Tuesday, April 30, 2013

Semalam punya cerita

Semalam cuba berniaga dekat SACC Mall, ada macam weekend market kat situ, sewa dalam RM60 sehari, saja nak cuba, tapi tingkat 3, orang tak ramai sangat, sale semalam pon x balik modal, hahah, tapi biasalah, ikut rezeki, baru mula berniaga, saja-saja pon, maybe dah tak nak kot, penat sangat! sabtu amik stok, ahad niaga, weekdays kerja! tiada masa nak berehat.

So lepas habis niaga, pukul 6 petang, adik dan kakak ipar pergi beli buku dekat MPH, guna baucher 1 Malaysia tu, pastu line nak bayar memang ramai, so diorang beratur lah, bila dah sampai depan kaunter tu, ada staff dia, terus suruh verify baucer dulu, so dia suruh pergi ke booth sebelah kaunter. Mula-mula kakak ipar saya nak letak bakul supaya nak cop lah barisan tu, tapi dia suruh bawak bakul sekali.

Bila dah verify, dia diam je, tak cakap apa-apa, bila tanya, aoa lagi dik? dia kata, kak kena beratur balik. Kat sini saya pulak naik hangin!, dah lah penat pastu mamat jadian ni kurang ajar. Tanya baik-baik, dia jawab kerek pulak, pastu boleh je biar orang tunggu situ, dia tak cakap apa-apa. Memang biadap!

Bila tanya kenapa tak cakap kena verify dulu, dia pulak sound saya, 'abang tak nampak ke, kan dah tulis dekat situ', saya tanya mana yang ditulis tu? rupanya benda tu ada belakang dia, tapi sign tu dah diterbalikkan, bila saya cakap, baru lah dia letak depan kaunter, pastu tak nak mengaku salah, nak sound balik!, lama-lama tinggi suara lah saya, memang panas betul, orang semua tengok, hahahha! malu pulak tetiba! pastu datang manager dia, baru lah settle, tu pon manager muka berlagak, takde nak mintak maaf staff dia macam tu.

Patutnya dapt baucher MPH rm5 dan cabutan bertuah, tapi dia pon buat bodoh, sebab dah bengang kot! Itu lah dia, apa perasaan, dah beratur panjang, pastu dah sampai kaunter, dia panggil nak cek buku, dan lepas tu, kena masuk line balik, beratur dari belakang, panjang!!!!!!!!!!! dan hanya ada satu kaunter je bukak. Saya bodoh kalau tak nampak sign dia tulis tu, tapi masalahnya tiada!

Ok, itu dia pekerja kedai buku di M#$ di shah alam, Orang berbudi, kita berbahasa, orang nak tunjuk ;'jantan' walaupun diri tu wanita, memang lah kena sound. haih!!!



Thursday, April 25, 2013

KEtam dan kerja

belajar banyak benda
banyak benda belajar
walaupun banyak tak tahu
tapi itu semua kena belajar

bila dah jadi ketua
kena lah buat kejer betul-betul
walaupun masih hijau
jangan malu tanya
tapi pada masa yang sama
janganlah nampak bodoh sanagt

hahaha, ramai kata keje ni bosan! memang pon!, dah nama pon kejer, tapi kalau environment best, ada facilities yng best, sure akan jadi best, kalau sebaliknya, memang lah tak best!

bila ada yang 'memandang' memandang 24 jam, memang lah tak patut!

bila si ketua seperti ketam mengajar anaknya berjalan, memang lah susah begitu
bila ketua tidak percaya ketam lain, tapi ketam sendiri lebih dipercayai,
baiklah ambil ketam sendiri buat semua je,
hahah! ok!

rindu nak memancing di kala bosan, kat msia lain feelnya dan air kopi $1!!!!!!!!!!!!!


IKLAN:pada sesiapa nak order perfume or jam ke, sila email ke mdzulfadly@y7mail.com, saya nak ambil stok sabtu ni, order je dulu, bayar nanti cukup bulan, sebab minggu depan dah PRU, takut x sempat ambil,

cc: kak hidana, hehehe



Wednesday, April 24, 2013

Itu dia!

Kerja! kerja dan kerja! walaupun takde kejer sangat, harini buat drawing dah salah, lama sangat tak buat autocad, tu blurr je . Baru tau ada budak kena berhenti last month sebab blurr dan slow buat kerja, maybe serius lah kalau dah kena pecat. takut rasanya.

Harini ngantuk semacam je, lepas lunch terus rasa ngantuk, dah macam makan pil tidur, tapi bila bos masuk, terus segar je mata ni.

Lawak gak opis ni, memang on time balik! 5.29 semua dah depan pintu, tunggu nak scan jari, semua tak berani nak scan before 5.30, 5.30 je semua berebut! hahaha

tu belum pagi, datang awal, pastu kedai mamak bawah je, scan jari dulu then turun balik makan. masuk lambat. Saya nak buat tak berani lah, baru je kerja, kang terus kena buang.

Bila meeting dengan bos dan staff senior, pening otak, banyak betul shortform yang saya tak tahu, lepas habis meeting kena google lah, baru lah faham apa diorang cakap.

kerja ni memang lah bosan tak sama dengan kerja, tengok kawan yg dapat kejer di ausie, rasa nak pergi balik sana, rindu pulak tassie sejak akhir-akhir ni, lagi-lagi almost hari2 citer pasal tassie sebab opis mate tanya. hehehe

Ok lah juga bisnes sekarang, malam kena amik order, esoknya nak pos terus,kak hidana, nanti dah dapat gaji jgn lupa beli eh, hahaha

saya rindu suasana ini, IAllah, ada plan jangka panjang, mudah-mudahan dipermudahkan, amin!



Sunday, April 21, 2013

Berniaga!

Kalau perasan, memang saya ada buat part time jual perfume dan jam online, masih slow lagi, dah hampir sebulan berjalan, bila dah start kejer ni, agak slow lah nak selalu update . Agak malas juga, balik kejer rasa penat, sebab tidur lewat, bangun awal, memang ngantuk je lah. Bila malam pulak, tetiba je dah pukul 10! masuk tidur, pastu dalam dekat pukul 1 baru lah dapat lena, saya memang ambil masa lama nak tidur, berangan tu lama giler!'


Sepanjang berniaga ni, ramai juga tanya produk saya jual ni original ke, lagi-lagi perfume, TIDAK! kalau original, mesti lah mahal, jika saya letak harga mahal, nanti xde orang nak beli, bila letak murah, orang ingat tiada kualiti. Saya pon pening.

Kesian tengok orang beli online, perfume yang dikatakan reject atau defect, jika harga dah lebih RM100 tu, nasihat saya, beli je lah original, keluar kan je lagi sikit, kalau nak ori, beli dekat kedai, ada segelintir yang tipu, padahal perfume tu Gred AAA, sama macam saya jual, tapi dikatakn ori. itu HARAM dalam berniaga.

Walaupun slow, masih ada juga sale setiap minggu, lambat sikit lah nak dapat modal, tapi x pe lah, slow dulu, mana tahu one day ramai nak beli, heheh.

dah macam entry berbayar pulak, kepada kak Mulan, sila emailkan alamat akak, IAllah saya akan post perfume untuk akak, heheh, dapat juga email dari yang lain, terima kasih hantar untuk GA tu, cuba lagi nanti eh, IAllah saya akan buat, tapi hadiahnya maybe dari kedai online saya.

Ok, selamat berkempen minggu ini, saya undi dekat melawati nanti, tak guna selalu pos macam-macam pasal politik, tapi undi pon tidak kan.

Antara yang dijual, kalau nak order, boleh add saya disini  atau like disini








Saturday, April 20, 2013

Seminggu berlalu

Sekejap je rasanya, dah seminggu dah kerja, tak sangka, tetiba jadi akitek! berbaloi rasanya belajar 5 tahun + 2 tahun kerja sebelum dapat jadi akitelk, walaupun tidak lah berbaloi bab gaji, tapi dapatlah kepuasan untuk diri sendiri.

Macam biasa, selalu minggu first ni, kurang kerja, saya lah staff paling baik, nak bukak FB pon tak nak, padahal yang lain ramai beronline, sebab kerja kurang. Duduk dalam opis pon diam, kalau perut berbunyi pon boleh dengar.

Tak ramai pon staff, ramai budak praktikal je, bos pon memang pantau dari rumah je, opis bersepah CCTV, tak tahulah betul ke x. Terpaksalah mintak kerja, walaupun memang takde banyak kerja. Nasib bawah opis bersepah kedai makan, mamak bawah boleh pulak mintak paswd unifi opis, melampau sungguh! hahaha

Satu hal berlaku, bila ada satu budak praktikal ni, kena panggil dengan kerani, pastu bila dia masuk balik je, terus datang dekat saya, "bang, amik kerusi yang saya duduk ni, ini kerusi akitek, saya budak praktikal je' saya pulak rasa serba salah. Dia kena marah sebab pakai kerusi roda tu, sebab saya pakai kerusi plastik, padahal saya tak kesah, ada pulak macam tu kan, nak menangis budak tu, heheh

Apa pon, harapnya saya ok lah di opis ni,dapat lagi 2 interview, satu big firm yang mana saya memang nak, but saya tanya je direct melalui phone call, apa criteria dia nak, so terus saya kata, maybe saya bukan lah orangnya, but dia suruh keep in touch,kalau ada kerja kosong lagi, dia akan bagi tau, heheh


Dan pagi nanti, penamaan calon, so kedai online saya pon buat penamaan calon, jom beli! hehe



Tuesday, April 16, 2013

1st day!

1st day kejer, memang xde kejer, duduk depan PC sambil pura-pura baca, tapi tak tahu nak buat apa, dalam opis semua diam, buat kejer penuh jiwa.

Setiap 5 minit tengok jam, supaya tetiba pukul 5.30, hahah.

satu permulaan di alam lain, mcam2 lagi lepas ni, makin lama makin cuak, Semalam x boleh tidur, pukul 4 baru lena, kat opis ngantok sangat, pura-pura cergas.

Satu tips dari saya pasal interviw:

Selama ni saya selalu aim nak gaji yang ok, tempat kerja yang dekat, suasana yang best, tapi sebenarnya, kita kena tengok, apa aim kita untuk diiri sendiri, adakah nak jadi designer, or nak jadi budak teknikal, atau nak kerja selama-lamamya dengan orang atau apa?

saya terima sebab bos ni sendiri tanya apa aim saya, dan dia kata, jika bekerja dengan dia, IAllah dia tolong, compare tempat lain, yang suruh saya buat macam-macam, tapi hanya sekadar kerja dan kerja, sampai bila tanya soalan, semua pasal skill. Fresh graduate, mana lah tahu sangat pon..

tq yg wish saya,

Monday, April 15, 2013

Takut!

Perasaan sekarang, takut+cuak+gigil+seram dan macam-macam lah, baru je hantar email reject offer untuk 1st firm, rasa takut pulak, dia dia email surat offer letter, pastu reply nak tolak offer tu.

Ntah apa dia email esok, mesti dia marah ni, padahal saya dah call kata suruh hantat offer letter, bila tengok dalam contract tu, dia tawarkan position as assstn architect,dan cuti hanya 8 hari dan kalau nak berhenti, kena bagi notis 2 bulan, lama tu. So saya dah tolak,

sekarang risau firm nak kejer ni, sebab masa interview nampak gaya macam dia kondem saya, tapi nak pulak, saya ingat balik, dia suruh datang isnin, dan mula kerja, tapi macam tak sure sama ada dia terima kerja or tak, sebab ada lagi seorang interview lepas saya, rasa macam lalok pulak.

Esok redah je lah,tetiba dia kata tak offer, balik je lah, hahah, tapi IAllah kerja lah kot tu esok. Apa nak kena buat 1st day? walaupun pernah kerja before this, tapi rasa takut sangat.

Tempat baru, kawan baru, dan konpem bos tu garang.

dekat 4 bulan tak buat anything since final presentation, pastu balik malaysia menggangur sekian lama, rasa macam MALAS tu menebal sangat. Kalau boleh nak duduk rumah je lagi, tu dia kalau lama sangat rehat. Hahah


Moga sebuah langkah kehidupan yang baru, IAllah, dan berjalan sempurna dan selamat. Masuk kerja pukul 8.30, balik 5.30! ok!!! RISAU!!!!!!!!!!!!!!!!!!! ntah boleh tidur ke tidak ni, baik sambung main candy crush!

Sunday, April 14, 2013

Sekampung-kampung Tasmania

Sebelum saya fly ke Tasmania , dah ada beberapa orang suruh saya fikir masak-mask, bukan pasal sambung belajar, tapi pasal TASMANIA, firm lama saya kerja, siap cerita yang anak buah dia belajar sana sekejap, lepastu balik malaysia sebab tak tahan, kebosanan melampau.

Saya dengar pon, naik takut, tahap kekampungan dan kebosanan adalah tinggi oleh mereka yang bercerita. Ni untuk minggu ni pulak, 2 tempat interview, satu bila cakap belajar tasmania, siap gelak-gelak, kata kampung. Tu kira ok lah lagi, ni masa firm lagi satu. Memang terus terang kena kondem kekampungan.

Bila tanya, pernah pergi ke? TAK. Setakat sampai Melbourne je, tapi semua dengar cerita dari orang, tak habis-habis kata kampung + Hutan. dan kenapa belajar sana? tempat ceruk dunia. So saya explain lah pasal Tassie, kena lah back up juga.

Ramai tak pernah pergi Tasmania, tapi bila tanya, cakap kampung, hutan, bosan, boring, dan bos yang interview pon cakap, kawan dia belajar sana sekejap, pastu balik malaysia sebab bosan.hahah

Ramai je orang Malaysia situ, yang mana dekat malaysia agak sosial, dtg sini sure duduk rumah je, tapi banyak je aktiviti boleh buat.

Dan risau mau mula bekerja, risau!! wish me luck!

ini dia bandar Launceston yang ramai orang tak pernah datang, tapi kata bosan + hutan,bila sekali jejak sini, IAllah rasa nak stay je,haha
































Friday, April 12, 2013

Jumaat

Alhamdulillah, selesai interview pagi tadi,dan rezeki disitu, dapat juga kerjanya, Isnin ni mulakan tugas, terpaksalah hantar email, firm dekat puchong tu, kata tak jadi, tapi takut lah pulak!

Patutnya pukul 4 ada lagi satu interview, bukit nanas, malas lah nak pergi KL, sure jam giler, lagi-lagi jemaat ni. Saya rasa, ini interview paling lama, dan paling banyak saya cakap! Tension pon ada, rasa macam bertekak je, kalau benda salah, saya betulkan, kalau kritik, saya boleh terima, tapi rasanya dia nampak potential saya, senang sikit pergi kerja, 5 minit dari rumah.

Gaji pon ok lah, mula-mula kerja ni, asal dapat save banyak (minyak+tol), so boleh simpan untuk kahwin lah. Cuak pulak nak kerja ni, sekarang letak dalam otak, kena konpiden dengan diri, kita tak mampu nak puaskan apa orang nak, tapi kita boleh berusah untuk mencapai apa yang mereka mahukan, dan perlu banyak lagi membaca lepas ni, IAllah.

Sekarang, berniaga jadi part time lah, malam je boleh update, sabtu untuk restok,esok nak ambil stok baru lagi, so far, ok lah, kayuh pelahan-lahan dulu, lama-lama guna enjin pulak, side income bulan-bulan.

Terima kasih yang mendoakan saya, tadi tetiba rasa sebak masa interview, dia tanya apa bapak u imagine u as architect, so ceritlah how parent saya cari duit semata-mata nak bagi saya belajar overc, walaupun saya tahu, kami bukan dr keluarga senang, dah macam cerita bersamamu tadi!,


Alhamdulillah

Thursday, April 11, 2013

Oh Unifi!

Hari ada masalah dengan unifi, so call lah hotline dia, 10 minit tunggu, iklan je penuh, operator tak angkat, lepastu terputus, call lagi sekali, sama juga, lepas 10 minit baru lah angkat, itu pon selang seli dengan iklan, operator siap mintak no telefon saya, selalunya, kalau dekat ausie, kalau dia mintak no tel. ni, kalau putus dia akan call balik.

Tetiba putus pulak, sebab saya dah habis kredit, dari RM15 terus jadi RM00! thanks lah unifi, samapi sekarang takde orang call lagi, memang teruk lah perkhidmatan mereka ni,TM tak perlu risau pelanggan lari ke tidak, sebab TM dah monopoli dekat Malaysia, tu teruk je, belum lagi lambat bayar bil, terus kena potong, adoi! Pening dengan unifi ni.

Saya terima offer puchong tu, mintak offer letter, until today, still tak email, esok pulak interview shah alam dan KL, harap-harap dapt Shah Alam, senang sikit.

Tetiba ras malas nak kejer, kalau tak kejer samapi bila lah duduk rumah je, rindu pulak zaman study,hehehe.

waktu malam, tapi jarang lepak studio, sebab sejuk

masa 1st year dekat ausie, rasa macam budak2 main benda ni, padahal master kan.

nampak macam main2, tapi ada idea disebalik semua tu

pastu kena marah dengan lecturer, main2 sgt
Dan untuk GA yang kedua, sebab kak Mulan komen dulu, saya bagi akak perfume, pilih lah mana yang akak nak dekat page perfume tu, tapi kalau ada yang dapat capture tu, still boleh email lah. TQ

Doakan saya esok!!

Wednesday, April 10, 2013

Giveaway 2

ni sebenarnya saja-saja je, sebab saya tengok statistik saya dah nak 50, 000 tu, so saya nak buat lah 2nd Give away. senang je, cuma print screen angka 50,000 dekat page saya, dah dapat tu,  boleh lah email ke mdzulfadly@y7mail.com.

Senang kan, kalau tiada yang tepat, yang dekat2 pon saya accept, just email je.

Hadiah dia? sebab saya jual perfume, hadiah dia pon perfume, boleh pilih mana yang berkenan atau boleh pilih jam ICE tu, pilih antara satu. Jom sebarkan pemgumuman ini, hehe