Saturday, August 27, 2011

Raya nak dekat!

Hari ini dah 27 Ramadhan, sekejap je masa berlalu, ramadhan dah sampai ke penghujungnya, adakah ini ramadhan terakhir (macam tajuk drma lak)? sebenaryna, duduk overc ni, xder pon plan anythng, kebetulan, raya kali ni, sama dengan spring break, so ikotkan, banyak lah masa nak berseronok, TETAPI disebabkan assignment yang sungguh melambak, dat DATELINE dekat2, memang jawapnya tidak beraya lah, tapi plan nak buat kuih gak,heheheh

hari ni ada budak dari Sydney nak datang, tumpan duduk rumah, tidak kisah kalau nak tumpang, tapi seorang pon x kenal langsung, ini pon ada budak lain yang mana bukan penghuni rumah ini, membenarkan mereka tinggal dirumah aku! pelikkan? orang lain yg bagi kebenaran, padahal tuan rumah pon x tau, tau2 je kata ada orang nam tumpang, seramai 7 orang, mcm tu je, xkan nak halau kot, nasi baik lah bulan puasa. tadi baru diberitahu oleh 'agen' untuk menyediakan nasi untuk mereka berbuka, wah!!!!!!!!!! dah ruper macam Malaysian Hall, xpe lah, mengimarahkan ramadhan untuk menyedapkan hati.

so moral of the story: sila inform tuan rumah terlebih dahulu jika anda rasa anda bukan penghuni rumah ini.

memandangkan haritu nak makan cili, pergilah green grocer, sekali harga cili cekik darah! hahahha, almost 60$ /kg > rm180/kg, mahal giler, so telan air liur je lah,heheh, salam ramadhan lagi ni...........

Tuesday, August 23, 2011

Keropok lekor Perantau..........

minggu ni sangat lah busy nyer, assignment beratur untuk disiapkan, semua due date lepas raya ni. Nasib baik tahun ni raya, masa mid term/spring break, dapat lah beraya sekejap! huhuh, x tau lah nak masak apa raya ni, sebab rumah ni digunakan untuk celebrate raya, sebab ini lah rumah paling besar kat sini.so kalau ada aktiviti melibatkan student malaysia, rumah ni lah jadi sasaranya. 

semalam rasa nak makan kopok lekor, pastu google semua resepi nak guna tepung ubi/sago, memamg susah nak jumpe, last2 buat guna tepung gandum je, ok lah, byk tepung kot, tawar skit, tapi not bad,hahah


Sunday, August 21, 2011

Lawak 2

Suatu petang di kampung pisang...

Sapi : Pak Haji!
Pak Haji : Ada apa Sapi?
Sapi : Anak Pak Haji maen judi.
Pak Haji : Astagfirullah!
Sapi : tapi menang.
Pak Haji : Alhamdulillah

p/s : pengajaran judi adalah haram bagi umat islam..

Saturday, August 20, 2011

Lawak Ramadhan

::KEJADIAN BERLAKU DI DUN SURA,DUNGUN:::
Di suatu pagi yg buta (sahur daaa) ...

mak : Alim bangun lim..makan sahur nie...
Alim : masih menarik selimut & bertanye pada mak nye..''MAK BUAT HO..HO...HOLICK EK ???..''
Mak : HO...HO...HOTAK engkau...bangun cepatttt..!!!!.



diambil dr FB kawan, kongsi bersama,heheh

Friday, August 19, 2011

Oh! Tepung Pelita!

hari ini sungguh penat otak, sebab kelas seharian, dr pukol 9 sampai pukol 5.30 petang, berbuka dengan air liur je tadi, sebab kelas abis lewat. balik rumah baru masak, Esok ada kelas teori pulak, double class, seharian juga, memang bila balik mesti otak penuh teori esok.huhu

Semalam ada bazaar ramadhan 2 dekat sini, kali ni macam2 makanan ada jual, nasi kerabu, nasi lemak, lompat tikam, laksa,satay,teh tarik dan macam-macam. semalam memang target nak beli nasi kerabu, memang sedap, laksa pantai timur pon sedap, harga berbaloi, dan sgt banyak.Tapi ada jugak yang jual mahal, mcm x berbaloi nak beli jer.terpulang pada diri lah apa nak beli,heheh

So harini rasa nak makan tepung pelita, apa lagi, mcm biasa, google resepi lah, nasib senang buat, so buat lah, dapat dalam 4 bekas, Alhamdulillah, rasanya macam sedap je,heheh, hari minggu lepas ada buat kuih lapis, tapi x jadi sangat lapisnya, boleh lah, kalau tension masak jer lah, makan, puas! hehe, ok, dah 19 ramadhan, dan telah masuk 20 malam terakhir, jom pulon abis 10 malam ni, jgn miss! IAllah, masa ditunggu2.amin.




Wednesday, August 17, 2011

Salam Nuzul Quran


Selamat Menyambut Nuzul Quran- mari baca serba sedikit tentang nuzul alquran yang dikongsi di blog Kak Azie, dan kopem orang selangor cuti dan konpem! mak esok akan g shopping , tapi mesti x nak turun KL, sebab jam! hehehe, ok, minggu yang memenatkan, membca teori2 yg 10 kali baca susah nak paham. mari sama2 perlipat gandakan amaln dibulan mulia ini, salam.
Albert Hall


city park



Gaswork site- site dis year

how special hose reel kat sini, ada rumah lagi



Tuesday, August 16, 2011

Khatam Quran dan Rezki Ramadhan.............

Alhamdulillah, sempurna sudah separuh ramadhan, hari ini dah masuk 16 ramadhan, sungguh cepat masa berlalu, sekarang takde pun nak fikir pasal raya, sebab submission berlambak! nak kena submit after raya, semalam dapat sertai majlis tadarus al-quran, dianjurkan oleh surau dekat universiti, tapi dikendalikan oleh orang malaysia lah, so yang join semua orang malaysia je, lelaki adalah dalam 6 orang, perempuan pon lebih kurang, memang tak ramai pon, buat lepas asar, baca juzuk 14 sebab hari ke-14. mula-mula macam malas nak pergi majlis ni, sebab macam banyak kejer, tapi pikir balik, kalau x paksa diri, xkan dapat join benda macam ni,

so, perkara yang sanagt berguna dari majlis ni ialah pasal kelemahan aku dalam tajwid, walaupon selalu baca al-quran, tapi bila tiada orang dengar bacaan kita, tiada saper yg dapat tegor, mcam semalam, bila kena baca sorunk2, byk sungguh keslaahan tajwid aku dan sebutan, xperlu lah malu kalau bab ilmu ni, memang byk kena tegur semalam, dah mcm kelas tajwid, tapi sgt berguna, last ada guru masa sekolah form 5, lepas tu, baca quran sendiri2, aku rasa, bukan aku je ada maslaah ni, ramai lagi, sebab kita x sedar apa kita baca, bila dalam satu tempoh terlampau lama, tiada orang dengar bacaan kita, memang banyak kesalahn kita akan lakukan, Alhamdulillah, aku sgt bersyukur semalam, dapat perbetolkan bacaan,

lepastu ada majlis bebuka puasa secara potluck, xder lah byk makanan, tapi bila dikongsi, mcm2 lah makan, alhamdulillah, seronok semalam, sebab dapat bertajwid,amin.

semalam call mak, mak n ayah dapat pergi haji dis year, so most probably bulan 9 atau 10, so bila zul balik je, lepas diorng pulang dr haji, doakan semua selamat. amin. dan hari ni, zul dah dapat kejer mcd, dekat je dgn rumah, x samapi 5 minit jalan kaki,heheh, interview kali ke-2 baru dpt, rezki ramadhan, amin

Sunday, August 14, 2011

Makan lagi!

rasa blog ni asik letak pasal makanan je, hahah, itu lah kalau dok jauh dari malaysia dan susah nak dapat makanan halal, jawapanya, semua masak 1st time lah resepi, so for iftar today, housemate terlebih rajin buat ciken cop! heheh, western skit arini, jempot makan!

Thursday, August 11, 2011

Pre-Raya Menu

disebabkan rasa nak makan sangat nasi impit, so apa lagi, semalam pergi cari kacang tanah, sini memang xder jual kacang tanah mcm kat masia, yg ada semua kacang yang dah siap hancur, kalau nak beli juga, kena pergi asian shop, memandangkan kedai tu jauh, so malas lah jawapnya, so belilah di Coles je, kacang biasa, pastu g beli serai, nasib baik muah, kalau biasa harga 4$ untuk 3 batang, semalam half price, memang rezekilah, sayangnya, lengkuas x jumpe, memang xder kat sini,heheh

nasi impit tu guna yang instant je, mak ada hantar dulu, pastu housmate buat kuah kacang, zul pulak buat kuah lodeh, nak cari so-un (btol ke eja) xder, so guna mee hun je lah, jadi gak, dan akhirnya, jadilah makanan untuk bersahur semalam, heheh



Wednesday, August 10, 2011

City Park

tengahari tadi keluar rumah jap, pergi site, dekat lah jugak, jalan kaki, so hari ni agak penat berjalan dan membawa barang yang berat sebab pergi beli barang rumah dah abis, so tengoklah gambar-gambar yang sempat disnap tadi.






Tuesday, August 9, 2011

Persoalan tentang Islam

Dah selesai ramadhan hari ke-8 disini, Alhamdulillah, tetiba hari rasa nak share pasal sepanjang pengalaman disini, memang banyak persoalan yang ditanya oleh kawan asian dan local pasal islam, kadanag2 kalau dalam kelas pon, pasti ada isu islam yang akan didiscuss dan as usual, kena lah jawab dengan berhati-hati. so just nak list kan  soalan yang pernah ditanya dekat zul:

1-kenapa makan babi x boleh, tapi makan benda lain boleh
2-kenapa x boleh makan ayam ini, bukan ayam semua sama ke (ayam yg x sembelih betul)
3.babi kalau sembeli boleh makan x?
4.babi hutan boleh makan?
5.darah aku (chinese) kalau bagi muslim ist ok? halal x?
6.tak boleh ke kalau x semyang jumaat, semyang biasa ke?
7.boleh x makan nasi saja walaupon masak dengan babi
8.kenapa puasa?apa sebab puasa
9.i sentuh u takpe ke? tangan i pernah pegang babi?
10.u boleh masuk dalam gereja ke?

macam2 lah, soalan pasal agama ni, samapi x terjawab kadang, tapi kena lah jawab berhati2, takot tersalah jawapan jer,huhu
sekarang bunga2 dah keluar sikit2, but lately ni asik hujan je, lebat pulak, non stop! rindu cuaca malaysia!


Saturday, August 6, 2011

Menjala-jala di bulan puasa

Semalam ada bazaar ramadhan, ada lah 4 kedai je buka, ada jual nasi ayam, rojak, dim sim,roti jala, nasi lemak, dan mee kari. Semalam lepas abis kelas je, terus pergi ke bazaar ni, nampak je roti jala, terus nak beli, memang lama nak makan, dulu mak selalu buat time puasa, beli lah satu set, sekeping roti jala sama dengan 1$ so dia kira 1 set, 5 kepin, jadinya, 5 dolar lah dengan kuah kari, boleh lah, nak rasa, dan sememengnya lapar balik lepas tu, sebab sikit kan. so hari ini, dengan bantuan mr google, telah mencari resepi di internet nak buat roti jala, tapi acuan dia xder pulak, so amik lah botol sos yg ada muncung tu, untuk jadikan acuan, dan akhirnya.............jadi,heheh, makan dengan kari ayam. Lepas tu, housemate buat roti boy pulak, so hari ini, macam2 lah makan jadinya, alhamdulillah.




Friday, August 5, 2011

Menu berbuka khayalan.....................

Alhamdulillah, hari ini dah masuk 5 Ramadhan di perantauan, tiap2 hari call rumah, adik yang bongsu akan terangkan apa menu berbuka,heheheh, sajer je, teringin nak tahu walaupon memang x boleh makan, so saja nak list, antara menu berbuka idaman sekarang ni, dulu selalu pergi bazaar dekat seksyen 14 dekat PJ, ada jual kambing bakar dan popiah yang famous, kalau pergi pukul 5 tu, dah kira lambat, sebab cepat je abis, lagi2 popiah tu, kalau kat shah alam pulak, selalu beli dekat stadium, kat situ ada jual murtabak rm10! tapi ramai beli, sebab sedap n potion dia besar. dekat launceston ni, hari ini ada bazaar ramadhan organize by malaysian club here, tapi kali ni, kedai yang dibuka ada 4 je, tgk lah mcm mana hari ni, meriah ke x, hehehe
Gambar semua ni adalhah ikhsan encik Google, bukan hak milik blog in, sekian,


ayam percik > housemate dah buat semalam

murtabak keramat juga sedap!

bubur lambuk kampung baru, but more prefer bubur lambuk johor! superb!

nasi ayam dekat kampung semarak dulu sedap...

popiah basah seksyen 14 PJ, try lah, sedap sgt2

wajib bulan ramadhan> roti the john! dah buat 2nd ramadhan

air soya

antara yang nak makan bulan puasa ni, huhh, tapi puasa bukanlah pesta makanan, tapi pesta ibadah, selagi ada masa, walaupon seminit, selagi mampu berselwat dimana2, selagi tu pahala dapat, lagi2 di bulan mulia ni, harap sgt ramadhan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya. IAllah

Wednesday, August 3, 2011

Puasa di Perantauan


Asssalamualikum...................................
Hari dah 3 ramadhan dah, lagi sejam dah nak buka puasa,pertama kali puasa di perantauan, rindu famly, dan paling penting, rindu BAZAAR ramadhan, teingat murtabak, soya, tebu, apam balik, bila balik kelas je, macam ada bau ikan bakar je, tu dia, penangan bazar,
Dekat sini, buka puasa dalam pukul 5 petang, so kira cepat lah berbuka, dan kat rumah ni, gilir-gilir masak, semalam dah buat roti john, arini buat nasi lemak and donut pulak, semua teringin nak makan, buat je lah boleh.nasib baik ada Mr. Google, senang sikit kerja.
Minggu ni otak sungguh penat, bila terpkasa membaca teori2 yang sanagt panjang dan memang susah nak paham, sedangkna budak local pon x paham apa diorng baca, inikan pula student yang bukan english as their 1st language, terpkasa baca artikel tu more than 5 times, sebab tak paham at d end, masih kabur juga, terpaksalah memahamkan juga. 
Berbalik pada ramadahn disini, macam tahun lepas, tok imam terawikh orang arab, tapi tahun ni, tok imam tu dah balik kampung dia, so orang melayu lah handle, memang tersa macam kat malaysia lah, diorang buat style msia, sebab style arab ni lain sikit, ni bila raya, diorng plan nak bagi khutbah dalam bahasa n also english, kira dwi bahasa lah,masih panjang lagi ramadhan, kalau boleh, xnak ramadhan ini berakhir. Pertaama kali juga berpuasa tanpa nenek tersayang, moga rohnya akan aman disana. Amin. Salam Ramdahan semua. so ada gamabr baru amik ni, bunga2 sekitar rumah, rasa macam nak masok spring je sekarang,kurang sejuknya. ok! Salam!