Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan



Ahlan Wasalan Ya Ramadhan


"Whoever fasts Ramadan out of faith and in the hope of reward, his previous sins will be forgiven." Bukhari & Muslim 

"Whoever spends the nights of Ramadan in prayer out of faith and in the hope of reward, his previous sins will be forgiven." Bukhari & Muslim 

"Whoever does not give up false statements (i.e. telling lies), and evil deeds, and speaking bad words to others, Allaah (The Most High) is not in need of his (fasting) leaving his food and drink." Bukhari 


I would like to wish all the Muslims Salam Ramadan and hope that we can use this opportunity to increase our imaan and improve our relationship with Allah




ikhlas:
Zulfadly
Launceston, Australia 

Friday, July 29, 2011

Dah Dapat Hadiah! Thx Kak Umi

lupa pulak nak mention, hari selasa yang lepas, hadiah daripada Kak Umi sampai, terima kasih Kak Umi, cantik, ingat nak guna kat rumah ni, tapi rasa sayang pulak, so nanti end of dis year, bawa balik malaysia je lah, bagi mak guna,hehe, Thanks again kak umi, 




dari Perth ke Tassie,heheh,thx

Minggu ni sejuk sangat, hari2 pagi asik frost je, berais semua jalan, nasib baik sini x der snow, kalau tak, tak tahulah sejuk dia mcm mana lagi
ond way nak g tunggu bus, pukul 11 pagi, but still foggy + frost!

menunggu bus ke main campus

inveresk road


what the hectic week!

ok! just today got time to relax a bit, last few days memang terlampau busy, a lot of things need to settle, especially assignment, for my design research subject, i need to read about 10 readings about theory, whic is i really hate it, obviously cause it difficult to understand what that reading 'talking' about! honestly, i feel like i m TESL student and not archi student, What the heck!

every readings its about 30 pages and i need to finish it within 1 week. so today, i need to discuss what i have been reading in a small group, luckily, my group most of it Asian, easy to understand their english rather than local that most of the time, i cant get what they try to say!

honestly, i don't like reading and i don't thin that i will love it, for me, it really waste of my time, but for this course, i HAVE tooooooooooooooo! . all the readings is very theoretical and hardly to understand, most of the time, i finish my time just to translate the meaning rather than reading, what i can say, if one sentence got 10 words, i only can understand 2/4 words only,

beside than that, i need to Google the definition. that readings is all  about feminism, postmodernism,gender, millennial and so on! deymly susah!

and for this 2 days, i need to prepare my submission for this subject . i don't know if i can finish it on time. Ok lah, very tired today, Ramadhan it just around the corner, i really miss Ramadhan!  cant wait!

Wednesday, July 27, 2011

Insan yang berhati mulia

Cuma nak cakap, sangt bersyukur, ada orang yang sangt2 hendak membantu sahabatnya dalam kesusahan, walaupon kenal x samapi setengah tahun. Kepada Anda, terima kasih, moga Allah balas jasanya. Amin.

Sunday, July 24, 2011

Homesick?

Sejak akhir-akhir ni, almost everyday asyik mimpi Malaysia, selalu mimpi duduk dekat rumah, bersembang ngan famly, dan selalu bangun dari tidur dan mengharap supaya betul-betul bangun dari katil rumah Shah Alam.

Kronik dah ni, adakah aku dah homesick? i think so!

Memang asik ingat famly ni, lagi-lagi ingat parent dan adik beradik, kalau duduk kat rumah, asik nak bergadoh je, tapi bila jauh ni, rindunya, Allah je lah tahu. Lagi-lagi sejak akhir2 ni kena bayar yuran sini, satu semester punyer yuran boleh beli kancil cash, ni kena bayar lagi sem 2 punyer, lain lah kalau famili zul ni kaya, so memang x jadi issue, tapi nak cari duit nak bayar yuran pon ada masalah haritu, sakarang pon x settle, ayah baru je transfer duit semalam, bila tgk on9, rasa seba betul, parent kejer bagai nak giler, pastu transfer duit dengan banyak kat sini, semata-mata nak bayar yuran, adik beradik aku pon mak aku x abiskan duit macam ni, IAllah, kena struggle betul-betul, harap berbaloi parent keluarkan duit.

Terima Kasih Mak & Babah-always pray for both of U!


Ikutkan hati, nak tangguh je pengajian kat sini, sebab masalah duit, tapi mak tak kasi, mak kata, dia boleh cari duit, yang penting aku belajar, IAllah Mak dan Babah, i do my best! masih jauh lagi perjalanan aku kat sini, jangan leka, jangan lalai,kena usaha.

Dah dekat bulan puasa, tahun ni memang sedih, sebab tak dapat berpuasa dengan arwah nenek, cakap pasal nenek ni, sampai sekarang masih bersedih, susah nak lupakan, dan tak akan lupa, ingatt lagi ciuman terakhir dekat nenek sebelum fly aritu, memang dah terasa itu ciuman terakhir, Moga Allah tempatkanya dikalangan orang beriman.

Pasti rindu Ramadhan di Malaysia nanti, mengharpakan Ramadahn kali ini, menjadi kan aku dapat perbaiki diri lagi, ALhamdulillah, dah dapat ubah satu perkara dalan diri ni, moga istiqamah.IAllah.


*Lahir sebagai ISlam dan aku nak mati sebagai Islam, tetapkan imanku Ya Allah.

Amy Winehouse Dead!

Amy Winehouse, 27, found dead in her London home.! wow! terkejot gak, tapi cam leh agak,sebab dia ni ting tong, but x sure betol2 mati or just anothers rumor je ni!  baca link ni > dailymail

Saturday, July 23, 2011

Lembap, Lewat,Lambat?

Apa beza antara lambat, lembap, dan lewat, rasa macam sama sajer definisinya, just nak share pengalaman disini, tiada kaitan dengan sesiapa pun, kecuali kaitan dengan diri aku sendiri, aku tidak suka kutuk orang, sebab nanti kalau orang kutuk kita, kita akan tau rasanyer macam mana,

aku just nak cakap pasal lewat dan lambat, sem lepas, aku rasa, separuh dari masa, aku asik menunggu orang, tunggu orang datang untuk buat kejer. jika perkara ini sekali atau dua kali, mungkin boleh diterima, tetapi, jika banyak kali? mana tak bengang,

macam minggu lepas, aku ada discussion, tapi aku lewat 15 minit, sebabnya aku tunggu bus, tapi sepatutnya, tiada alasan, boleh je keluar rumah awal skit, rasa bersalah pulak dengan kawan2 yg tunggu, lagi2 diorng pon ada hal lain. Dalam kehidupan ini, jangan pentingkan diri, kena consdier perihal orang lain jugak. Janganlah asik datang lambat je, kalau lamabt 5 minit boleh diterima, tetapi lambat lebih sejam, mahu rasa bengang abis, IAllah, aku kena ubah perangai aku, tapi aku memang jarang lewat, sebab aku memang x suka menunggu,ditunggu dan tertunggu, memang pantang, cuma haritu lah, aku lamabt sangt,
Binatang pun tahu erti lewat? ko pulak Zul? ubah!-Sydney 2011


Moralnya: jadi lah manusia yang menepati masa, dalam islam dah cukup ajar tentang ini, janganlah jadi manusia yang teruk, Khas pesanan untuk Zul dan diharpakan untuk dikongsi bersama, berubah kearah kebaikan dan mudah2han ianya Istiqamah. amin


* sanagt bersyukur mempunyai senior yang sanagt2 membantu dan supportive ! thks u guys! Allah je dapat membalasnyer, amin.

Multicultural Night 2011

Semalam ada multicultural night kat UTAS ni, mula pukul 4.30 petang, kat sini, pukul 5 je dah gelap gelita.
ada macam2 stall bukak, msian stall je ada 4 jenis, ada jual nasi lemak, rojak,roti john, nasi gorang, mcam2 lah. ada stall dari indonesia, korean,iran etc. so semalam, nampak mcm sedap ada nasi kuning from indon, so try ah beli, ok lah, not bad, harga about 6$, tapi semalam, gerai nasi lemak paling laku, dalam masa sejam je, abis nasi lemak semua, memang hebat lah. orang ramai suka nasi lemak,
Malaysian! credit to Raja Syazwina

selain tu, ada mcm2 aktiviti mcm persembahan budaya, so yg msian ni, nyanyi lagu aizat, pergi, ok lah, sedap gak, pastu ada fesyen show, saper yg pakai baju negara dia, kena masuk, hehehe
mcm org msia, semua kaum ada, memang 1 Malaysia lah, tapi yg menang dis guy from iran, pakai baju but looks like costume je,heheh, btw, really have fun yesterday, jumpe all msia dan new students yang baru masuk dis sem ni.
semseter 2 ni, kena baca n baca banyak2, lagi2 pasal teori, xleh main2, usaha betul2,hehe

Wednesday, July 20, 2011

Word-Less.........................

Sydney Opera House

Whale Watching......................

it just another day that full of notes.....................................read it, wordless here, but in real life.......................

Tuesday, July 19, 2011

menang!

salam, aritu melawat blog akak ni, akak ni pon dok kat ausie, tapi kat perth rasanyer, sekali ada contest saper pelawat ke 5000 or terhampir, sila print screen dan memang, sekali dapat lah nombor 5001 dan email ke kak umi, alhamdulillah, dapat hadiah,heheh

memang suka membca blog orang dok overc ni, leh dapat banyak tips, lagi2 bab makan, almaklumlah, susah nak cari barang nak masak, kalau tgk blog2 ni, konpem ada je cara lain.

thx kak umi  Kak Umi

ini dia print screen tu

minum petang tadi, lapor sgt, lunch skip, meehun dan teh tarik

Sunday, July 17, 2011

Alhamdulillah! selesai niat dihati,

Salam Nisfu sya'aban,, semalam dah 15 syaaban, tinggal lagi 15 hari kita nak sambut Ramadhan, bulan paling best sekali, memang tak sabar, sekarang baru je abis kenduri, ni dah niat dalam hati, if dapat result lulus semua, nak buat kenduri,ajak kawan2 dekat je, syukur sangat, ada lebih 20 orang datang, masak 3 jenis lauk, ayam kari, sayur campur dan juga kentang sambal, tapi semua dimasak oleh budak rumah ni, ada sorunk ni teror masak, zul just keluarkan duit je, dan tolong siang2.

antara yang hadir


ayam kari, tpi amik bila dah nak abis, lupa


buat sambal belacan, jumpe cili pedas, ada lah dalam 15 ulas kecik, dalam 2.50$, ok lah, pedas memang mengancam!

wanita2 di lonnie

mula-mula ingat nak buat masa ramadhan je, sebab semua dah mula busy, tapi nazar kan, x baik ah lengah2kan, tu buat harini, sambil ditolong oleh housemate, terima kasih banyak-banyak. selain tu, masak juga bubur jagung, dan kek coklat, dan kawan yang datang ada bawa puding roti dan buah2, mcm2 ah. dekat sini, kalau ada jamuan je, saper yg dtg, mesti bawa maknana mcm2, seronok ah kalo makan2 ni. moga murah rezki semua.

esok nasiB baik kelas pukul 1 petang, so malam ni boleh lah membaca note yang telah diberi oleh lecturer, terus terang, baca asik tangok dictionary je, sebab memang ayat byk x paham, sangt teori, hopefully, end of this sem, makin banyak lah vocab zul, IAllah.

Sangat2 bersyukur, dah selesai 3 janji dengan Allah, hati rasa tenang semacam  je, lupa pulak, tadi buat bacaan yasin dan tahlil arwah nenk dan atuk, selesai acara disini. moga minggu ke-2 ni, dipermudahkan segalanya, IAllah.

Friday, July 15, 2011

Dah banyak assignment............

sudah banyak asignment, baru 1st week, lecturer dah bagi semua sgmnt nak kena buat, untuk sem ni, memang kena banyak membaca buku banyak2, pasal philosophy, idea, concept,teory, at d end, for sure akan jadi mcm ahli teori! mulai dari dis week, diwajipkan membaca buku dengan banyak untuk subjek design research, petang tadi dah kena 1st presentation, tajuk dia pasal HOME, budak local ni, dalam email from lecurer, dah kata, dis task just for fun, tapi ada yang buat giler abis teori, dah macam buat reserach banyak! kagum lah sikit.hahaha

so, untuk sem ini, jadual x best, sebab kelas hari 1snin , kamis n jumaat . ada gap 2 hari tuk selasa dan rabu. nasib lah, cuma kelas ari jumaat x best, sebab nak kena pergi semayang jumaat yg jauh dr skool, tp nasib baik sempat lah jugak.

untuk subjek build. tech pulak, berjumper kembali lecturer yang sanagt gerun sem lepas, bila dia masuk je lecturer theater hari isnin tu, terus down je moodm sebab x berapa minat dia, lecturer ni bagi markah susah, tp IAllah, hopefully sem ini, dapat belajar dari kesilapan.

untuk subjek design pulak, kelas satu hari, dari pukol 9-5 petang, ni biasa lah kalau kat malaysia, tapi sini, lecturer bagi talk yang lama sgt, agak bosan, kali ni site dekat india dan indonesia, nasib baik x kena pergi sana, uuhuhuhuh, kena buat pasal slum area dan kampung.


Berakhirlah minggu ini, belajar dari sem lepas, kena banyak berusahah lagi, biar susah sekarang, sekarang nak study memang susah, demam dah dekat 3 hari, x sehat2, skrg dah ok skit, cuaca terlampau sejuk ni,malam suhu -2 je, mana tak demam. 
ini gambar sungai belakang skool, otw nak g beli sayur


Sunday, July 10, 2011

Esok dah start kelas!

Sekejap sungguh masa berlalu, dah sebulan cuti, akhirnya, esok kembali ke sekolah(ayat rtm ni),hahahah, sebenarnya rasa malas tu dah makin menebal, asik nak dok umah je,tapi apakan daya, belajar lagi penting. Semester baru, azam baru, lecturer sama, kena usaha lagi, kali ni tak boleh main2, belajar dari kesilapan semester 1 dulu, kena usaha dengan lebih lagi. niat kena betulkan, InsyaAllah.

'Sahaja aku belajar kerana Allah Ta'ala'

Thursday, July 7, 2011

Perginya Seorang Sahabat

"Tak ada yang harus dikhawatirkan dalam kematian.
Ia adalah pintu yang setiap orang pasti memasukinya.Tetapi yang menjadi masalah serius adalah,apa yang terjadi setelah kematian? apakah berupa taman dan sungai yang mengalir,dalam tempat yang dijanjikan Allah;ataukah berupa kesesatan dan api yang bergejolak?"Dr. Muhammad bin Abdurrahman Al-Uraifi


Semalam, 6/7/2011, perginya seorang sahabat yang aku telah kenal hampir  9 tahun lamanya. Afif atau nama panggilan pakok, pergi secara tiba-tiba, Allah lebih menyayangi kau pakok.
teringat aku masa satu dorm dulu, memang aku tak sebulu dengan ko, memang asik nak bertekak je dengan ko, tapi aku tau, hati ko baik, last aku jumpe ko, masa ada karnival asis, masa tu ko datang walaupun ko dah tak sekolah sama lagi. walaupon masa sekolah ko memang terkenal dengan nakalnya, tapi itu menjadi sejarah.
masa ko dipaksa keluar dari sekolah tu, aku peluk ko dan aku nangis sebab ko nak keluar, bukan aku sahajer, tapi hampir semua batch kita menagis, aku x pernah menyesal pasal itu, sekarang aku menangis lagi, sebab kau pergi sangat mengejut. ko memang kawan yang sangat baik, bila aku baca kat FB ko pasal ko dah meninggal, aku ingat ko main2, sebab ko memang perangai giler2, rupanya , semuanya benar.
Pakok!


macam semalam je baru berjumpa, mcm semalam je aku bertekak dengan ko, sekarang ko dah tinggalkan kami, ko lah banyak bantu sekolah kita masa mula2 dibuka.thx for dat, walaupon aku tau, dengan menulis di blog ni, ko x kan tahu, ta[i aku just nak luahkan apa ada dalam hati aku. hanya fatihah dan yasin hanya mampu aku sampaikan, mudah2han rohmu ditempatkan dikalangan orang beriman. 


Pakok! RIP, IAllah, kita bertemu di alam lain nanti. We The Pioneer of ASiS gonna miss u badly!


Al-Fatihah









Wednesday, July 6, 2011

Alhamdulillah

Tiada yang mustahil jika kita yakin akanNya, Alhamdulillah, lulus semua subjek, syukur sangat2, sekarang masa untuk menunaikan nazar yang telah dibuat. terima kasih pada yang mendoakan zul terutamnya mak n babah. tak dapat digambarkan rasa gembira dan bersyukur macam mana.amin

Tuesday, July 5, 2011

Nak Balik Malaysia!

Jiwa tengah kacau ni sebab yunggu result, kena sediakan hati jer ni, sekarang memang rindu malaysia sangat, kawan2,kereta,bilik, makanan, mak bapak, adik beradik, nak pergi kubur nenek, nak hidup normal kembali tanpa setiap hari pikir duit, i miss dat moments! dan paling penting, nak kejer cari duit, dah rasa give up ni, !

zul! sabar zul! dont ever never gv up! remember ur blog eh! no turning! IAllah!

Result exam!

lagi beberapa jam jer lagi, result untuk sem ini nak keluar dah, rasa cuaknya, tak dapat digambarkan, kalu masa belajar kat UM dulu, xder lah rasa mcam ni, tapi dekat sini, memang luar biasa keciakanya.

sekarang dalam otak, dah nak kena sedikan backup plan, sebenarnya dah tawar hati nak belajar kat sini, tapi x kan lah nak mengalah mcm tu sajer kan? sejak datang sini, mcam2 masalah datang, sepanjang 4 bulan ni, asik pikir pasal duit je, lain lah kalo famli memang jutawan, tu x jadi masalah, tapi famli pon cukup2 makan, ingat lepas 2nd sem ni, nak apply loan JPA, tapi nampak gayanyer macam susah jer,

sepanjang masa dekat sini, asik pikir pasal duit, tiada benda lain nak pikir, sebab kena betul2 jaga duit, takot abis, cara belajar kat sini memang lain, jika ada asgmnt, kena betol2 ikot apa lecturer nak, kalau lain je, terus fail, dia xder nak bagi markah kesian, dia nak betol je, kalai terlebih bagi info. dah dikira redundant, so kena tolak markah, masa kat UM, kalo antar asgmnt tu, dah kira lulus, sini ,kalau dah hantar, xsemestinya kena lulus.

mcam sem lepas, geng melayu kelas zul ni, semua dpt result teruk, adakah kebetulan ataupon masalah racism kat sini? wonder gak kalau semua dapat result sama. pening!
selain tu, setiap masa asik teringat arwah nenek, dia lah pembakar semangt selama ni, kalau buat paper je, mesti nak call nenek nak cerita, tapi sekarang, xde saper nak dengar, kadang2 selalu terlupa, nak kol nenek, rupanyer,nenek dah xder, sedih tu xperlu cakap lah

belajar hampir 6 bulan dekat sini, bukan sesuatu yang indah, dugaan dariNya amatlah besar, kadang kala sering mudah putus asa, macam2 pikir ,

Hanya Allah yang mampu mengubah segalanya, setelah kita yakin usaha kita.

Monday, July 4, 2011

Jom Garage Sale!!!!!!!!!!!!!!!!!

Dekat sini dah jadi satu kewajipan setiap kali hari sabtu jer, mesti ada garage sale, normally kalau nak tau rumah mana buat sale, kena beli paper kat sini, kena ada kereta lah, senang nak angkot barang-barang bawa balik. Kalau time garage sale ni, barang diaorang jual sangat murah , mereka just nak bagi barang2 terjual dan tidak kesah pasal untung langsoung. kebanyakan barang dalam rumah sakarang duduk ni, semua garage sale, macam beli katil dan tilam, baru 1$ je! memang sangat murah lah. Kalau nak cari barang-barang antik, time ini lah boleh jumpe dengan harga murah. ni antara barang Zul beli last week. sajer pusing2.
instamatic kamera ni, ingat nak buat koleksi kamera lama, harga baru 20sen

ini paling best, polaroid kamera, 5$ jer, masih berfungsi dengan baik, need a new film only, but extreamly expensive!

ni mcm robot dalam transformer lah pulak, yang ni sajer jer beli, cam menarik, harga 1$

comel x?hahah, kecik je mug ni, harga 10 sen jer

yang ni bukan garage sale, tapi aritu pergi main mesin yang ada bear tu, masukkan 1$ pastu kena control supaya boleh tangkap bear ni, kalau kat msia x penah dapat, aritu dapat lak, nak bagi adik ni, bday dia semalam.

Sekarang bumi Launceston ni asik ujan, dah 2 hari non stop ujan ni, takut banjir je, semalam buat BBQ pon dalam hujan, rasanyer org msia je buat mcm ni,hahahah. result dah nak keluar, doa2kan saya lulusAmin

Sunday, July 3, 2011

Macam-macam Makan!! Hols!!!!!!!!!!!

esok dah last week for holidays, sekejap je masa berlalu, after dat, startlah my 2nd semester here, n just few days jer result will be out, cuak lah sangat2, so sepanjang cuti ni, asik masak jer kejer, abis google resepi dari internet. Doa2kan Zul lulus 1st sem ni, amin! meh tangok gambar makanan yg dimasak,hehhehe


coklat cip biskut> yang ni bancuh je, beli dah siap, pastu bakar, panas2 makan, sedap

pulut kuning + rendang kentang??> nak sgt makan, kalo mak ada, selalu masak tok anak dia ni,heheh

roti puri> 1st time buat, housemat chinese kata sedap, xpenah jumpe pon kat KL, sedap n senang sangt nak buatnyer
roti canai lagi> pastu ajak kawan2 makan kat umah



crispy potatoes wedges>resepi google je dr internet pastu letak cheese dan bakar kejap

mr donut! memang seronok dapat makan donut, nasib baik jadi,heheh

roti naan> paling latest buat roti naan ni, biarkan semalaman, kembang sebesen jadinyer, makan letak cheese n garlic, jadi!hehe

Saturday, July 2, 2011

BERSIH 2.0

Kenapalah nak sibuk2 buat perhimpunan ni, konon aman lah, gerenti nanti kacau bilau macam BERSIH  1 dulu, yang paling pelik, orang MELAYU yang sebok2 nak mencacai diri sertai perhimpunan ini, padahal orang atasan yang menganjurkan perhimpunan ini boleh dikira berepa orang melayu nyer. tak ubah seperti orang melayu ni xder kejer lain, malu aku as malay. 
dekat Tasmania ni pon diorng nak anjurkan bersih jugak, apa nak jadi Malaysia.lagi2 orang melayu. asik nak buat benda bodoh je, Ekonomi melayu xder pulak nak pikir aku ni bukan lan memihak pembangkang/pemerintah. aku sokong mana pentadbir yang mampu mengubah senario Malaysia sekarang. wahai melayu, bersatulah, kita dah jauh ketinggalan, janagn samapi satu hari nanti, Pulau Pinang tergadai, Malysia jadi nama lain, renung2kan lah, mari doakan kesejahteraan malaysia
 
I LUV MALAYSIA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!