Monday, November 26, 2012

New Zealand???

selama dekat 2 tahun duduk disini, rasanya ada beberapa kali, orang ingat saya ni asal dari New zealnd, dulu masa start kejer dekat satu kedai ni, 1st day dia tanya, dari NZ ke? pastu time pergi ke Gold Coast, ada orang ingat saya ni orang Thailand, tadi masa nak tukar duit NZ pon, dia ingat saya orang NZ?

adakah kebetulan?hahaahah, diorang ni ingat saya mcm orang NZ tu, bukan yang putih tu, ni yang gelap dan badan besar, orang maori, haha, saya Malaysia!

harapnya trip berjalan lancar dan jangan sangkut sudah! jumaat result keluar, cuak dan cuak, yuran pengajian pon masih tertunggak, harap semua settle sebelum jumaat ni, doakan saya lulus dan rakan-rakan InsyaAllah


ada orang order corelle, tapi saya tak tau lah ni murah ke mahal, tp nak cari set lah kan


*kak hidana: sale tak banyak, xde pon murah sangat pon, hehe

Sunday, November 25, 2012

Christmas??

Semalam dekat city ada perarakan untuk christmas, so niat pergi nak belajar culture mereka lah kan, macam-macam gaya ada, agak menarik dan pelbagai aktiviti untuk budak-budak. Lepas tu, pergi lah shopping, sini kalau shopping, kalau betul-betul diskaun, memang berbaloi. kalau seluar tu $100 boleh dapat $10 je after diskaun, memang berbaloi giler! ni lah masanya nak beli barang, tapi tak banyak sale pon, sikit je baru, maybe nanti real Christmas baru ada kot.

anime











balik singgah minum jap, maklumlah, panas terik,order coklat tart, ingat besar, sekali kecik tu, harga $6.5! nasib sedap! huhu




Saturday, November 24, 2012

Kedekut +Pemalas

rasanya hari ini, dak cakap pasal dua benda ni, orang yang pemalas tahap dewa dan manusia yang kedekut taik hidung masin! dah besar ni, pandai-pandai lah bawa diri, janganlah jadi manusia yang seperti diaatas. Tak kan lah tiada perasaan, tahu guna, tidak pandai kemas, ada otak tak mampu berfikir untuk orang lain, otak ada asyik fikir diri sendiri, nak senang , nak dah siap je, tapi usaha kearah tu tiada langsung.

nak tegur takut terasa, kalau tak tegur makin menjadi, semua ada rezeki masing-masing, hormatilah hak setaip orang lain. sampai satu tahap, bosan dah dengan manusia berperangai begini, makin menjadi, apa saya tulis ni, bukan bermakna saya tergolong manusia yang rajin sangat dan manusia yang pemurah, ini untuk teguran diri sendiri dan mereka yang membaca, jangan susahkan orang lain sebab kita nak senangkan diri kita, Bosan kalau selalu macam ini! 

Sekian, tidak bermakna saya tulis ini, ianya berlaku pada mereka yang berada disekililing saya sekarang, ianya sangat general, siapa makan cili dia lah terasa pedasnya (kalau makan pedas lah) salam


Love Allah,! Love Muhammas pbuh! prayforgaza!

selain bebelan itu, 2 hari lepas memancing, hasilnya sangat hampeh, sekor je, sotong pon tiada, tiada rezeki, angin pulak kuat, just pergi ambil gambar je lah.








Thursday, November 22, 2012

Donut + mee kari

bila lapar, masak, bila nak masak google resepi, bila dah siap masak, makan dan makan, ulang dan ulang sampai lah abis cuti ni.
donut buat last week

mee kari pon last week
*kak hidana, laut tu dalam 30 minit dr rmah, dekat lah jugak, nanti saya amik gambar sotong tu, hehe

Wednesday, November 21, 2012

candat sotong

pergi mancing lagi semalam, muka dah nampak gigi je, sebab sunburnt teruk! pergi pagi balik pukul 9 malam.  Mula-mula mancing tu, dapatlah sekor ikan salmon, paling besar pernah dapat, pastu melangut tunggu ikan , memang tak dapat, pergi tukar tempat lain, dapat lah ikan rust 3 ekor, sambil-sambil tunggu ikan tu, bercandat lah sotong,

Alhamdulillah, housemate dapat 2 ekor, besar sangat, memang pesta sotong semalam, ramai dapat sotong,mancing dekat jeti je, syok sangat candat sotong tu, air kan jernih, boleh nampak sotong tu makan, bila angkat je sotong tu, semua kena pancut air hitam dia, habis baju semua kena kotor, nasib tak busuk.

Kesudahanya, ikan dibakar, dan sotong masak goreng tepung, memang lah sedap sebab sotong masih segar,ikan pon sama, nikmat sunggu makan semalam, pastu buat sambal belacan dan paprik petai, lagi lah terangkat, mana baju semua tak muat!hahah

summer:panas terik!


senja

hasil semalam, besar sotong tu!hehe


paprik petai

sotong sebelum masuk perut
*kak hidana dan kak ummi: sekali sekali, dan amat berbaloi, hehe, saya pon bila makan macam dekat malaysia fifi:salam kenal


Tuesday, November 20, 2012

Cuti=Makan

Selama dekat 2 tahun ni, memang jarang makan luar, lagi-lagi restoran yang nampak cam mahal, nak masuk pon tidak, disebabkan kami kebosanan, dan tahap kemalasan memasak sangat tinggi, kami pon pergi makan luar je, try makan dekat satu restoran ni, nasib bukak till late night, Star of Siam nama kedainya, bila tengok harga, memang boleh terbeliak mata tu, mahal-mahal belaka, tapi takpe lah, sekali seumur hidup.

Bawah ni adalah menu yang kami order, soft shell crab masak basil, sotong pon masak basil, nasi goreng pineapple and crab, dan tom yum gong! Apa yang boleh disimpulkan disini ialah: Sangat berbaloi! sedap tahap gaban! lagi-lagi tom yum gong, tom yam tu kecik tu je, tapi harga $12, nasib sedap, berbaloi lah makan, makan ni je, total dah $100++, tapi sedap, dan sangat lah puas. Soft shell crab dia memang UMPHH abis lah, pastu mintak cili , dia kasi lah cili potong tu, pedas giler, rasa macam makan dekat Malaysia, nyum-nyum. makin gemok lah !!!


Monday, November 19, 2012

Georgetown tapi bukan di Penang

memancing adalah aktiviti yang perlukan modal yang palin kecik, tapi kalau darab dengan 3, ia jadi mahal! hehe. bila dah tahap bosan, memang pergi memancing je lah, rasanya last week, pergi memancing hampir setiap hari, dah hitam dah ni, last saturday, kami memancing jauh skit, about 30 minutes from our house drive, dekat area Georgtown.

Bandar ni kecik je dan sangat lah comel, tapi siap ada kedai branded lagi, tak tau lah saper beli, sebab kalau pergi sini, memang tak nampak orang semua duduk dalam rumah je, sini rumah semua tepi pantai, lawa sangat, dan air laut sangatlah jernih, bukan macam dekat PD.

Bila memancing ni, kalau tetiba ada dengar bunyi bising, mesti budak-budak asian, local pon naik rimas tengok asian ni asyik memekak, kalau dapat ikan, lagi ah bising, selalunya yang bising ni 'Cha Ya Nun Alif ' lah, maybe diorang dah biasa kot, heheh.

Dan hasilnya, dapat rumpai yang banyak, ikan yang sikit, buat penat tarik je, sekali dapat benda tu, ikannya dapat lah sikit, saya dapat ikan pelik, apa tah nama, ganas sungguh muka dia, pastu ada budak kecik local ni kata, tak boleh makan, beracun, so lepaskan lah, kami aim nak dapat barambudi, tapi takde rezki lak, kena pergi lagi after this.

jernih


bawa bekal nasi lemak, tak dapat ikan, dapat lemak lah jadinya








saya panggil ikan jahat



Mari kita doakan untuk Gaza #prayforgaza

Saturday, November 17, 2012

Main masak-masak

bila dah duduk jauh ni, memang lah kena masak, kadang-kadang makan lah luar, kalau ada duit lebih lah, bila tengah masak je, selalu ingat mak saya, macam mana mak boleh masak hari-hari, pikir menu apa nak masak, pastu saya masak kejap pon dah penat, inikan mak masak pagi-pagi before pergi kerja, masak banyak untuk bagi anak makan, anak bangung tidur terus makan, dah macam boss dah kan.

tu lah, benda nampak normal, tapi sebalik itu, hanya mereka kaum ibu tahu perasaanya. Saya pon samapi tak tahu nak masak apa kadang-kadang, masak pon dah makin malas, asyik nak makan luar je,huhu

pagi ni masak nasi lemak+couliflower goreng+ teh tarik! sebab dah seminggu tak makan nasi, beras dah abis, nak beli still takde promotion, makan spagheti je lah.hehe

untuk semua IBU yang membaca, saya salute anda! rindu mak di Shah Alam, doakan saya lulus, lagi 2 minggu result keluar, IAllah!




Thursday, November 15, 2012

kisah 2 cerita

semalam lepas celebrate birthday kawan dekat city, jalan-jalan lah dekat city kejap, masa tu dah pukul 5.30pm, kedai semua dah tutup , yang buka MYER je, dah tahap bosan dah, tengok kedai pon jadi lah. Tapi ada satu persitiwa yang sangat sedih buat saya, masa nak cross jalan tu, saya nampak seorang nenek tua, dia jatuh kebelakang dan termeniarap , nenek tu dia berjalan menggunakan bantuan roda 2 tu, saya pun tak ingat nama dia, memang dia tak mampu berjalan tanpa bantuan alat tu, dia jatuh sebab masa tu, dia nak turning kekiri nak tahan teksi, saya masa tu jauh, nak cross kereta banyak, dan memang orang tak nampak dia jatuh, dia panggil-panggil orang lain, tapi tak dengar, nasib ada budak ni dia terdengar suara makcik tu, pastu ramai lah tolong angkat dia.

saya tengok sendiri makcik tu jatuh, saya rasa nak nagis tengok, sedihnya, kesian sangat, dia jatuh macm tu, harap-harap dia tidak teruk lah, sebab takut tulang retak ke, lagi-lagi jatuh punggung dulu kan, pastu dia balik naik teksi, bagi saya, satu pengalaman yang susah nak dilupakan, kesian tengok dia jatuh macam tu.

lagi satu kisah, bila masa nak pergi fishing, tetiba datang lah 2 orang budak, seorang lelaki dan perempuan, apa yang membuat hati saya tersentuh, rupanya adik dia yang perempuan tu, syndrom down, abanng dia pon tak lah besar mana, dalam umur 7 tahun macam tu, dia prepare kan pancing, kerusi dan setkan semua untuk adik dia, dia layan adik diasungguh-sungguh, saya salute sangat dengan abang dia, sebab mereka masih kecil lagi, tapi diorang tak dapat ikan, pastu dia balik, sangat sweet sungguh 2 beradik, walaupun adik dia kurang upaya, sebagai abang, dia melayan adiknya seperti adik yang normal, lagi-lagi pergi jalan keluar tanpa ibubapa.
tu adik dan abang dia








Bila cerita benda ni, teringat arwah nenek, sebab tu saya kalau tengok mereka yang sebaya nenek saya, mesti ingat nenek, Salam Maal Hijrah semua...