Monday, March 4, 2013

Bukan Biasa

Menarik sungguh lagu ini, sejak akhir-akhir ni, macam2 betul citer kat kampung launnie tu, ada ok, ada ko, banyak kejutan lah pulak, semua rezeki masing-masing.

Krisis di lahad datu makin meruncing, jumlah kematian makin meningkat, tapi sayangnya kerajaan masih kata ianya terkawal, bila malam buka berita, 5 minit je cerita pasal sabah ni, yang selebihnya cerita yang dipolitikkan, sempat lagi nak salahkan orang lain.

mari doakan buat wira kita dan sedekahkan alfatihah buat yang telah gugur itu, sebak tengok ahli keluarga polis yang meninggal, wahai malaysia, masa ini lah kita bersatu, dari terus bercelaru dengan kefahaman politik masing-masing.

Ramai status kawan saya semua berdoa harap keluarga mereka selamat, sebab kawan saya ramai anak polis, saya pon cucu polis, sekolah pon dulu dalam PULAPOL, memang hari-hari tengok FRU buat latihan depan padang sekolah.

cerita lain:
esok nak ke langkawi, lone ranger, rasa malas, nak book hotel semua pon malas, macam gamble je nak pergi, budget punya, ada juga tidur tepi laut ni, sesiapa ada kenalan untuk kereta sewa murah or accomodation murah ke, inform lah saya.


*keberanian untuk kesatu tahap dalam kehidupan itu masih tiada, tapi jika saya menunggu 'disini', takut saya terlewat untuk segala-galanya! masih tak berani, sekian!

2 comments:

Azian Elias said...

jalan ye..ke langkawi lagi tu.. org bujang tak pe.. redah je..

p/s: cam ne dgn Padang? nanti akak bagi contact tour guide tu. u contact sendiri ye..

00628126567621 - Pak Roy

Mulan said...

alfatihah utk yang terkorban..