Tuesday, August 14, 2012

Spring!

Sekarang dah ada tanda-tanda nak Spring or dah spring, saya pon x sure, coz cuaca still sejuk menggila, but today, cuaca agak suam sikit. So pergi ke city untuk shopping raya, hahaha,  banyak gak kedai tengah sale, beli lah baju baby untuk anak buah, nanti booleh pos kat dia. Duduk rumah kemalasan, asik nak tidur je, adoi! ok, ada beberapa gambar bunga yang dah kembang.

tak tahu bunga apa, sakura kot





city yang lengang

tak berapa busy sangat city, macam ni lah hari-hari, bandar kecik

Monday, August 13, 2012

Gulana

Saya sejak akhir-akhir ni agak tiada semangat, banyak benda yang difikirkan sampai rasanya sangat stress. Saya rasa saya rindu sangat family saya, terutamanya bila teringat arwah nenek, kali ini, raya kedua dia tiada,  dan saya sentiasa diselubungi rasa bersalah dengan nenek, sebab dia selalu pesan, 'kalau aku ada lagi, janga pergi jauh-jauh', benda tu terngiang-ngiang lagi, dia tidak setuju saya pergi study dekat sini, 2 bulan lepas saya sampai ausie, nenek saya pun meninggal, sampai sekarang saya sedih sangat. Tapi jika dia ada lagi, IAllah dia bangga dengan cucu dia ni dan yang lain.

Dan jika dia ada lagi, tentu dia gembira, sebab dapat cicit lelaki pertama selepas mempunyai 5 cicit pompuan, tapi tidak kesampaian. Walaupun dia tidak nampak, tapi dia sentiasa pegang dan sentuh cicitnya untuk tahu macam mana rupanya.

Bila call mak semalam, mak cakap ayah dah nak bersara dah, bulan ini, tapi mintak extend, kompeni dia bagilah sampai hujung tahun ni, tapi yang sedihnya, siap kena potong gaji, banyak lak tu, lain lah bapak saya gaji 10K, boleh lah potong, ini gaji pun sikit, kena potong, alasan sebab dah jadi pekerja kontrak, bukan tetap, takpe lah, tiada rezeki, padahal lagi 4 bulan je, itu pon nak buat mcm ni, maybe prosedur syarikat, saya tak tahu. So bila abis belajar ni, satu tanggungjawab besar buat saya, untuk mendapatkan kerja yang sesuai dan memberi perbelanjaan buat mereka. IAllah.

Moga baki Ramadhan ini saya dapat memanfaatkan sepenuhnya, sayu hati nak menghampiri hujung Ramadhan, mungkin ini Ramadahn terakhir saya? mana tahu kan.



Pernahkah?

Pernahkah,
jumpa orang yang kedekut,seperti perlu berkongsi duit membeli keperluan bersama,
tapi sungguh susah henda membayarnya sedangkan membeli barang yang berharga beratus mampu?
#kedekut

Pernahkah,
jumpa orang yang sentiasa lambat, dan selalu lambat,
tapi sungguh relaks sahaja, walaupun orang tunggunya sungguh lama?,
#lambat

Pernahkah,
jumpa manusia yang selalu nak menang dan betul sahaja,
manusia yang tidak boleh ditegur,
segala nasihat dan pandangan tidak dihiraukan,
malahan dipersendakan?
#selfish

Pernahkah,
jumpa manusia yang hidupnya berpaksikan duit,
dan tidak kisah kehidupan lain?
#duit

Pernahkah jumpa umat yang suka berpuak-puak,
dan menuduh orang lain berpuak?
#puak

Pernahkah,
jumpa dengan manusia yang malas,
malasnya mengalahkan raja segala malas?
#malas

Pernahkah,
jumpa orang yang bahasnya sungguh sarkastik,
butir bicaranya sungguh menyakitkan hati,
#sarkastik

Pernahkah,
menjumpai manusia yang rasanya dirinya matang,
tapi sebenarnya tidak lah matang,
berfikiran tidak menggambarkan kelakuan,?
#matang

Pernahkah,
jumpa dengan manusia yang suka membebel seperti ini,
dan menulis didalam blog seperti ini?
#bebel

Pernahkah anda?
mungkin sebahagian itu pernah terjadi dahulu, sekarang dan akan datang pada saya,
sebab semua itu hanya kehidupan kita,
jauh mana kita pergi,
jauh mana kita berjalan,
jangan lupa kedua ibubapa,
sebab merekalah yang membentuk diri kita.
tidak percaya?
lihat sekeliling dan perhatikan,
sebab setiap manusia caranya berbeza,
dan jangan jadikan perbezaan itu,
menyusahkan diri manusia yang lain.

#peringatan untukdirisendiri'

Sunday, August 12, 2012

Bazaar Ramadhan

Semalam ada buat Bazar Ramadhan dekat sini, start dalam pukul 5, saya dengan housemate bukak lah gerai semalam. Sebab last 2 weeks pon kami niaga, so kali ni, nak berniaga jugak. Nak kumpul duit pergi NZ end of dis year.

Kami jual nasi lemak, murtabak dan juga rojak, tapi takde lah buat banyak , buat dalm 50 keping murtabak, 80 bungkus nasi lemak dan dalam 10 pinggan rojak. Alhamdulillah semua habis. Saya bila berniaga ni, takut kalau tak sedap, nanti orang mengumpat seumur hidup. haahah. Ada gak komplen kata x berapa sedap, orang melayu je lah, tapi kalau orang cina or local, siap tambah lagi!

Lagipun kami jual murah, untung sikit pon, sebab kalau mahal, orang tak nak beli. nasi lemak $2, murtabak n rojak $2.50. Pendapat saya, kalo jual mahal dari tu amatlah berpatutan, sebab nak buat susah, tapi biasalah, ramai convert ke duit msia, pastu jadi mahal, saya pon selalu macam tu, hahaha.

Tapi semalam puas lah berniaga, laku semua, macam-macam gerai ada, ada jual satay, nasi tomato, kuih muih dan apam balik. Pada yang membeli, terima kasih,
itu dia yang dijual, semua habis

Saturday, August 11, 2012

.....

Dalam hati ini,
banyak benda yang saya fikirkan,
terlampau banyak benda saya pendamkan,
menahan kesabaran dengan pelbagai kelakuan,
rasa mau saja berterus terang, tapi takut kecil hati mereka,
tapi makin didiam, makin menjadi,
hidup nun jauh dari kenalan lama,
duduk disatu tempat yang bagi saya sangat cantik,
tapi penuh dengan pelbagai ragam,
kenapa perlu berpuak,
sering dilupa,
tapi bila diperlu,
baru lah mahu dipinta,
jika tiada perkara,
lantak lah manusia itu,
bukan minta dihargai
bukan minta diingati,
tapi cukuplah sekadar peka akan kami disini

sampai bila terus begini
kadangkala tak mampu lagi
cuba perbaiki diri
sebab takut diri punca serba serbi
tapi masih disini
jadi batu bernyawa,
dialih bila perlu,
dibiar bila ....

lain pula dengan mereka yang tiada budaya
sungguh dikata sungguh ditentang
jurang usia tiada hormatnya
hanya sebab kita rasa kita sebaya
dipijak seolah kita manusia keji sepertinya
ditegur tidak mahu teguran
malahan disergah bak anjing
diherdik dan diumpamakan seperti tiada hati

sampai bila perlu bersabar
sampai bila terus berdiri dengan gigih
takut satu hari hilang pedoman
segala yang keji terkeluar jadi paparan
oh.....aku tak ingin lagi
mati dan terus mati tapi sebenarnya aku hidup lagi



*janganlah sentap sesiapa baca ni, general, sekian
Zul 11/8/2012 1.06am

Thursday, August 9, 2012

Solat Kiamat

Sekarang dah masuk 10 hari terakhir Ramadhan, semakin ke penghujung, semakin kurang manusia di surau, dulu masa minggu awal, surau penuh, tapi sekarang, nak dapatkan dua saf penuh pun susah. Maybe masing-masing sibuk, lagipun terawikh boleh dilakukan dirumah, sunat hukumnya.

Semalam pak imam arab anounce hari ini ada solat qiam starting at 12am. mula-mula dengar solat kiamat! terkejut gak lah, ada ke solat kiamat, rupanya qiam, dia sebut laju sangat, hahaha. Pak imam ni selalu salah rakaat, kadang-kadang rakaat sampai 3 untuk terawikh tu, jemaah pon jadi konpius, saya lagi lah, ingat berkhayal ke apa kan.

Satu lagi pasal pak arab ni, semalam diorng masuk surau je, siap laga-laga hidung sesama lelaki, dari jauh macam bercium mulut, saya pon terkejut tengok, pastu diorang keluar kan bunyi masa bergesel tu, bunyi dari mulut 'chuit-chuit' macam tu lah bunyinya. Saya tengok tergelak je adat diorang tu.

Hari ni mamai, salah tafsir email lecturer, kelas esok, datang harini, pastu takde orang, melilau cari lecturer, sekali salah time lah, esok kelasnya. Last year ada buat pulut kuning, semalam pon buat lagi, guna rice cooker je, pastu buat rendang, guna perencah adabi, bagi saya, tak payah guna pon perencah adabi, sebab bahan yang dia suruh tambah sama dengan resepi biasa. Nasib baik menjadi semalam, hehehe. 


**Komuniti kecik je, tapi puaknya banyak**

Wednesday, August 8, 2012

Homework

Menyiapkan beberapa sketches untuk esok discusion , kalau tak siap, kena marah lagi, agak malas dengan cuaca macam ni, sekarang hujan, sedap lah tidur, sebab panas sikit. ok, siapkan kejer!
buat kejer sambil layan masterchef