualify ke budak ni nak buat kerja?' tak tau nak sentap ke nak senyum, hahah,

harini pulak, masa kat opis, bila staff senior tanya dekat bos, nak pergi dinner (profesional dinner for architect, eng etc) nak bawak staff mana? boleh dia reply: 'tiada siapa layak dalam opis ni, nak pergi dinner tu' (kecuali mereka dan anak beranak mereka). sunggu berlagak jawapan dia, staff ni memang kuli, tapi kena layan lah elok-elok, respect as human.

Harapan terakhir: mohon mileage naik RM.0.20 ke RM1.00!!!!!!!!!! minyak naik, takkan untung naik, gaji turun, hehe

bawak budak praktikal ke site, ni dia tulis dalam report, sengal betul!


Auntie arina: tu lah, makin lama makin naik minyak,nak marah takut dia buat benda bukan2 masa kita takde kat rumah
nekcik: Alhamdulillah, ok dah sekarang, tak kelam kabut,tq nekcik
kak wa: mak saya pon dah serik, tapi ada ura2 nak cari lagi, hehe
kak dana: tu lah, dia pikir dia je, hahah, saya tak makan pucuk paku,hehe