Tuesday, July 31, 2012

Homemade Murtabak

Baru je balik dari rumah family Malaysia tadi, ada jemputan majlis berbuka, Alhamdulillah, Ramadhan ni murah rezeki, kenyang dengan makanan, selepas itu solat Magrhib, Isyak dan Terawikh bersama. Semalam solat terawikh, imam arab tersalah rakaat, saya pun jadi konpius, tapi biasalah, dah solat banyak rakaat, mesti akan lupa, dan sejak minggu ini, jemaah dah makin berkurng, maybe ramai dah mula busy dengan assignment masing-masing.

Tadi pergi jamuan berbuka, saya buatlah murtabak, sebab masa multicultural night last week, tak sempat nak makan murtabak yang dibuat sendiri, saya buatlah sekilo tadi murtabak, dan sempat buat beberapa keping untuk berbuka, kali ini buat murtabak ayam, Alhamdulillah, kenyang! dan sekarang sambung kerja, esok nak jumpa supervisor........

ramuan yang diperlukan


gaul dan masak!

canai+tebar+masak


Sahur dalam Kesejukan

Memandangkan keadaan cuaca disini sangatlah sejuk, so bila nak sahur memang lah liat nak bangun + malas! Since Ramadhan bermula, saya memang agak susah nak bangun, sebab sejuk sangat, suhu sekrang pulak asyij nak negatif memanjang, selalunya saya sahur minum air masak jer, sebab malas nak masak.

Tapi sebenarnya, lepas solat terawihk jer, saya terus masak, tengok lah tahap kerajinan dan barang yang ada, macam hari ini, rasa nak makan kueh tiaw pulak, so masak lah tadi.




Sejak bulan puasa ni, rasanya berat badan naik mendadak lah kot! sabtu lepas makan ada jamuan berbuka dengan pendudk malaysia sini, macam-macam juadah ada, tapi tak ada lak gambar, ada popiah goreng, apam balik, karipap, agar-agar, roti naan, nasi ayam, nasi lemak,kek pisang , spegheti dan banyak lah lagi, kesemua tu student sini yang buat,dah duduk overc ni, pandai-pandai lah masak kan apa yang nak idamkan tu.

Masa Multicultiral night hari tu, saya dan housemate masak nasi lemak, tapi nasi lemak tu tetiba tak masak pulak, jadi mentah, macam-macam hal, bazir jer, terpaksa buang jer, kena masak lain, memang masa hari itu kelam kelibut, tapi Alhamdulillah, habis semua makanan dijual, saya buat murtabak, jual dalam 2.50$ , tapi tak buat banayk, cepat je abis, nasi lemak jual 2$ tapi bungkus kecik-kecik lah, macam kat malaysia, just for fun, bukan nak untung banyak pun, tapi balik modal lah.
antara yang memakai pakaian kebangsaan masing-masing-gambar dari bakhtiar

persembahan budaya-gambar dari lokman


Final semester ni memang itu lah aktivitinya, makan dan makan, sebab banyak sangat free waktunya, tapi kerja pon banyak, harap=harap dapat lah siapkan semuanya.

Sunday, July 29, 2012

Discover Tasmania

Tasmania?, bila saya tanya kawan saya, kebanyakkan tidak tahu dimana Tasmania, memang tak famous pon, saya tahu pasal Tasmania pon sebab saya nak sambung study sini, so saya konon nak cerita pasal Tassie, supaya maybe boleh ramai datang lagi kesini, memang susah nak jumpe pelancong disini, sebab memang orang tak nak datang.
Tassie yang kecik bawah tu Taken from google

Tasmania: taken from Google


Tassie ni kira macam sabah dan sarawak lah, sebab dia sebuah kepulauan yang besar, jika nak datang ke Tassie, kena amik fligth dari mainland, selalunya ambil dari Melbourne, akan ambil masa sejam flight, if dari Sydney, akan ambil masa dua jam. Selain itu, boleh juga naik spirit of Tasmania, kapal yang besar, dan ambil masa selama sehari untuk sampai ke Tassie dari Melbourne.
Spirit of Tasmania: from Google


Hobart merupakan main city Tassie, dan disitu memang tumpuan orang ramai, tempat yang saya duduk ni, ialah Launceston, kiranya macam second city of Tassie, dan keadaan disini memang macam kampung. Tassie ada 2 main airports, satu dekat Hobart dan satu lagi di Launceston, Jika nak pergi ke Hobart from Launceston, akan mengambil masa dalam 2 jam menaiki kereta.

Di Hobart, memang segala pentadbiran disana, kiranya memang berlainan dengan cara di pentadbiran di Mainland, so jika nak deal dengan goverment, kena pergi ke Hobart, dan disitu terletak main campus UTAS, manakala di Launceston ni, ada beberapa buah fakulti ditempatkan disini,

Jika nak datang ke Tassie,saya sarankan ke Hobart, sebab dekat situ adalah main city, dan boleh lah pusing kebebrapa tempat menarik, senang cerita, Tassie ni, dia punya view memang macam New Zealand, nature dan sangat cantik! SubhanAllah! kalau nak datang ke Launceston, saya boleh bawa g memancing! hehe, 

Nanti saya sambung lagi, budak Lonnie yang baca ni,sajer nak cerita yer........sekian.

Saturday, July 28, 2012

Penat+nasi kerabu

agak kesibukan minggu ini, kelas baru bermula, minggu ni dah kena present, nasib lah tadi present selamat, tak kena attack oleh lecturer, kena siapkan tiga proposal untuk design, tapi sempat siap dua jer, agak malas minggu ni, masih dalam mood bercuti lagi, lagi-lagi kelas jumaat jer, memang bertambah malas lah.

Hari ini ada multicultural night, so saya dan housemate bukak gerai, kami jual nasi lemak, murtabak, dan karipap, ni baru je balik sampai rumah, baru nak makan buka puasa, dah pukul 12am dah, sekali sahur, kepenatan sungguh hari ini, terkejar kesana dan kemari, esok pulak ada jamuan berbuka puasa budak medic, rezki, yang seronoknya, bila ada kenduri, semua penduduk melayu berkumpul, dah macam one big family

dan untuk hari ni, dapat makan nasi kerabu, harga 5$, banyak giler, dan sungguh sedap, dapat gak makan nasi kerabu, kalau nak buat, banyak kerja jadinya,hhehehe.


Nasi kerabu

Wednesday, July 25, 2012

Aku bersyukur padaMu!

sebenarnya saya pon tak ada benda nak tulis, tapi saya cuma nak cakap apa dalam hati saya sekarang, terus terang, saya sangat bersyukur denganNya, saya masih tak percaya saya masih lulus semester lepas, sebab bila melihat ada kawan saya yang tidak lulus, saya masih bernasib baik, susah saya nak gambarkan, tapi saya masih terkejut, tiada yang mustahil, selagi kita berusaha.


"selagi kita masih belum mendapat result, doa dan teruslah lah berdoa, sebab hanya Dia mampu mengubahnNya"

itulah ayat yang kawan saya bagi tahu saya, bila saya risau dengan result, dan sejak dari itu, saya tidak pernah putus berdoa, sebab itu adalah segalnya, jangan kita putus asa, walaupon sesaat, saya pegang kata-kata itu. Terima kasih Nisha, sampai bila-bila, akan ingat!

Jumaat ini ada multicultural night, so maybe akan buka kedai, menu still belum decide, but this friday ada presentation, and bila kelas seminggu sekali ni, agak liat lah nak buat kerja kan, hopefully siap lah.

Sejuk, bakar kayu lah jawabnya

dah macam tokey cd cetak rompak, beli cd box ni, whole box ni, harga 84cent! giler murah
saya suka lagu najwa latif ni, lirik n music sangat simple but sangat bermakna! mari dengar

Monday, July 23, 2012

Helicopter Terhempas

Saya sejak beberapa hari lepas, terbaca pasal berita helikopter terhempas di sarawak, tapi takda lah nak tahu pasal detail pon berita ni, tapi dalam hati macam tergerak jer nak baca, so tadi saya baca dekat kosmo, mayat terakhir dijumpai, dan saya lihat ada gambar bos lama saya, rupanya, yang meninggal itu, adalah officemate saya di Kuching, dan projek yang dia nak pergi ni, adalah projek firm lama saya. Terus saya rasa hiba, teringat kebaikan Henry ni, masa saya kena bekerja dekat Kuching, dialah tukang amik dan hantar saya ke hotel, sangat peramah, pemurah dan sangat baik hati.

Terus saya call kawan saya dekat Malaysia, memang sah itu budak office, sebenarnya, Henry bukanlah arkitek, dia pekerja biasa dan merupakan saudara kepada bos saya. Sepatutnya, ada seorang lagi staff yang patut pergi ke site pada hari kejadian, tapi last minit tak boleh sebab ada meeting tempat lain, so Henry ni lah pergi gantikan, dan memang dah ajal dia, masih muda, baru 42, dan anak masih kecil. Dia ni memang orang kuat bekerja di office, saya selalu deal dengan dia kalau nak setllekan semua kerja dari KL, ahhhhhhhh! teringat balik, rasa sedih, dia sangat baik!
Borneo post

Kosmo




Henry, we gonna miss u! 

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan Terakhir di Perantauan

InsyaAllah, ini mungkin merupakan Ramadhan terakhir dibumi kanggaroo ini, tak tau lah, kot-kot next year gatal nak buka puasa awal saja datang ausie ke, hahaha. Alhamdulillah, 1st day of Ramadhan, semuanya berjalan lancar, cuma saya tidur balik pukul 11.00pagi tadi, dan terkena sleeping paralyse, and this time, sangatlah teruk kena, sampai rasa ajal dah sampai je, mungkin badan penat, semalam ada kenduri, makan banyak giler, pastu pukul 2pagi baru balik rumah. Semalam majlis sangat lah meriah, kali pertama begitu ramai penduduk kampung datang berkumpul, adalah dekat dalam 50 orang.
kami penduduk kampung Launceston! gambar cilok dari bad


Ramadhan banyak meninggalkan kenangan buat saya, terutamanya buat arwah nenek dan atuk saya, 10 tahun lepas, atuk saya meninggal seminggu before raya, dan saya merupakan cucu paling manja dengan atuk, sampai satu kampung tahu saya ni cucu manja atok saya. Bila atuk saya pergi, memang nenek lah tempat saya bermanja, dan ramadhan kali ini, merupakan ramadhan kedua tanpa arwah nenek, rindu sangat, teringat menu berbuka mereka, air sirap selasih, teh o, kurma, bubur johor dan asam pedas ikan pari. menu kegemaran mereka. Tetiba kali ini, rasa sangat homesick, rindu sangat dengan family dan merka yang telah tiada, IAllah, tahun depan, saya balik!

Dalam dunia blog ni, saya mengikuti satu blog ini, proudduck , saya memang rasa sangat seronok membaca blog ini disebabkan penulisnya menulis tentang neneknya, dan ceritanya hampir menyerupai arwah nenek saya, dan saya selalu mengikuti setiap cerita tentang neneknya, dan semalam, neneknya, atau dikenali sebagai Opah, telah meninggal dunia, bila saya membaca setiap apa yang ditulis, saya terus menangis, sebab apa yang diceritakan,sama dengan pengalaman saya, dan bagaimana Opah 'pergi' juga hampir sama dengan nenek saya. Buat yang membaca ini, walaupun saya tidak pernah bersua dan mengenalinya, mari kita sedekahkan Alfatihah buat Opah. Al-Fatihah, moga rohnya aman disana.

Salam Ramadhan semua

Friday, July 20, 2012

Selamat Datang Ramadhan

Selamat Menyambut Ramadhan, Alhamdulillah, berpeluang saya erjumpa kembali bulan mulia ini, di Tasmania, kami berpuasa pada esok hari, dan ada ditempat lain, berpuasa hari ini, tak salah di Newcastle dan adelaide berpuasa hari ini. Dan hari ini pon bermula kelas di semester baru, dan kerja pon dah melambak.

Untuk semua yang sudi membaca segala catitan saya disini, terima kasih, jika ada terasa dan tersentap ke, harap dimaafkan, moga Ramadhan kali ini, kita dapat bersama-sama memperbaiki diri kita kearah yang lebih baik, InsyAllah.

Thursday, July 19, 2012

Roti Canai+Winter+Class+Ejen

Esok bermulalah sesi persekolah untuk saya, sebab semester ini, hanya satu subjek, dan kelas hanya pada hari jumaat sahaja! dan esok kelas pertama, agak leceh bila kelas hari jumaat ni, sebab nak pergi solat agak susah, tapi itu semua cabaranlah kalau duduk diperantau ini.

Sekarang masih winter, nak main snow pon tak dapat, sebab asyik hujan jer, snow banyak dah cair, tak tau lah if bulan puasa ni nak pergi main snow pulak ke. Semalam suhu tetiba panas malam, tak yah pakai winter jacket pon, sebab rasa panas, dekat sini hujan non-stop dah seminggu, baju semua susah nak kering, ambil masa lama lah nak kering.

Dan tinggal sehari sahaja lagi, Ramadhan akan bermula, rasa tak sabarnya nak bermula puasa, saya selalu mengharapkan dapat perbaiki diri , mudah-mudahan.dan esok ada majlis ketuk-ketuk ramadhan, ada seekor kambing ditumbangkan, dan kami akan bersolat terawikh bersama-sama malam esok dirumah penghulu penduduk melayu disini.

Hari ini, masih cuti, buatlah roti canai, sebab rasa nak makan, ingat nak jual masa multicultural night minggu depan, tapi malas lak nak uli banyak-banyak kam, pastu kalau jual 2$ pon orang kata mahal, tak kan nak jual 50cent, nak sama harga dengan Malaysia, memang rugi lah! hehehehe,

lupa lak, semalam inspection rumah, dekat sini, 3 bulan sekali agen datang nak cek if ada rosak ke tidak dalam rumah, rumah ni dah banyak rosak, semalam sebok lah menyorokkan apa patot, kalau tak, semua kena ganti, ejen tu takde nak bertanggungjawab, walaupon bukan kami buat, dan satu hal, kalau datang rumah, mesti pakai kasut masuk dalam, kali ni, kami dah tampal sign depan tu suruh remove kasut, but still pakai, memang tak makan saman! haih!

roti telur


dallllllllllll

teh tarik!

dah besar-besar ni pon tak reti baca! ejen oh ejen

pokok bawang je tanam


rumput pon kena potong, kalau tak , ejen tu nak upah gardener dan kami kena bayar

Wednesday, July 18, 2012

Makan di Gold Coast

Untuk mereka yang nak pergi ke Gold Coast tu, kalau bab makan tu, tak payah susah hati, sebab memang bersepah kedai halal, especially kebab lah dan indian food. Memang penuh disitu, dan mudah untuk mendapatkan makanan.

KFC dan Mcd memang tak halal disini so jangan nak makan, walaupun ada pak arab yang main bedal je makan, mostly kami kat sana, makan luar sekali sehari jer, malam je makan, time lain, alas perut dengan roti je. ikutkan nak masak setiap hari, tapi kemalasan berganda, makan luar je.

Kalau nak makan masakan melayu, ada kedai Melayu disitu, tapi kami tak masuk, sebab tengok dari luar, kedai tu macam dah 100 tahun tak pernah tukar deco dalaman, gambar tampal dekat glass wall pon dah pudar, nampak sangat takde usaha nak tarik pelanggan dan harga makanan disini saya boleh kategorikan sebagai agak mahal. Itu sebab tak makan, baik pergi makan kebab, banyak dan sedap! Cuma keluarkan ongkosnya sahaja, dan harganya memang murah.
hari 1st, masak nasi dan beli sardin, kenyang!

makan di SAHARA, sedap , banyak dan murah

pizza ni boleh tahan sedap lah

ni hari lain, test kebab chips


air kasi buang angin, air halia

kalau di tassie, memang take minum air sejuk, tapi di GC ni panas
dalam theme park memang ada halal food, just tanya je staff dekat situ, last day kami masuk movie world just nak makan buffet, 27$ seorang, kalau on9 20$, memang berbaloi, makan sampai tak ingat dunia, dan kami antara orang terakhir didalam tu bersama dua lagi group student melayu. saya syorkan makan disini. american cafe kot nama dia.

Tuesday, July 17, 2012

Melayu jumpa Melayu

Saya tetiba terfikir pasal perkara ini, apa reaksi jika duduk di overc, dan jumpa orang melayu, adakah kita akan tegur? senyum je? or buat bodoh?

Perkara ini berpusing-pusing dalam otak saya, jika nak ikut pengalaman saya, kalau di bumi tassie ni, kalau jumpe melayu yang saya tidak kenal, saya senyum je lah, jarang benar nak tegur, begitu juga kalau di tempat lain. Ada kes dekat sini, ada student baru, bila budak melayu lain senyum dan bertegur sapa, dia boleh buat bodoh, last-last kena cop orang bhutan! hahah

masa pergi GC haritu pon, memang ramai jumpa melayu, sebab masa tu ada games untuk students malaysia di sana, bersepah lah melayu, jika nampak selalunya senyum, tapi bila nak senyum, mesti diorang akan tunduk kepala atau pandang tempat lain.

agak sukar rasanya kalau nak tegur melayu diluar negara ni, maybe segan, saya pon lebih kurang, melainkan saya kenal lah.

Pernah tegur melayu, memang sah melayu, siap beri salam dan senyum, dia buat bodoh, yang ni berlaku dekat sini, ingat lagi muka minah tu, sombong giler kot. yang penting, bila diperantauan ni, kena pandai bawa diri, ada je yang memang tidak campur melayu, walaupun diorang melayu, itu hal masing-masing lah,

penting kita kenal sesama melayu, sebab jika ada masalah, selalunya senang nak mintak tolong. itu je lah, cuma rasanya memang ada sindrom segan nak tegur among malays kalau terserempak or terjumpa, sama ada berlagak, segan or takut salah bangsa ke.

Harini kawan saya dudk UK konvo, tengok online streaming lagi, congrtz ikram! jumpa bulan 9 ni dekat tassie!


***ok, rasanya blog ini ada budak launnie baca, saper ko! hahaa,

Monday, July 16, 2012

Gold Coast Trip

Bila nak pergi Gold Coast ni, kena mintak kebenaran parent dulu, al-maklumlah, rasa banyak duit akan keluar nanti, so bila mereka kasi, saya pon on je. saya pergi from 3/7 hingga 9/7, dalam 6 hari macam tu.

Bila sampai GC je, suhu dia macam Malaysia, sangatlah warmnya, nasib tak bawa baju tebal. Kami menginap di Sunset Court Apartment, ada 2 bilik, agak scary apartment dia, sebab lock pintu macam tak secure sangat,tapi overall, memuaskan dan amat murah. untuk 6 malam, 525$ dan bahagi empat, so memang murah sangat. dan kedudukan apartment ni sangat dekat dengan city, jalan kaki je, kami sewa kereta, bila jalan ramai ni, banyak benda boleh jimat.

Pergi GC ni, mestilah wajib pergi ke theme park, amik pakej dia, seorang 99$, unlimited entry untuk 3 theme park until June 2013. Kami masuk Movie World yang banyak kali,  pergi merasa semua ride/ coaster dalam tu. dan tengok parade, dah rasa macam budak kecik, walaupon umur dah wajib kahwin ni! teringat zaman kanak-kanak, tengok kartun-kartun ni, rasa excited lah jugak.
selamat datang ke warner world!main entrance

datang awal kalau 1st time, sebab kena buat macam id card



Untuk ride/coaster dekat warner bros ni, saya naik hampir semua, walaupun rasa taubat setiap kali turun satu-satu ride tu, tapi tetap nak naik.  Superman coaster teramatlah laju, tak sempat tengok view, dah abis, sebab laju sangat, seterusnya, ada tarikan terbaru iaitu, green lantern coaster, bila naik dengan kawan seorang ni, dia kat atas tu dah cuak, siap boleh zikir sepanjang naik ride tu. Cuak punyer pasal, pastu ada batman, scooby doo dan ada beberapa show, semuanya sangat takut! dan saya tak rasa nak naik lagi, sebab jantung dah lari kedudukan dah! takut!

dalam movie world ni, ada halal food dan buffet, kalau sesiapa nak pergi, better beli semua secara on9, boleh save dalam 10$ dalam setiap ticket, macam buffet tu, beli on9 murah, kalau walk in, mahal, so better semua tiket beli dahulu, tak yah nak beratur panjang nanti
superman, laju giler!

macam dalam USS tapi kecik sikit

halal restaurant, patutlah ramai pak arab beratur

Batman tetiba keluar, poyo giler


theme park ni dari apartment dalam 30 minit,kami sampai awal, pukul 9am dah ada kat situ, pukul 10am baru boleh masuk.Memang duduk dalam tu lama lah, supaya berbaloi beli tiket tu kan. for muslim, jangan risau, ada surau dalam ni, memang selesa, so tak perlu risau nak cari tempat solat.
austin show

show kereta

scooby doooo n geng (xbest)




nanti sambung lagi, hehehe

Sunday, July 15, 2012

Kenduri Kesyukuran dan Sambut Puasa

Alhamdulillah, selesai majlis tadi, kenduri doa kesyukuran/selamat dan sambut puasa. Kali ini, kenduri ni, berkongsi dengan satu lagi rumah, so rumah saya masak nasi dan ayam lemak cili api, satu lagi rumah, masak sayur campur dan daging hitam.

Makanan kali ini, semua cukup. tiada kurang atau terlebih, kali ini ramai datang, satu kampung turun, antara menu lain ada puding jagung, agar-agar, kek coklat, kek cheese dan pasta.Semuanya orang bujang masak. Minggu depan ada lagi satu majlis, ketuk-ketuk ramadhan, dekat rumah kakak PHD lagi satu, so tadi diorng pergi lapah kambing seekor untuk kenduri nanti.

gambar amik tadi banyak tak clear, dan gambar makanan semua tak amik lak! esok dah bermula semester baru, IAllah, harap dipermudahkan, dan untuk semester ini, ada 2 orang jer malay students yang datang. tak sabarnya Ramadhan, lagi beberapa hari sajer lagi.

antara yg hadir

masyrkt melayu disini

budak2 main-main

lampu ini tiada kaitan, baru beli dekat market, 4$, rasa mcm style!hehe