Wednesday, July 31, 2013

Kejujuran yang hilang

Sebelum puasa, HP adik saya tercicir, jawapanyya hilang lah, kena kebas, semalam pulak, HP bapal saya pulak hilang, tercicir di surau rasanya. Bila call dah dimatikan pula, saya pelik dan rasa sedih, dengan perangai orang yang songlap barang.

Pada dasarnya kecuaian bapak saya, tapi bila kita jumpe barang bukan milik kita, perlu ke kita ambil? Mematikan telefon adalah satu tindakan nak mencuri? Lagi2 jumpe di surau dan di bulan ramadhan ni.

Semalam ada majlis berbuka dgn anak2 kurang mampu, ramai mereka datang, tapi sayangnya, perangai antara mereka menyedihkan, barang sumbangan yg dismpan didalam stor, diambil semua atau ayat senangnya, dicuri, dan kebetulan sebelah majlis, ada jualan gudang, ada beberapa org diantara mereka ditangkap mencuri. Apa nak jadi, 


Mana kejujuran dalam hidup, jgn ambil bukan milik kita, sebab itu tidak menjadikan ianya halal buat kita.  Sedih dengan perkara ini, walaupun hanya segelintir, tapi kesannya pada semua. 


Sekian.,.,,,,,,,

Menu berbuka semalam

Monday, July 29, 2013

Ramadhan kita

Mati itu pasti
Sentiasa menanti
Walau kita masih tidak bersedia lagi

10 ramadhan terakhir
Mungkin ini ramadhan kita terakhir
Bunga kemboja di tanah perkuburan


Friday, July 26, 2013

DatuK ni!


Semalam ambil one day off, nak g kl, settle kan loan study, agak lama menunggu, seharian. Tapi paling kelakar lah bagi saya, bila Ada makcil ni datang, nak jumpe Pegawai, sebab anak dia nak fly dah, tp xdpt elaun Sara diri, dapat duit tuition je, so dia x puas hati, pastu ulang Kali sebut nama datuk seri bila cakap.     

Banyak Kali! Siap suruh Pegawai call kan datuk seri supaya nak luluskann jugak, Ada sekali dia Bwk Surat sokongan datuk Sri, last2 Pegawai tu cakap direct je kat dia " puan, Ramai apply pon Ada Surat sokongan dr datuk/ tansri, tapi semua kena tunggu, Ikut turn, terus diam makcik tu, 

 Kelakar sebab kuat sgt datuk seri dia sebut, sampai orang lain pon gelak

Salam nuzul quran

Menu berbuka lepas

Tuesday, July 23, 2013

Kota Tinggi

Esok bos takde, so malam ni rasa macam cuti, hahaha. Jangan lambat masuk udah lah, walaupun big bos jauh di Ausie tu, tapi hari-hari cek staff kot, CCTV kan bersepah, tau je apa staff buat, so kena berhati-hati.haha

Ini antara gambar masa balik kampung, seminggu sebelum puasa, nak buat kenduri, ajak orang kampung, tapi sayangnya, bila ajak orang surau, semua kata ada hal, kebetulan malam tu final bola johor kan, so tak ada lah orang surau datang. Agak sedih disitu, so jadi lah kenduri anak beranak, kami yang paling kampung pon dah dekat 30 orang, ramai lah juga.

Sungguh lama tak balik Kota Tinggi ni,last balik masa darjah enam, jauh dah beza, tapi yang maintain, jeti nak ke sedili besar tu, still macam tu, bila balik kampung ni, paling best, adalah waktu pagi, ayam berkokok, udara nyaman je dan pergi cari sarapan.

Pergi beli nasi lemak, sebungkus 50sen je, tapi sikit lah, tak sangka ada orang jual harga tu, pastu kuih macam-macam jenis ada, tapi kat Kota Tinggi ni tak banyak sangat makanan best, maybe tak tahu, so makan roti canai je lah, tepi jeti, nyaman sungguh.

Hari balik tu, singgah mersing pulak, ni kampung nenek yang sebenar, tengok rumah pusaka, rumah ni seberang jalan besar adalah laut, kecik-kecik selalu hilang pergi mandi laut, tangkap kepah, ketam dan belangkas. Kalau nak sayur, pergi belakang rumah, cari pucuk paku liar dan macam-macam ulam ada, babi hutan bersepah dalam semak tu, just kena berhati-hati.

Rumah pusaka ni dah lama bagi sewa orang, sekarang keadaan dah uzur, sedih je tengok, kalau lah ada duit, dah lama saya repair, tapi apakan daya, rumah tu ramai pemiliknya. Dalam otak dah pikir nak redesign rumah ni, sebab nak buat chalet nanti. Maybe lambat lagi kot.

Selain tu (ayat karangan ni) ada gak tengok saudara memancing, tapi saya malas nak memancing! hahah. Banyak dapat ikan belukang je lah.











Monday, July 22, 2013

Promosi Raya

Promote jap, perfume ni, promosi rm85 untuk 3 botol, 1 botol rm35 sahaja, sesiapa berminat jadi agen perfume/dropship, boleh kontek saya, dah dapat satu akak kejer gomen, Alhamdulillah, banyak laku, modal semua saya tanggung, just cari pelanggan je.



Saturday, July 20, 2013

dipaksa terpaksa

Hari dapat kerja last minit, terpaksa siapkan dengan kelam kabut, stress sekejap. Sekarang dalam otak, tengah plan nak bercuti, tak tahu nak pergi mana, saya DIPAKSA bercuti selama dekat 2 minggu masa raya. 

So jadinya, terpaksalah kena tolak cuti selama 5 hari secara paksaan. opis nak tutup, tapi tak nak bagi cuti, jalan mudah, paksa staff isi borang cuti dengan tarikh diberi. Saya sampai satu tahap, tak larat nak ber'argue' dengan orang atasa, ikut kan je lah. 

so hasilnya, tengah survey lah nak pergi mana, ada gak tetiba pergi duk tassie seminggu, raya pon kat Shah Alam je, tak pergi mana, huhu'

Tahun ni, tak ada lah salam perantau, hahah, kalau tak, dah excited ambil gambar nak hantar ke semua paper kan. giler glamour, sejak kecik memang berangan nak buat, dah ada peluang, memang buat lah.

Selamat menghabiskan 20 lagi ramadhan, sama2 perbaiki diri.


bila bosan, tengok lah balik gambar lama-lama, 



Thursday, July 18, 2013

Wednesday, July 17, 2013

kosong




satu masa dalam hidup
satu ketika dalam perjalanan
pasti akan terhenti
pasti akan termangu
bila rindu mereka yang tiada
Alfatihah buat yang telah pergi
Ramadhan kareem

-kosong-

Thursday, July 11, 2013

Salam Ramadhan

Selepas 2 tahun (kejap je pun), saya diberi peluang lagi berpuasa di Malaysia, Alhamdulilah, macam kejap je masa berlalu, tiba2 dah datang Ramadhan.

Bila start je Ramadhan, teringat lah pulak pengalaman berpuasa masa tahun lepas dan lepas. Berpuasa time winter bukak puasa awal, paling awal pukul 4.30 petang, pergi kelas pukul 9pagi, balik pukul 5 terus berbuka, masak pon ala kadar, masak macam biasa, tiada pun xtra lauk pun.

Kalau hari jumaat je, jika terlebih rajin, baru lah masak lebih sikit, buat kuih ke, kalau rajin, tapi selalunya ada je orang bagi makanan, bangun tidur nak berbuka je, tengok banyak lauk atas meja, budak monash bagi karipap, budak norman bagi ayam percik, kalau kak sal, macam2 lauk ada , hehehe. Semua tu kenangan tu.

Terawikh pukul 7 selalunya, pukul 8 dah habis, itu pun kalau dapat imam cepat, kalau imam arab, memang lama sungguh, time winter nak g terawikh memang kesejukan, pakai kain pelikat je pergi terawikh, balik tu singgah lah woolies or coles ke, dah rupa bogan versi asia. haha

Bila kat malaysia ni, tak de pulak mengidam nak makan apa-apa, kalau duduk sana, macam2 nak makan, tetiba je rasa ngidam, sini nak g bazaar pun saya tak berapa suka, sebab ramai sangat orang, selalunya kalau beli, nampak sedap, bila makan, menghampakan, tapi ada je yang sedap kan.

Selamat berpuasa semua, mudah2han Ramadhan ini memberi satu perubahan besar dalam hidup kita, memperbaiki diri dan mempositifkan diri, dan tentunya, ramadhan kali ini, sunggu terasa teringat arwh nenek, pertama kali puasa di malaysia tanpa nenek, moga rohnya tenang di sana, AlFatihah, anggap lah ramadhan ini ramadhan terakhir kita.

Salam Ramadhan.


Wednesday, July 3, 2013

Milaege

Minggu ni macam tak de mood pulak, rasa panas skit hati ni, Semuanya gara-gara claim, patutnya saya dapat travel claim saya bulan ni, untuk bulan 6 dan juga bulan 5 yang saya lambat claim.

pastu bila dapat gaji, dapat gaji bersih je, admin cakap, bos nak revise mileage! sebelum ni dia bayar 40sen/km. memang murah sangat. tak pernah jumpa sekedekut ini. Tapi rupa-rupanya nak revise jadi 20sen/km!!!!!!!!!!!!!!!!

saya tak kisah kalau bos terbaca ni ke, kenapa lah kedekut sangat. padahal claim saya sikit je, sebab berkira sangat, jadi macam ni. kalau nak revise baru, start lah bulan ni, tapi dia tetap nak kasi 20sen jugak untuk yang lepas.

saya dah ada pengalaman kerja, bos bagi alasan sebab client tak bayar mileage, apa kene mengena?? perlu ke nak tahu pasal tu, kalau client bayar rm90sen, kau nak bayar 90sen ke? mesti 10sen kot. Mulaa-mula nak bagi 15 sen je, konon baik hati naikkan 20 sen, saya musykil saya berada di zaman mana.

penat saya berargue dengan admin, sebab dia kata, bos nak bayar duit minyak je, dia tak pikir kot duit maintance kereta. benda ni jadi isu sebab sebelum ni,memang takde staff keluar, bila saya masuk,kena keluar SEKALI SEKALA itu pun atas arahan opis, kalau pergi dekat2 memang tak boleh claim. Tak tahu nak cakap, saya cakap saya tak setuju masa hari isnin.

bila masuk opis arini, admin kata kat saya: Puan F@#$$% kata, kalau awak tak setuju juga, sila cari kerja firm lain!! terus sentap! hahah, kerja je lah, semakin boleh kerja. Moga makin kaya mereka2 ini. Sibuk nasihat orang lain pasal agama, padahal yg terdekt/diri sendiri pon tak jaga hubungan dengan manusia (general ni))

nak tahu gak, if ada orang lain dapat claim lagi murah dari tu

oh stresssss!!!! patut setiap tahun g umrah, pandai urus duit! (ni pon general)

Tuesday, July 2, 2013

Tragedi

Baru balik dari Kota tinggi semalam, esok pagi nak pergi JB pulak, ada meeting, harap-harap tak kena drive, sebab saya malas.

Semalam OTW balik, ada satu tragedi, berlaku kemalangan dekat area tangkak, tapi bukan kereta saya lah, antara motor dan lori trailer . Motor tayar pancit, pastu hilang kawalan, dan seoranng kena gesel dengan lori, lori tu pulak langgar trailer lain, habis lah chemical tumpah dekat jalan,masa saya lalu tu, memang betul2 baru lepas berlaku, dalam beberapa saat sahaja.

dan paling mengerikan, mayat bergelimpangan, lalu betul-betul sebelah mayat ni, kaki dah hancur, kepala dah hancur, memang sebelah betul, saya terus tutup mata mak saya, saya pulak yang tengok, seriau! satu bdan. lepas tu stop dekat rnr depan sikit, sebab kakak ipar dia nak muntah, tengok benda macam tu, rupanya ramai juga berhenti situ, semua nak muntah, dengan saya pon naik mual, menggigil badan sampai lah pagi tadi. Pergi opis sampai deman, makan panadol ok skit.

Memang takde siapa pon berhenti, sebab sangat bahaya kalau nak berhenti, saya teringat lagi, satu mamat ni, dia tercampak samapi ke penghadang jalan, pastu bangun lari ke kawan dia, 'Man , bangun man!' memang sedih, nak tolong pon tak boleh. Nampak macam penting diri, realitinya memang, kena fikirkan keselamatan dirisendiri juga, sangat berbahaya semalam, boleh meletup bila bila masa, dan bila tulis ni, saya still menggigil bila ingat. teringat...........

dan lagi satu tragadi harini, saya pening dengan orang2 kedekut ni, apalah sangat saya claim, sampai nak bagi separuh je duit saya. Patutlah setiap tahun dapat pergi umrah. Pada yang berkemampuan, satu benda saya belajar dari arwah atok saya, walaupun dia pencen rm300 je kot masa dia hidup, tapi dia x pernah kata tiada duit, bila cucu-cucu dia mintak, tu sebab, samapi dia meninggal, Allah murahkan rezeki dia. Makin kaya seseorang, makin kedekut manusia tu, takut keluar duit untuk orang lain, ntah lah........job hunting begin!!!!!(maybe lah)