Thursday, May 30, 2013

Sebelah sayap

tengok video si matt ni, teringat saya pengalaman lebih kurang, tapi takda lah saya minum benda tu, bila dinasihati oleh mereka yang merasakan diri mereka sangat bagus dalam agama, tapi dalam menasihati, mereka menyakiti, belajar dari ustaz-ustaz sedia ada, kita nasihat, bukan judge amalan orang itu. saper lah diri kita. Pandangan peribadi saya. Tapi saya terima setiap teguran, tapi bukan dimalukan depan orang ramai, seolah-olah hanya mereka ahli syurga. sensitif sikit.

terharu baca komen-komen budak kelas omputeh ni, dekat komen qil di FB. mereka sangat respek agama sahabat mereka dan supportive, Qil jangan jadi Yuna pulak! hahah. 

dalam dunia ni, banyak orang baik, bila kita jumpa manusia itu sangat annoying, mereka hanya lah yang sesat sebelum menjadi baik (boleh ke). ok.

btw, thx yg bagi nasuhat, pengalaman satu pelajaran. Dan hari ni, pukul 8.30pagi, bos call suruh pergi meeting pukul 11, wakil bos untuk meeting yang saya pun tak tahu sangat info, dan hasilnya, client sound balik saya, bila saya tidak bagi jawapan yang pasti! hahaha, gigil duduk dalam meeting, bila disoal benda yang langsung tidak tahu, dan dimarah didepan mereka yang lain. 

tonton video ini, hayati cerita disebalik, sama-sama audit diri, kita adalah diri kita, bangga jadi diri sendiri walau macam mana pun kita, terima setiap teguran yang ada, jadikan iktibar, dan paling penting, hormat orang lain.



dan last part of the video: kalau kita berkawan dengan penjual minyak wangi, kita akan sentiasa wangi.....so jom beli perfume, klik tepi tu.hahha

Wednesday, May 29, 2013

Aku , bos, dia, dan bosan!

setiap hari, muhasabah lah diri, kalau ada yang teguris hati, kalau ada tersentap rasa, mana lah tahukan.

bila bergurau tu, tengok siapa kita bergurau, hormat mereka jika lebih tua, walaupun seseorang itu suka berlawak, tidak bermakna 24jam akan berlawak, ada masa serius, ada masa berlawak. Jangan ingat orang yang slumber tu, semua benda dia boleh terima, jaga tutur bicara.

bila nak sound balik, takut terguris hati, takut malu tak terperi, bila dinasihati pulak, langsung tidak dihirau oleh diri itu. Kesabaran ada juga tahapnya.

hari-hari rasa takut, sebab banyak benda sangat baru, bila tiada kepercayaan pada diri ini, macam mana mahu belajar semua perkara. bila kita tidak tahu, dikatakan lembap dalam belajar. Jika hari-hari diperhati oleh bantuan 'mata' robot disekeliling diri, rasa tidak selesa sungguh, belum lagi dikelilingi mata sebenar disetiap penjuru diri. ye! penat!!! tapi..............

semua adalah satu pengalaman, yang pastinya, dapat memperbaiki diri.

ok, merapu meraban dekat atas, tension otak ni, semalam opis lama call, suruh kerja situ, ikut hati, memang nak je, sebab saya sangat selesa disana, tapi bila pikir balik, kena OT sentiasa, rasa saya memang susah sedikit. tapi...................memang nak kerja balik dekat situ, tengah berbelah bahagi.

semalam ada dah kena warning, melampau candy crushnya, ikutkan bos, terus nak buang, nasib diberi peluang, padahal bukan yang tetap, hanya sementara untuk 'pembelajaran' dalam pengajian.

dan, rindu pulak tassie, memang hari-hari ingat, hahah, sebab duduk sana banyak berjalan, bila dah kerja, bosan lah jadinya. heheh.
rasa nak kejer dekat GC, jadi batman pon ok, haha

lepak sambil buat bodoh, adalah benda terbaik dalam hidup

benda bila bosan, masak! duduk malaysia, pergi dapur untuk makan je lah, malas tu kuasa berganda nak masak-masak ni,hehe

Monday, May 27, 2013

Penangan Jalan jalan cari makan

Esok dah kerja balik! macam biasa, tahap malas tu makin menebal, saya perlukan suasana kerja yang seronok, baru seronok pergi kerja, ni hari-hari pergi cuak je rasa, sebab banyak benda buat 1st time, tapi biasalah, semua itu satu pelajaran untuk diri sendiri.

ok, ini nak citer pasal penangan cerita Jalan-jalan cari makan, last week, JJCM tunjuk makan dekat Shah Alam, makan asam pedas, so sedare saya ni yang duduk KL,call nak datang sini, sebab tengok TV macam sedap. So malam tu kami pergi lah, sekali penuh!!! langsung xde seat,siap ramai tunggu lagi nak duduk. Kedai ni, memang selalunya tak ramai orang, staff siap boleh duduk bersembang nak tunggu pelanggan, bila masuk TV, terus famous, bila pergi next day, dah kurang balik orang. So kami pergi cari kedai seksyen 15, tutup pulak,pastu pergi ke seksyen 19, makan kedai asam pedas, kedai tu pun ramai orang, cuma asam pedas tak kena tekak, manis sungguh! dan tak sedap , kuah cair je. pastu ikan pari liat, tak boleh makan, dan bau hancing. agak mahal lah juga.

harini pulak, benda sama berlaku, tengok orang makan ABC dekat JJCM, so saudara ni pon datang sini, pergi lah seksyen 2 tu, sekali jam sungguh dekat area tu, tak pernah-pernah jam dekat situ, melainkan masa waktu balik sekolah. rupanya ramai pergi ke situ, nak makan ABC, beratur dekat kedai tu memang panjang, last2 kami makan kedai lain, dekat food court tu, ada dekat 10 kedai jual ABC, tapi yang satu ni masuk JJCM, so semua beratur situ, kami order kedai lain, memang sedap, ABC ni rasanya semua lebih kurang. Buat penat je beratur berjam-jam nak makan ABC. Sangat respek orang yan suka beratur lama just untuk makan, kalau saya, sama ada balik terus atau cari kedai lain, haha.


Ok, esok kejer! kejer! kejer! nasib minggu ni xde kena pergi luar, seminggu duduk opis, bos pon dah balik, opis kecik, staff sikit, so suasana tidak lah semeriah opis besar, tapi opis kecik, politik kurang lah kot. hehe


selamat malam, minggu depan, ramai kawan kahwin, semua kahwin tarikh sama, padahal minggu lain semua tak nak kahwin, ni sebab cuti sekolah lah ni. sekian.

Meh beli perfume, hahah

Tuesday, May 21, 2013

update seminggu (bajet artis)

semalam ada berita mengejutkan, bila senior di UM, mati lemas, agak sedih juga bila dapat tahu, sebab dia salah seorang yang sangat aktif masa di UM dulu, memang best student dan sgt famous, walaupun bangsa lain, tapi dia memang selalu lepak dengan budak-budak malay. Mayat akan dibawa pulang ke semenanjung esok kot, tak banyak sangat tau info pasal kes ni, sebab semua pun dapat tahu dari FB je.

Selain tu, saya rasa sgt kurang ajak, seorang anak, cakap pasal mak dia, macam dekat TV semalam, patutlah kena sepak ngan abang dia, macam mana buruk mak pon, dia still mak kita, jaga lah maruah dia, kalau tak ada mak, kita pon tak ada, sedih kot dengar dia cakap semalam, kerana awek je, sanggup buat mak macam tu. 

Otak tengah stress! kena handle projek, harini pergi meeting, dalam meeting senyum je, banyak tak tau juga pasal benda-benda ni, perlu belajar, dia tanya, saya senyum, hahaha. llagi satu, bila diamanahkan kena buat kerja, try buat sehabis baik, tapi bila yang diarahkan hendak argu sahaja, sampai bila kerja tak siap. stress macam ni hari-hari. 

Esok nak ke JB, khamis nak ke Nilai, sebab meeting dan meeting. Maaf yang tak reply lagi komen, otak masih tak betul sekarang.


Dan saya rasa puas dalam satu perkara, dah mencuba menyatakan, dah cuba berusaha, untuk sesuatu langkah dalam hidup, walaupun dianggap gurauan, tapi saya tahu saya berdiri dimana sekarang, lebih baik saya bertanya, daripada terus menunggu tanpa pasti. IAllah, ada jalan lain untuk saya.


SAYA SAYANG MAK SAYA!!!!

Tuesday, May 14, 2013

Alfatihah

Membaca satu blog yang dikongsi oleh cikgu saya, sedih teramat baca kisah seorang ahli syurga ini. http://whitevincci.blogspot.com/. Moga tabah buat keluarga.

Hari ini, jiran pulak meninggal, dilanggar oleh kereta di KLIA, arwah bawa teksi, kena langgar masa keluar dari teksi tu. Jenazah kejap lagi sampai.


Alfatihah untuk arwah berdua.

Hidup sementara, tapi kadang kala, kita selalu lupa, yang kita rasa, kita akan kekal selamnya.

Monday, May 13, 2013

Ibu/Mak/Mama/Bonda etc

Dah 13 May, lagi 2 hari, Bday mak saya pulak, harini tak sambut, sebab mak pergi Nepal, kena kerja, sempat lagi antar gambar orang nepal.hahah

Untuk semua yang membaca blog saya, menjadi 'ibu' saya dalam memberikan nasihat sepanjang saya belajar. Terima Kasih banyak-banyak.



Friday, May 10, 2013

Selamat Hari Ibu

Sibuk nak update blog, tapi ni iklan ni, heheh, jual perfume, so sempena hari ibu, saya ada buat promo, yang dah beli sebelum ni, jangan rasa rugi, IAllah akan ada promo lagi, TQ yang sokong saya. Alhamdulillah, ada rezki saya disini.







Jom menang, just share je, ada rezki menang, siapa yang nak beli, boleh inform saya, terima kasih yer.



Monday, May 6, 2013

Undi rahsia

Berakhir dah PRU13 kali ni, macam-macam ragam. Biasalah, takkan ada yang puas hati, melainkan semua yang mengundi ahli parti yang menang. Semalam buat pertama kali mengundi, keluar awal dari rumah kat shah alam, nak pergi mengundi di melawati, sebab alamat dekat ic still rumah lama.

sampai pusat mengundi pukul 9.30, dapat saluran 5, tingkat 2, semua yang berbaris, orang muda lagi, rasanya ramai 1st timer ni. Pukul 11pagi baru dapat mengundi, imagine berapa lama berdiri dekat situ. Lama giler!!!!! Bila nak ngundi tu, menggigil pulak nak pangkah parti mana satu. Lepastu masih tak pasti nak undi siapa, last2, sya undi je siapa yang patut lah kan.

Bila dah habis undi tu, rasa macam satu kepuasan je! baru rasa macam orang malaysia. dan baru valid nak jadi keyboard warrior lepas ni, hahaha.

Mak saya pulak,dah sampai depan pintu nak mengundi, baru perasan yang kad pengenalan yang tengah pegang tu, sebenarnya kad Meriah Mydin!!!! nasib sedar,kalau bagi dekat pegawai spr tu, mesti dia kata "satu undi dapat 1000 point meriah". hahahah. tu belum tetiba blur, tanya bapak saya, nak pangkah ke nak tick je? padahal banyak kali dah mengundi.haha

macam-macam ragam, tempat undi saya aman je, takde lah terpekik terlolong, cuma rasa tak best, bila ada kena tahan sebab dikatakan bangla lah, indon lah. Kalau muka mamak! ko nak kata bangla, memang teruk lah. macam-macam lah.

dan percaya pada Allah, apa jua keputusan ni, ada sebab dan musabab, terima dengan hati terbuka, dan ingat. ada 13 juta yang mengundi, berapa lah sangat yang ada di FB tu jika nak kata parti masing-masing kuat. Atuk saya yang alzheimer tu , bila nak undi, dia still undi parti yang dia percaya. Parti yang berjasa pada dia,yang beri dia kerja sebagai s/u di felda dulu.

Arwah nenek saya, masa 2008, mak saya bawakkan, sebab dia tak nampak, so mak saya tolong pangkah kan, dan ingat lagi ayat nenek "aku tak rela kau pangkah parti lain untuk aku", senang cerita, nenek saya hardcore johorian!!!


Jangan sebab kita rasa kita alim, bermaki-maki diselang seli dengan ayat agama,

Ok, nanti emo pulak, terima keputusan ini, lagi 5 tahun kita menilai kembali, dan kali akan datang, tidak mustahil sebaliknya berlaku.

dan lagi satu, share di FB, sila sahihkan dari sebarkan tanpa asas kukuh

bukti


Sunday, May 5, 2013

MAri mengundi

Hari ini, penentu untuk Malaysia yang seterusnya, sama ada kita selesa dengan apa yang kita ada, atau pun kita mahukan perubahan untuk sebuah negara yang lebih baik. Semua terpulang pada anda.

Bila melihat bulan semakin mengambang, dacing pula semakin kurang seimbang. Pandangan denga perbuatan adalah berbeza, itu lah penentu pada sebuah negara.

Moga yang terbaik menerajui Malaysia ini, dan jika yang lama masih berkuasa, titik perubahan untuk memperbaiki kekurangan yang ada, dan jika sebuah mandat baru terbentuk, mengharapkan semuanya berjalan dengan sempurna. Sebab itu pilihan rakyat, rakyat penentu segala.

dan ini kalilah atau lain kalilah, itu pilihan anda. wish all the best fot better malaysia! may the best man win!! CC: Pak Najib n Pak Nuar


Selmat mengundi semua, 1st time undi nanti, cuak pulak, tak sabar nak tengok result.

Wednesday, May 1, 2013

Saya layak bercuti!

entri sebelum ni cerita pasal nak marah je kan, terlebih emo pulak,tu lah masalahnya, kalau hire orang luar, jadi macam tu lah, nak suruh je belajar PR dengan mamak je, order semua senyum, salah order pun senyum, tu belum marah, senyum juga, tapi paling biadap kalau orang maki dia depan-depan, sebab salah order, selalunya melayu je buat macam tu, adalah beberapa kali jumpa macam tu.

Ok, sejak balik ni, saya rasa macam dah hilang arah kehidupan ini. masih buntu sebenarnya apa yang saya cari dalam hidup ini. Secara jujurnya, belum puas saya nak merantau, bila kerja, ada masalah tersendiri, bila belajar pun sama. Satu tahap, saya teringin nak bekerja diluar dari Malaysia, bukan sebab poyo, tapi saya nak kutip pengalaman.

Tapi masalahnya, semua nak buat, perlukan duit, mungkin another 2/3 tahun lagi, saya akan buat begitu. tidak kisah lah merantau kemana-mana, asalkan mendapat pengalaman.

Walaupun dah umur macam ni, patut setlle down dah! daha da bini anak berderet-deret, tapi otak ni masih belum kearah itu, walaupun selalu pikir akan benda itu. Rasa macam muda remaja je, hahaha. Banyak angan-angan saya, dan IAllah nak jadikan ianya realiti, perlahan=lahan kayuh dulu.

dan saya rindu sungguh tasmania!!!!!!!!!!!!! lagi-lagi launnie, mimpi pun sekarang asyik dekat launnie, dah xde mimpi scene dekat malaysia. omputeh abis! 



rindu rumah lama, dan jiran sebelah,hahah

Makan! Sharin Low!

Baru balik tadi, pergi makan, celebrate bday adik saya. So dah lama nak makan makanan chinese muslim, so petang tadi saya google lah mana yang sedap, ada review cakap Md Chan sedap, tapi mahal, ada kata munawarah, adam lai dan sharin low. So saya baca balik semua review, saya decide pergi makan dekat Sharin Low Shah Alam.

Sampai kedai pukul 9.30pm, lepastu meja panjang tengah penuh, suruh sambung dekat dalam meja, dia kata tak boleh, so duduk lah dekat kaki lima tu. Bila dah baca menu, nak lah order, sebab ramai kata itik panggang dia sedap, so decide nak order tu, tapi bila nak order, staff dia kata, panggang ayam/itik semua habis! masa bagi menu takde pulak kata nak abis. So ok lagi,

saya ada backup, baca review kata ayam lemon sedap, so saya order yang tu, yang lain semua makan nasi goreng. Jujur katakan, ayam lemon rm18, portion sikit, tak sedap langsung! (saya pernah makan lagi sedap). Nasi goreng semua sama, walaupun order lain2 jenis. Harga dalam rm7 sepinggang, tapi style hidangan macam mamak, bersepah nasi tu, kedai mamak pon proper lagi.

Bab paling hangin, dah bagi makanan, sudu tak bagi, lama skit baru lah di bagi, dan untuk 8 orang, dia bagi cili potong satu piring kecik. Bila nak mintak tambah cili potong, dia kata habis,so percaya lah, Tapi bila tengok meja lain, dia boleh pulak bagi cili potong, melampau menipu, siap perli kami cakap semua habis.

Staff memang biadap sungguh, yang penting orang seberang, bukan sini, tak lama lagi, lingkup lah kedai ni kalau berterusan begini.

tutup pukul 11 malam, orang ramai datang, pukul 10, tapi dia kata dah tutup, semua balik lah. pukul 10 dah siap kemas semua barang,bila tanya kenapa semua dah habis, jawapan dia, sebab nak tutup! ini lah kalau hired orang macam ni, so berhati0hati lah.

pertama dan terakhir, memang x galak ke kedai ni, sebagai kongsi cerita sahaja, bukan nak bagi dia bankrap! sudah cukup sudah!heheh