Monday, April 30, 2012

too early for winter + kenduri

Hari ini, sejuknya, teramatlah sejuk, selalunya kalau tengahari dah panas, tapi sampai ke petang, semakin sejuk adalah,suhu around 10C tapi memang berselubung hari ini, menghabiskan readings yang bertimbun itu, pergi kelas pagi tadi pon dah macam nak pergi snowboard je, semua pakai baju winter.

Semalam, Alhamdulillah, selamat buat tahlil arwah untuk nenek, genap setahun, syukur makanan semua mencukupi dan berjalan lancar, terima kasih pada yang sudi hadir. Housemate yang masak, beli 8kg ayam masak kari, kentang masak sambal dan juga sayur campur, tidak ketinggaan sambal belacan, Tapi tak ambil gambar pon semua, sebab lupa. Semalam ada seorang wanita local datang, dia baru sahaja convert Islam, seronok tengok ada local people yang convert ni, Alhamdulillah, dia masih baru sangat dengan Islam.moga lebih ramai akan menjadi sesaudara dengan kita.

Agak penat BERSIH kan rumah semalam, heheh, nasib ramai tolong, cepat sikit kemas, tapi nasi agak banyak berlebihan, makan nasi goreng lah seminggu ini, hehe, ada lebihan kari semalam, saya buat roti jala, resepi asyik lupa jer, so google je lah.

Sunday, April 29, 2012

Malaysia

Sejak seminggu ini, kalau buka FB je, penuh semua nak post pasal BERSIH, ada yang sokong, ada yang tak sokong, tapi majoriti sokong lah. Saya terus terang, saya tidak sokong mana-mana, saya mengharapkan Malaysia terbaik sahaja dari sesiapa yang memerintah.

Bila tengok video dan gambar, sedih rasa hati tengok negara sendiri macam itu, dah rasa macam dekat negara bergolak, saya memang pasti perhimpunan itu akan menjadi chaos macam ini, Tapi saya yakin, kalau DBKL membenarkan mereka menggunakan Dataran Merdeka, pasti banyak perkara buruk tidak akan berlaku, mereka hanya mahukan demo aman iaitu Duduk dan Bantah, jika semua seperti dirancang, pasti ianya akan menjadi lebih baik.

Paling saya rasa biadap dan kurang ajar, bagi mereka yang mengutuk polis dan menggelarkan mereka macam-macam, , panggil polis anjing, dan ada tulis malay anjing, rasa tahap kebiadapan diorang sangat tinggi, Perlukah nak menggelarkan mereka sebegitu rupa? polis menjalankan kerja sahaja, cuma kalau tidak provok, mesti diorang takda lah sampai nak pukul.Kepada mereka yang hina polis itu, ingatlah, jangan sampai satu masa, jilat ludah balik sudahlah.

saya banyak nak komen dan tulis status di FB pasal BERSIH3.0 ini, tapi lebih baik diam sahaja, sebab boleh memutuskan persahabatan, sebab akan gaduh, nanti dikata jahil dan macam-macam lagi. Apa lagi, mana yang kecoh sangat dekat FB tu, jangan lupa daftar undi, nanti pilihanraya kita jalankan amanat kita ini.

Jika cuba rasioanl dalam menulis entry ini, mengharapkan yang terbaik buat Malaysia, dan saya yakin, saya ada hak dan saya rasa Malaysia memerluka perubahan.

Thursday, April 26, 2012

KJ vs Ambiga

Semalam sempat tengok stream online KJ dan Ambiga berdebat, rasanya debate merupakan salah satu cara terbaik untuk menyampaikan apa yang menjadi kekusutan sekarang. Sekarang lebih jelas kenapa BERSIH diadakan.

Rasanya kedua-dua semalam agak cool especially KJ dan adalah perkara lawak yang berlaku semasa debate itu. KJ lulusan oxford rasanya, tu sebab english dia sangat lah power dan cara dia menjawab soalan sangat menampakkan dia mempunyai IQ tinggi dan berfikiran sangat terbuka. Begitu juga ambiga, beliau seorang peguam dan tentunya apa yang dihujahnya berasas dan tepat.

Tapi semalam saya rasa macam perbualan antara emak dan anak, bila ambiga marah, KJ melawan secara baik  sahaja. tahniah mereka berdua, kepada yang join BERSIH nanti, jaga lah diri, jika rasa tak perlu, duduk rumah je lah, saya mahukan Malaysia yang aman dan damai . harap-harap tiada perkara buruk berlaku.Amin.

Malaysia negara demokrasi, dan rakyat ada hak, dan jika rasa bersih ini antara jalan untuk emnyuarakan pendapat, silakan.Lagipun kerajaan membenarkan perhimpunan kali ini.

bawah ni, poster yang ditampal di uni minggu ini, ada juga bersih disini, disediakan transport dan topeng. kalau baca balik ayat di poster tu, rasa macam kelakar pon ada.

adakah saya pergi? saya berminat berbincang mengenai politik , tapi saya tidak berminat untuk join perhimpunan macam ini, lagipun, Mak dah pesan "pergi sana belajar, jangan buat benda lain", itu sudah cukup pesanan buat saya.


Wednesday, April 25, 2012

Racism di Bumi Kanggarooooooo

Minggu ni ada baca pasal student dari China kena pukul dan ada isu perkauman dekat Sydney, kena belasah teruk-teruk didalam train dan tiada siapa yang nak tolong. Inilah realiti masayrakat Australia yang tidak berpendidikan(bukan semua), macam-macam kes lagi, ada terbaca pasal student China kena rogol dalam kampus di Sydney jugak. Kalau dekat bandar-bandar besar mcm Sydney or Melbourne, rasanya isu perkauman ini sangat minimum, sebab dekat sini terlampau ramai Asian.

Tapi dekat Launceston ni, rasanya lagi teruk, cuma banyak tak masuk paper atau news, sebab kerajaan dia nak cover kot, saya sendiri dah banyak kali kena sergah, baling botol, kena tunjuk mencarot dan dilayan sangat teruk disebabkan asian. Kalau wanita islam lagi lah, ada kena kacau sebab pakai tudung.

Kat sini ada kes student Cina kena tumbuk sampai patah hidung dan terpaksa larikan diri dengan masuk kedalam kedai makanan, nasib selamat, kalau tak, mesti lagi teruk. Rasanya dekat sini kes macam ini banyak disebabkan orang dekat sini ada yang tidak pernah keluar dari pulau ni, tu bila tengok orang asian, diorang benci, tapi saya nak jelaskan, bukan semua, hanya sebahagian sahaja, tapi dah cukup bagi saya untuk belajar dengan cepat dan balik terus ke Malaysia, ini bukan tempat sesuai hendak stay, bila jalan sorunk, dan lalu depan sekumpulan ausie je, mesti rasa cuak, tapi selalunya, mesti kena lah, tak kena buang sampah, tak pun kena sergah.

Kalau tentang study, kadang-kadang nampak ketara pensyarah layan pelajar tempatan dengan antarabangsa, saya ingat lagi, bila seorang lecturer bagi gred rendah untuk saya bagi kedatngan dan penglibatan dalam kelas, bila saya email, dia kata saya tak datang kelas dan macam-macam, bila explain balik yang saya tak pernah ponteng kelas dan selalu stay up kelas sampai abis, dia pon mintak maaf dan mengaku dia silap, sebab dia kata student terlampau ramai, dan dia overlook perkara itu. Tapi, bila tengok result student local, dapat gred tinggi giler, walaupun kelas tak datang dan langsung tak involve aktiviti dalam kelas.

Kesimpulanya, belajar dekat Malaysia lah senang, kalau nak belajar overc ni, sediakan mental dan fizikal.  yang penting niat.

*tidak semua ausie yang saya maksudkan, harap maklum

Tuesday, April 24, 2012

Cekodok dan Teh O

Tiap kali kalau saya nak masak cekodok ikan bilis, pasti saya akan teringat banyak kisah disebaliknya. Dulu saya tinggal dengan  nenek di Kampung Semarak, kami sekeluarga memang duduk disitu, rumah sebenar dekat wangsa melawati, tapi jarang balik sana , kalau parent balik pun, kami selalu tak ikot, sebab lebih seronok duduk dengan nenek dan atuk. Bila ingat pengalaman lalu, ianya sebuah memori yang sangat sukar dilupakan dan tentunya, memori indah dizaman kanak-kanak Milo.

Bila arwah atuk dah meninggal, kami lah akan jaga nenek, sebab siang kami ada dirumah selepas balik sekolah. Nenek ni suka minum petang, kalau waktu petang, dia akan suruh buatkan Teh O untuk dia, lepas tu, dia kadang-kadang nak cekodok, nenek saya memang tak nampak dan tidak mampu membuat kerja rumah, tapi dia mampu menguruskan diri dia dan beribadah kepadaNya. Disini lah saya belajar memasak cekodok, dan boleh dikatakan, banyak benda saya belajar memasak dengan nenek.

masa mula-mula suruh buat cekodok memang tak tahu, tapi nenek akan bagi arahan dalam bilik dia, dan ikut lah apa dia cakap, dia akan rasa kalau masin ke tidak, atau terlebih air ke tidak, baru lah boleh goreng, dah siap goreng, nenek akan keluar dari bilik dan makan sambil 'tengok' cerita di TV. Kadang-kadang kalau dia nak makan benda lain, saya masak lah meehun atau apa yang ada. semuanya saya belajar dari nenek. Dia akan bagi tahu ramuan dan saya ikut sahaja.

cekodok n teh tarik

macam-macalah lagi dia ajar saya masak, sehinggalah sampai sekarang, saya agak gemar memasak, semua disebabkan oleh nenek, mula-mula terpaksa, lama kelamaan menjadi satu minat. Tapi kalau nak cekodok paling sedap, Mak saya lah yang buat, Mak main campak-campak je bahan, pastu jadi, kalau orang datang rumah, cekodoh lah yang akan diminta, dicicah dengan sambal kicap. Memori indah buat saya

Resepi Cekodok Maktok:
2 cawan tepung
segenggan ikan bilis dikopek dan dibasuh
air cukup-cukup lembik dari jangkaan jari nenek
secubit garam dari jari nenek
bawang merah dimayang halus
minyak mesti panas

Resepi Teh O:
Teh Boh sesudu
air masak sampai mendidih
gula cukup rasa, kalau tawar tambah gula
kacau dengan ikhlas

Resepi diatas amat mudah, semua tahu, tapi yang membuatnya berbeza, ia menjadi memori indah saya bersama arwah.


selingan:autumn sudah datang


*cekodok:ada panggil jemput-jemput,cekodok ikan bilis, cekodok pisang dan macam-macam

Monday, April 23, 2012

Gundah+Sleeping paralyses + .............

Hari rasa macam bad mood semacam je, hati tidak tenang, gundah gulana, gelisah dan macam-macam lah, sejak bangun pagi tadi banyak sangat perkara terfikir.Agaknya saya mimpi dapat keputusan yang teruk dalam assignment, sampai ke saat ini, masih hati tak tenang.

harini pergi ke main campus untuk ambil suntikan flu untuk winter yang akan datang, so bila time winter nanti, tak der lah demam (kot). Patutnya hari ini pergi main laser tag, tapi rasa tak sedap badan, pening dan sangat ngantuk, maybe sebab kesan kena inject tu kot. Saya pon tidurlah, Tak jadi pergi main lasertag tu

disinilah bermula makin teruk hari saya, kali ini, terkena pulak sleeping paralyses, kali ini makin worst, saya rasa nak mati tadi, saya langsung tidak boleh bernafas dalam masa yang panjang dan tidak mampu gerakkan badan, kalau orang melayu, diorang panggil kena hempap hantu, saya pon tak sure, dan bila terlepas dari sleeping paralys tu, benda tu akan berulang banyak kali, sehinggalah kita bangun dari tidur, hanya cara itu saja mampu untuk mengatasinya. Bila bangun je, rasa diberi kehidupan kedua, ini dah banyak kali berlaku, dan saya masih mencari jawapan sebenar kenapa kena pada diri saya.

saya sebenaranya rasa sangat takut dengan lecturer seorang ini, rasanya saya selalu sebut pasal lecturer ini, kalau dapat email dia, rasa nak luruh jantung, walaupun hanya reminder or nak bagi brief, tapi saya sungguh takut, hati berdebar, inilah lecturer paling gerun saya pernah jumpe, macam-macam cara saya cuba nak hilangkan rasa takut, tapi still tidak boleh...........................................saya risau banyak benda sebab itu gundah macam ini, saya tulis dalam blog ini sekurang-kurangnya saya luahkan sesuatu dari terus terbuku dalam hati ini.

Hanya padaNya saya mampu berdoa disamping usaha dan berkat doa keluarga untuk terus berdiri, diatas sebuah perjalan yang saya pilih sendiri. amin. moga saya mampu menempuhnya. Amin

Sunday, April 22, 2012

Homemade Burger and Bread

Hari ini, buat burger dan roti, memang malas nak sentuh buku weekend ni,  sebab asyik tengok dekat FB ramai sangat post pasal burger Bakar Kaw Kaw tu, memang rasa terliur, tapi nak buat dekat sini, nak beli daging jauh, ada dekat sejam naik kereta, last-last beli je sausage ayam, pastu hancurkan, dan buat lah patty.

tapi goreng je, tak bakar pon, sebab malas nak ON barbique set tu, kebetulan harini cuba guna breadmachine yang beli masa garage sale aritu, cuba buat roti biasa, amik masa 4 jam, so kesimpulanya, beli je sudah, jimat segala bagai, hahaha. mari tengok burger yang rasanya terlebih oregano.huhu






Bila Mak pon Chat

Semalam tengah main-main FB, tetiba Mak nak chat, terkeluar box chat dia, selalunya memang jarang nak chat, call je senang, rupanya mak nak cakap sesuatu, tahun ni, ayah zul dah masuk umur 57, so akan bersara, sebab kerja swastakan, mak dah risau, sebab masih banyak benda nak bayar, bil utiliti, rumah dan macam-macam lah, mak memang kejer, tapi nak cover duit makan, pastu adik-adik pon still belajar.

bila mak cakap macam tu, saya faham apa mak mahukan dari anak-anak dia, sekarang, saya perlu belajar, grad pastu balik terus Malaysia or kalau dapat kejer sini, saya stay,
an mula jadi seorang anak, yang menampung keluarga, InsyAllah, itu yang akan saya buat, sudah sampai masanya, sebab parent habiskan banyak duit untuk saya belajar sini, masa untuk membalas, kahwin maybe lambat lagi, sebab biarlah duit saya ke keluarga saya dulu, biar famly saya puas merasa hasil duit kejer saya, tapi, jika jodoh sampai awal, saya akan cuba membuat terbaik untuk keluarga. InsyAllah, saya akan buat terbaik,

bila fikir ni pon dah stress, kena study elok2 supaya pass tahun ni,..masih jauuh dan kena usaha berkali ganda..

Saturday, April 21, 2012

Cake Red Velvet

disebabkan rasa bosan dan nak release tension, apa lagi, google resepi pastu pergi coles beli barang nak buat kek ini, saya bukan penggemar kek, tapi suka buat je,dan siap! rupa hancus, tapi rasa macam sedap,hahah






selepas......

Friday, April 20, 2012

Lega tapi tak lega

Alhamdulillah, dah selesai submit assignment pagi tadi, dengan dua subjek dan dua kali kena present hari ni, yang tak bestnya, dia bagi 4 minit suruh present, mana nak sempat! last-last memang tak sempat pon, dia siap suruh stop lagi ada lah tadi, stress!

tapi rasa nya diri ni, dah tak sanggup melalui pengalaman menyeksakan ini, rasa tidak tidur berhari-hari, rasa stress melampau-lampau, rasa menggigil dengan teruk, rasa kelam kabut, dan macam-macam lagi rasa buruk. Bila buat assignment memang rasa tak yakin, dalam hati pikir, betul ke aku buat, takut fail pulak,


argh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! saya rasa nak nangis betul-betul. Pressure for this semester sangatlah hebat. Padahal tiga subjek je, tapi banyak giler kejer, nak kena buat thesis, research lagi ,design lagi, rasa nak meroyan dah ni, tu belum tengok status budak lain, semua rasa nak berhenti architecturalah and ada nak bunuh diri(main2 lah ni) pon ada. Adoi!

sekarang ini, saya tak nak pikir apa-apa, rasa nak tenangkan fikiran, tapi sebenarnya risau result asgmnt ni nanti, harap lulus! i just want to pass ONLY for this semestser! arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh,

masih rasa cuak + tak tenang, tidur pun tak cukup, otak pon tak stabil, bila tidur kejap, dan bangun balik nak buat kejer, rasa macam orang mabuk, sebab blurrrr,...................................................

ok, mau ketiduran, esok nak pergi city beli barang, lama tak jalan-jalan,pastu gi makan sedap sikit





bilik tunggang langgang setiap kali lepas submission

sketch dan sketch dan sketch





buku yang dipinjam supaya dibaca dan tension nak abiskan

Wednesday, April 18, 2012

Doakan Terbaik

Saat getir menyiapkan assigment dan mendoakan terbaik supaya adik Zul cepat sembuh, baru saja keluar dari wad pembedahan untuk operate tonsil dia. masih belum sedar, mudah-mudah cepat sembuh, call mak tadi, tahu hati mak risau sangat-sangat, dan mak akan selalunya menangis bila melihat anak-anak dia susah.

We Love u Mak!

i do my best here!
Pray for me!

Sunday, April 15, 2012

Demo oh PTPTN

Kecoh lah pulak sekarang ini pasal isu nak mansuhkan PTPTN, bila tengok video kat FB ni, ada yang kalungkan bunga dekat gambar najib dan menteri pengajian tinggi tu, rasa semua macam budak-budak. tak tahulah, kenapa pasal isu ini, hendak jadi sebegini rupa, dan ada sokongan pembangkang.

Dulu saya respect sangat Nurul Izzah, tapi bila tengok balik video ni, rasa dia pon sama kebudak-budakan, mungkin terlampau desperate nak dapatkan perhatian, almaklumlah dah dekat PRU, mana tahu boleh jadi PM kot.

berbalik pada isu PTPTN ini, rasanya kalau tak nak pinjam, tak perlu apply, suruh lah mak bapak bayar duit yuran uni tu, bukan mahal pon, perlu diingat, kalau nak mansuhkan PTPTN ni, student yang tak berkemampuan macam mana nak tanggung sara diri? hendak pendidikan percuma itu boleh aja, sebab duit PTPTN tu termasuk sekali dengan duit sara diri. Jika hapus, ko kerja lah sambil belajar, tak pun,  mana lah korunk nak beli iphone+ipad+BB+baju branded+motor+dan lain-lain.

Budak dekat uni ni, ramai je berlagak orang kaya, gaya macam anak datuk! hakikatnya, semua kaya sebab PTPTN, tapi bila nak bayar, semua liat. Dalam islam pon ada ajar, kalau berhutang, bayar lah.

saya memang sokong kalau mansuhkan kos pentadbiran, macam saya, saya berhutang PTPTN rm10500, itu duit yang saya dapat masa belajar dekat uni selama tiga tahun, saya dapat half je, dan duit itu, cukup-cukup untuk bayar yuran SAHAJA. dan setiap minggi parent saya kasi duit, terus terang, saya dapat rm50 dan saya akan jimat semampu boleh, dan selalunya, RM50 tu, cukup untuk 3 minggu (makan+minyak kereta), bagi saya senang je, ukur baju dibadan sendiri, kalau saya tak mampu, tak perlu lah nak berlagak, baju pun beli kedai murah je, tak teringin pon nak brand sangat baju tu. ASAL TAK BOGEL!

kesimpulanya, buat Adam Adli dan mahasiswa pejuang (melayu pon semua) berfikirlah sbelum buat demo tu, kalau tengok video bawah ini, ada kata tak cukup duit dengan PTPTN, pastu ko nak mansuh? lagi ah tak cukup langsung. Ini pendapat saya, mungkin jahil benar bunyinya, tapi kita ada pelbagai medium untuk memberi pendapat, jika ada yang tak bersetuju, itu adalah noraml, sepertimana saya tidak bersetuju dengan demo ini. Sekian.

"pandai hutang, bayar lah"



Saturday, April 14, 2012

So Soon by Maher Zain



Such a beautiful song from our brother, Maher Zain, love the lyrics+ music arrangement's,
i miss my grandma
and i do believe in faith!

Friday, April 13, 2012

Jatuh bedebuk lagi!

Tak tahulah, kenapa asik nak jatuh je, kalau jatuh dalam bilik ke, dalam rumah ke, ok lagi, tapi asyik jatuh depan public!
Macam arini, tengah jalan elok2 dalam coles, dengan manusia yang ramai, boleh plak jatuh tergelincir, sampai terduduk, sebab lantai basah, saya dengan penuh macho je, bangun terus dan terus berjalan tanpa memandang kiri dan kanan! jalan dan terus berjalan sampai ke kawsan yang kurang orang, baru cek seluar, basah kuyup seluar, adoi! malunya, tapi sebab buat bodoh je tadi, kurang rasa sikit rasa malu, heheh'
Senja nan merah



* sapa tahu nak komen dekat blog lain, ada certain blog saya tak boleh nak tinggalkan komen, terutamanya blog kak ummi, maybe ada caranya, tapi saya tidak reti, dah try, still tak boleh,mmmm

Thursday, April 12, 2012

Pagi yang Sejuk!

Pagi ni, nak pergi ke kelas pukol 9, tapi sejuk luar biasa, foggy kot area sini tetiba, sejak dua menjak ni, memang dah makin sejuk, adoi! tension kalo winter, sebab sejuk sangat....




Tuesday, April 10, 2012

Argh!

bila kita menegur seseorang, bukan bermakna kita lebih baik dari dia,
kita tegur sebab kita rasa ada sesuatu perlu diberitahu,
bila berdepan dengan manusia yang tidak dapat menerima teguran,
manusia yang merasakan hidup dia sentiasa betul,
manusia yang merasakan dia adalah dewa kehidupan,
memang sukar untuk berubah,

paling penting dalam hidup,
usahlah berkira,
bila kita mengingatkan dia,
dikata pula kita asyik bercaka sahaja,
manusia tak kan pernah puas dengan apa dia ada,
jika hidup dengan ego,
mati pon tetap ego tinggi,
tak kan mudah berubah,
walaupun beza semua cara kehidupan,
tapi hati kita tetap sama,
cuma cara kita bentukkan ia,
menjadi satu perbezaan

stress dengan manusia yg bajet bagus!

Sunday, April 8, 2012

Bridport Tasmania

Gambar semasa pergi berkelah di Bridport, bandar yang kecil, tapi sangat menarik untuk dilawati





Friday, April 6, 2012

Besau punyer ikan

Disebabkan easter arini, semua kediai tutup. woolies dan coles pon sama, mencari bahan untuk bawa bekal esok, ada picnic lagi, ingatkan mahu masak ayam saja, tapi disebabkan kedai tutup, pergi lah kedia seafood ni, kebetulan bukak pulak, pastu tengok ada kepala ikan ni, besar giler, 2$ je, memang amik semua, ahahah, buat kari kapla ikan, dan beli sotong dengan harga 4$, janggut pun, tapi kira rezki arini, orang melayu reti lah makan benda ni, orang putih ni, semua nak cantik je makanan diornag, hehe
kari kepala ikan for tomorrow and sambal sotong for today!




Picnic Easter

mengisi masa easter break ini dengan berpicnic di tailrace park, dekat aja dengan rumah, 10 minit berkereta, duduk bersembang dan makan, membawa triffle tapi lengkong diatas sangat keras seperti marmar sahaja! nasib ada instant cake dari coles yg tengah sale 1$,so hanya mix n bake,heheh, have fun for a while and ton of work waiting, but as usual, damn lazzy lio!



PTPTN

Sekarang ini, kecoh pasal isu nak mansuhkan PTPTN, ramai pulak mahasiswa setuju, almaklumlah, diorang nanti tak payah bayar balik. Personally, saya tidak setuju nak mansuhkan PTPTN, tapi saya setuju jika hendak mansuhkan surcaj 3% tu, banyak kot tu.

Bagi pihak pembangkang, memeang mereka boleh cakap macam-macam, nak mansuhkan tol lah, nak mansuhkan ptptn lah, sebab mereka hanya boleh berkata-kata manis, tapi saya yakin, bila mereka memerintah, perkara ini perlu diselidik dan diteliti, ia tidak semudah seperti yang diutarakan.

berbalik kepada PTPTN tu, bagi saya, kalau dah pinjam tu, bayar lah balik, apa susah, takkan semua nak free kot, pastu dapat duit PTPTN tu, macam lah nak guna dengan betul (tidak semua), dapat lebih sikit je, ada yang pergi beli handphone mahal, pakai DSLR, beli barangan branded, tapi hakikatnya, berlagak je lebih. rasanya siapa study di U Malaysia, faham sangat senario macam ni, biar papa asal bergaya.

ini hanya pandangan, sangat subjektif, yang paling penting, hormat lah setiap pegangan parti seseorang itu, jangan sebab parti, sahabat pun jadi musuh, renung2kan, dan selamat beramal

Thursday, April 5, 2012

Easter Break (Cuti lah sangat)

Hari dah start easter break, seminggu, sampai hari khamis depan, jumaat tu sudah ada presentation and submission! dulu buat part 1 kat UM pon, walaupun subjek banyak satu sem, tapi tak lah sesibuk ini,

jom breakfast dulu!

harini rasa nak relaks sekejap, stress melampau semalam, sampai susah nak tidur
senang citer, tak sedap! salah pilih! huhu

Tuesday, April 3, 2012

Bila Malas

Bukan malas, tapi fikiran berkecamuk,
semalam pun bawak kereta,
nyaris mahu melanggar tram,
sebab fikiran melayang jauh kerisauan,

saya cuba untuk komen dibeberapa blog, tetapi saya tak reti pulak, sebab tiap kali beri komen, pasti hilang, adakah sebab saya tidak reti or memang ada masalah dengan blogspot ini?

mmmmm......esok cuti bermula after 2pm! so mahu buat sesuatu esok, malas mahu fikir akan kerja sekolah, sehari saja lah, sebab hari lainya, kerja masih menimbun dan tarikhnya sipis-sipis sudah

Untuk Kita

Monday, April 2, 2012

Jangan Mudah Mengalah

Hidup hari-hari,
penuh dugaan,
penuh rintangan,
dan bila ia datang,
jangan mudah putus asa,
Allah hendak menguji kita,
walaupun susah,
walaupun gundah,
bangkit dan bangun,
lawan dan tekad,
sebab semua berlaku,
ada hikmah,


Mendapat result asgmnt harini, oh, ianya sungguh teruk, seperti dejavu rasanya, perlu berusaha lagi, sebab saya nak grad tahun ni, saya sendiri tak sanggup hendak meneruskan ini lagi, tapi disebabkan keluarga, saya berusaha, InsyaAllah, saya boleh, doakan saya, amin!

Sunday, April 1, 2012

Genap Setahun

Masih ingat pada tarikh yang sama, dapat tahu nenek masuk hospital dan keadaan dia semakin teruk, pada masa itu, hanya mampu berdoa,
"Ya Allah, jika ini yang terbaik untuknya, aku redha ia pergi"
saya bukan mengalah, saya bukan hendak nenek saya pergi, tapi saya sendiri tak sanggup melihat keperitan hidupnya, betapa dia tabah tanggung semua ini, hanya Allah yang mengetahuinya.

Saya mengetahui nenek meninggal melalui FB, sebab ada saudara yang menulis status, dan terus saya menghubungi Abang saya, dan sememangnya, ia adalah perkara yang benar. Masa itu, ketika itu, merupakan hari yang sedih dalam hidup saya. saya selalu berkata dalam hati, jika nenek pergi, saya kena redha, sebab saya sendiri takut saya tidak mampu menerimanya. ternyata, kita mampu berkata-kata, realitinya, susah dari pada itu.

saya menangis ketika itu, tanpa keluarga disisi, dan ketika itu, masih baru lagi di bumi asing ini, saya kuatkan semangat, sebab saya kesini untuk berjuang, saya tabahkan hati, saya kuatkan semangat, saya hanya fikir akan nenek saya, dia mampu tabah dengan dugaan yang datang akanya, saya perlu lebih kuat untuk hari mendatang.

terima kasih pada teknologi, saya sempat menatap wajah terakhir nenek melalui skype, sebab saya tak nak ralat, saya hendak tengok muka nenek saya, betapa bersih dan indahnya muka nenek, seperti sedang tidur, dan saya sempat membuat solat jenazah ghaib untuk nenek saya. Alhamdulillah, sehingga hari ini, saya tidak berasa ralat, saya sempat membuat apa yang dihajati,

Setahun berlalu, seolah-olah nenek masih bersama, sejak dua menjak ini, hampir setiap hari mimpi akan nenek, moga tenang disana, dan rohmu dicucuri rahmat, AlFatihah buatmu, dan InsyaAllah, tahlil untukmu MAKTOK!

Al Fatihah buat Nenda Tercinta Arwahyarhamah Hajah Hasnah Bt Abd Rashid

Daylight saving

pukol 12am, got one extra hour today, heheh, btw, this is my personal blog, it just a blog! don't take it seriously, coz, i dont have time to care of what other people think of it! feel free to read, coz it free, and dont take it out from this 'world', just keep it in your heart , oh lovely dear......