Thursday, February 28, 2013

Laser

Dalam kita nak menulis dalam sesuatu perkara, atau pun bercakap, mesti lah kita kena menjaga setiap tutur bicara kita. kadang-kadang kita rasa apa kita cakap/tulis tu satu lawak, tapi sedangkan orang lain merasakan ianya satu bentuk penghinaan.

Itu penting muhasabah diri, kita tengok balik apa yang telah kita buat, saya pon selalu terlepas cakap, sebab kadang-kala terlampau excited atau terlampau poyo kan, tu lah, berhati-hatilah.

Saya rasa cerita yang dikongsi di maikorner lebih kurang dengan pengalaman saya. Orang yang nak mengumpat, tapi cakap kuat.

Masa sekolah rendah, adalah saudara kahwin, perempuan dan dia ni agak gemuk, dan suami dia pon agak berisi, saya ni berdiri lah tengok pengantin, berdiri sebelah makcik/jiran mereka ni, dengan selamba makcik-makcik itu bergosip dengan kuat:

makcik A:'Gemuk nya anak si A ni, laki dia pon gemuk'
makcik B:'A, ah lah, gemuk sama gemuk, sesuai lah sangat'
Makcik C:'jangan runtuh pelamin sudah nanti'

saya masih ingat lagi dialog tu, walaupon dah berpuluh tahun rasanya, sunggu style makcik tu bergosip kuat-kuat.

yang ini paling latest berlaku, last 2 weeks, saya ke orang kahwin, duduk lah sebelah seorang ni, tengah makan ni eh, pastu pengantin berarak masuk, lalu ada ustaz baca doa, tika berdoa tu, boleh dia cakap kuat-kuat :

Pakcik A:

Gemuknya pengantin laki, cantik bini dia, macam mana boleh dapat?
untung orang gemuk ni, dapat bini cantik
eh, muka laki tu macam terencat sikit lah

semua dialog ni benar-benar berlaku, belum lagi kalau ke shopping complex, kalau pergi masuk kedai branded, kalau muka tak pan asia, takde lah nak dilayannya, lagi suspek nak curi adalah, haha, just my experience, semua lain-lain kan.

Senang cerita, belajar untuk menyusun kata, tak perlu tunjuk sisi buruk dalam diri walaupun nak jujur, mulut laser dan cakap lepas, bagi saya 2 benda berbeza.

ini dia penduduk kampung, bergotong royong kenduri, komuniti kecik, pergi mana-mana jumpa juga, rindu in saat


Wednesday, February 27, 2013

arsitektur

Masa belajar di UM,
orang tanya mak saya,
anak belajar apa?
architecture,
ooo, nak jadi akitek lah ni,
untung!

Bila dah habis belajar,
dan mula bekerja,
orang tanya lagi,
kejer apa?
assistant architect,
ooooo, ARCHITECT,
kaya lah eh!
mesti gaji masyuk,

tapi hakikatnya,
gaji masa tu rm1500,
itu pun belom tolak epf,
dah tolak jadi rm1300,
bayar duit kereta rm450,
duit minyak sebulan, rm300,
tol rm200,
makan???,
baki???
samapi bila takde simpanan.

Saya nak jadi akitek,
sambung part 2,
bila orang tanya,
belajar apa?
akitektur,
oooo.
kaya lah eh nanti,

orang ramai selalu ingat, gaji akitek ni, banyak, sama seperti gaji profesional yang lain, tapi sebenarnya,di malaysia ni, gaji akitek standard gaji pekerja am biasa.

kalau part 2 ni, gaji mula dalam rm2500, jika kita minta tinggi, kata kita demand, bila kita letak rendah, apa guna kita study?

yang kaya hanya lah mereka yang mempunyai firm, jika makan gaji, ingatlah, gaji tak seberapa, tapi jika anda best student, mintak lah setinggi mana, sebab anda ada kuasa itu.

sekarang ni kalau orang tanya best ke architecture? anak makcik nak jadi akitek macam awak lah.

Jawapan ikhlas selalu saya kasi:

jika ada pilihan lain, jauhi arkitektur, sebab tak semudah yang disangka, dan tidak semewah yang dicerita selama ini.

akitektur untuk mereka yang minat dan tidak kisah pasal duit (tapi zaman ni? logik ke kalau tak fikir duit?)

just pandangan hidup saya, demokrasi kan, sekian!

Monday, February 25, 2013

Jalan Tassie:Sheffield (mural)

Harini bermula lah sesi persekolahan di tassie, back to school! new semester! rasa macam nak ke sekolah balik, tapi tak nak belajar lah, haha, sampai termimpi-mimpi semalam pasal Lonnie ni rasa macam dekat sana. Sementara masih tiada kerja ni, saya ceritakan serba sedikit tempat untuk pergi di Tasmania ni, kot-kot ada yang nak pergi ke, macam kak ummi ke, IAllah.

kali ni cerita pasal satu tempat ni, pekan ni dalam sejam perjalanan daripada bandar Lonnie, sini famous dengan Mural yang bersepah-sepah dekat dinding, dan sangat lah cantik. pekan ni kecik jer, sangat kecik, tapi dekat sini view sangat lah cantik, sebab dikelilingi oleh kawasan berbukit dan hijau je. Semasa dalam perjalanan tu, akan nampak ladang poppy dan juga kambing dn lembu bersepah berkeliaran tengah meragut rumput.

Jika nak tahu detil pasal tempat no, boleh lah ke link ini : Sheffield














Memang sunyi bandar ni, orang pon tak ramai, kalau nak pergi, pergi time pagi, memang nyaman je, bawak lah bekal, kedai makan tak banyak sangat pon.


Saturday, February 23, 2013

Sekadar sebuah Perkongsian

Masa time nak siapkan final project dulu, rasanya hampir 24/7 saya tune to radio ikim, kalau tidak, agak jarang lah dengar selain time bulan puasa. Sebab saya tertarik dengan segmen Prof Dr. Muhaya ni, bagi saya, approach dia dalam menyampaikan nasihat sangat lain. kalau ada pemanggil call dan nak tanya soalan, dan selalunya pemanggil akan cerita apa kebaikan dia buat untuk memulakan perbualan, tetapi Prof ni akan terus suruh berhenti cakap pasal diri sendiri dan terus kepada soalan, sebabnya, tak perlu bangga diri dengan apa yang kebaikan kita buat tu, tidak ikhlas (lebih kurang macam tu)

kalau dengar setiap kali show dia, pasti akan tahu macam mana dia jawap setiap pemanggil, bila show tu saya tak ingat, sebab radio ikim ni, dia ulang show tu banyak kali, banyak sanagt! pastu paling best ikim sebab DJ dia sampai ke pagi, so bila buat kerja tu, ada lah juga dengar orang bercakap sampai ke pagi kan, takde lah nak ngantok sangat bila buat design tu.

Tapi satu je radio ikim ni, iklan dia sangat lah pelik2, ada jual ubat ajaib lah, air ajaib lah, dan semuanya berasakan islam, tak salah, tapi bila dikomersialkan, dan testimoni yang sungguh pelik-pelik, rasa semacam je.

Itu je lah, saja nak share, sebab pagi tadi tengok Prof ni dekat MHI, sangat menarik apa yang dicakapkan pagi tadi, pasal idol. Hanya Rasulullah SAW yang boleh dijadikan idol dalam kehidupan ini < manusia lain hanya boleh ambil sebahagian kejaayn mereka untuk dijadikan panduan.



*saya dah post GA semua

Thursday, February 21, 2013

FB

Entri saya tulis before this, just nak cerita pengalaman saya, dan khas buat mereka yang saya berurusan, sebab benda ni dah berlanjutan sebelum saya habis belajar, saya boleh terima mereka sibuk, tapi jika tiada respon dari mereka berbulan-bulan,memang susah nak diterima, Mintak maaf pada mereka yang terasa.

Kalau di FB dan Twitter, macam-macam ragam orang kita jumpa, kadang-kadang saya terpaksa hide diorang sebab diatas sebab tertentu:

1.Mereka yang suka post pasal politik, dan post itu mencarut bagai: sanagt bahaya post pasal politik, sebab boleh buat gaduh, ideologi berbeza

2.Mereka yang hangat bercinta, dan berbalas mesej di FB secara terbuka: tak salah pun, tapi perlu ke di open space, ayat-ayat jiwang karat, hahah, sekali-sekala boleh lah, banyak sanagt kat wall tu, terpaksalah hide

3.Mereka yang suka berkongsi benda bukan-bukan: banyak sangat suka share perkara tak sahih, lagi-lagi bab agama, saya pon dulu pernah buat, tapi pikir balik, banyak yang tiada asasnya.

4. MEReka YanG SuKa Tulis BErcaMpur HurUf bEsar dAn KeCik.:
5.merekew yunk shuka tuwlis an (dengan) eja-an yunk macam inew!

6.dan merka yang suka komplen seperti apa saya tulis diatas ini, haha'

kalau ditwitter, memang terus unfollow artis2 yg suka retweet balik twitter fan dia, tapi hanya yang dipuji, kalau kena kutuk, habis dimakinya.


buat lah apa yang kita suka, asalkan tidak terpesong dijalanNya.
 


Pengumuman: Sesiapa tahu mana nak beli Rempah Briyani SHAN, rasa nak makan nasi itu, tq

Tuesday, February 19, 2013

BUKU 1 MALAYSIA

Bila Wartawan RTM tanya pelajar jurusan undang-undang UM apa kelebihan BAUCAR BUKU 1MALAYSIA ?

Jawapan:
dapat membantu saya membayar yuran pengajian dan sara diri ketika belajar

Nampak sangat tak tahu tujuan baucar tu untuk apa, nama pon dah buku, RM250,

Bazir??? dah orang kasi, ambil je lah kan


nota kaki:saya tak dapat eh

Saturday, February 16, 2013

GA:Pemenang

Patutnya cabut undi semalam, kerana kesibukan membuat CV,dan terus tidur, langsug tidak ingat, barulah ada masa sekarang, saya cabut undi kuno je, tulis atas kerta, cabut je lah, ingat nak guna random.com tu, tapi macam tak reti, dan yang memang ialah:

1: Hotdog Maker : Alani

2.Kitchen Mitten: Wati

Tahniah, saya akan email nanti untuk mintak alamat penuh, terima kasih yang lain yang sertai, IAllah akan ada lagi,

Hadiah akan dipos pada minggu hadapan



Friday, February 15, 2013

GA: Travel: lone ranger vs kawan

Tetiba nak cakap pasal perkara ini, sebab ada terbaca status seorang sahabat di FB, yang sentap bila kawan yang diajak untuk pergi travel tak nak ikut dia, tapi sedangkan bila orang lain ajak, kawan itu ikut pulak.

Sebenarnya, kalau ajak kawan tu, tak semua nak ikut, ada masalah duit atau dah ada plan awal, tapi kebanyakkan kalau nak pergi travel ni, mestilah dengan orang yang kita selesa, cuba pergi travel, pastu dengan orang yang bosan? tak pun yang suka ikut kepala sendiri dan tak nak dengar nasihat orang lain. memang akan buat trip tu jadi stress lah. sebab itu, kalau nak travel, kena pilih kawan yang sekepala, yang bilamana kita cakap sesuatu, dia tak sentap, atau mudah moody!

ikutkan, saya kadang-kala suka juga travel sendiri, itu pun yang dekat-dekat lah, salah satu nya sebab senang nak gerak, tak perlu menunggu, tak perlu kisah hal orang lain. Tapi jalan seorang ni, rugi sikit, sebab banyak benda kena bayar sendiri, kalau jalan dengan kawan, semua bahagi sama rat, memang banyak dapat dijimat.

Lagi satu travel sendiri ni, sebab beli flight tiket awal, tak kan nak tunggu orang lain beli, nanti terlepas, saya ada 3 trip lagi ni, semua beli setahun lepas, itu pun satu dah forward ke Januari next year, lagi 2 trip akan menyusul bulan 3 ni, saya pergi sendiri, tapi agak cuka juga lah nak pergi tempat orang, walaupun serumpun, tapi selalu bergolak dua negara ni!haha

apa pun, semua bergantung pada diri sendiri, so far, alhamdulillah, teman travel saya semua tiada masalah, dan saya sangat enjoy! rindu pulak masa travel itu, lagi-lagi kalau ke theme park, rasa macam kanak-kanak ribena pulak!

ini gambar semua trip last year, time balik cuti summer and winter break di OZ
bicheno, Tasmania

USS 

Pulau Ketam

GC


***Esok malam saya umum siapa dapat GA itu, terima kasih yag sertai, masih sempat untuk last minit ni, hehe

Wednesday, February 13, 2013

GA: Makan di Tassie

Terima kasih yang sertai GA yang pertama, masih sempat na join, jumaat malam saya inform siapa yang dapat.

Kali ni nak post makanan yang dibedal semasa di Launnie, ada masak ada makan luar, balik Malaysia, memang makan luar je lah, nak masak tiada keinginan, haha. Balik-balik je haritu dah pergi mamak, harga naik ok! teh ais naik dari1.50 ke 1.60, roti canai dari 1.00 - 1.20! walaupun naik, still murah lah jugak kan. Kalau sedap, mahal pon tak pe, kalau murah, tapi tak sedap dan sedikit, agak tidak berbaloi disitu.


kalau mengidam nasi lemak, memang terus je masak, guna belacan penang, sedap belacan tu

tempura set, $11/meal

ni makan banquet dekat Bento sushi, bayar $18, makan lah sampai tak mampu,

terkenal dekat Tassie, Scallop pie, 

before balik haritu, teringin nak makan nasi goreng kicap, resepi ni pon google kat tenet

flip burger! susah nak makan, sebab besar!!

Monday, February 11, 2013

Give-Away! Yang Pertama

Disebabkan tak pernah buat any GA, so saya sajer-sajer lah buat, masa di Sydney haritu, ada lah beli beberapa barang nak buat GA ni, so untuk yang pertama, ada dua barang saya nak kasi.

GA ni berjalan seminggu, dari 11 Feb hingga 15 Feb ni, just tinggalkan alamat email anda dan url blog (jika ada).


Syarat-Syarat:
Terbuka kepada sesiapa sahaja, asalkan ada alamat di Malaysia untuk saya poskan barang.

Cara nak tentukan siapa dapat, bedasarkan undi secara random nanti.

Ada 2 GA hendak diberi, seperti di bawah

1st




2nd




Selingan:merindui Launnie!!!!!!!!!!

Friday, February 8, 2013

Tips: Sydney

antara tips yang boleh diguna pakai, dan sejimat mungkin untuk student!

Accomodation

Kalau orang malaysia, boleh lah duduk di Malaysian Hall, kalau di Australia, ada 2 tempat , satu di Melbourne dan satu lagi di Sydney. Memang murah duduk disini,dalam $4 hingga $12 sehari untuk seorang + $15 untuk cleaning. Normal rate kalau duduk backpacker dekat sydney dalam $30 semalam, memang duduk disini boleh jimat banyak.

Tapi satu je masalahnya, duduk di Malaysia Hall ni, macam duduk rumah orang, sebab ada penghuni tetap, saya pon segan duduk sini, haritu terpaksa berkongsi bilik dengan student situ, jadi janggal pulak, kadang-kadang mereka ada aktiviti seperti kenduri dan tahlil, jika kita balik dari city, terpaksa lah lalu depan mereka semua, kalau nak selesa, boleh lah duduk di luar, cuma keluarkan budjet sedikit, nak komplen lebih tak boleh lah, sebab dah murah, cuma tak berapa bersih je.

Kalau nak book, boleh cek disini
Melbourne
Malaysia Australia

Transportation
Australia n memang public trasnport sangat tip-top, tak perlu risau. Jika nak sewa kereta, bagi saya itu bukan satu option yang bagus, jika nak bercuit, biar lah free dari memandu, tak ke tension nak pergi holiday pon nak drive? Kalau turun dari Sydney aiport tu, boleh lah terus beli tiket public transport, saya cadangkan beli Mymulti 3, dia ada dari 1 hingga 3 jenis, kalau ambil yang mymulti 3 ni, untuk seminggu, dan dia cover semua public trasnport di sydney sehingga ke luar kawasan sydney seperti blue mountain and newcastle. memang berbaloi beli, harga dalam $61/week. naik lah ferry,train,tram,monorail,dan bus puas-puas. Jika naik bus, one way dalam $3.20.

check it HERE
kalau bosan, naik lah ferry tu untuk pusing-pusing, lagi best waktu malam, free wifi dalam tu,




Makan

sila refer entry sebelum ini, kalau duduk di Malaysian Hall, boleh order makan disitu, bayaran dalam $10 untuk sarapan dan makan malam. dekat malaysian hall tidak boleh masak, tapi disediakan air panas, kalau duduk diluar, kelebihanya boleh masak dengan aman.

Membeli dan Belah

banyak tempat boleh membeli belah, kalau nak murah, boleh lah ke Kmart atau pun ke Big-W. Kalau nak souvenior, sila pergi ke Paddy Market, tapi hanya buka hari Rabu hingga Ahad sahaja. Dan paling penting! kalau nak shopping banyak, sila pergi hari AHAD, sebab masa ni, banyak harga barang akan diberi diskaun, lagi-lagi tshirt OZ tu, normal harga dalam $10, tapi kalau dia sale, dia bagi $5 je, hanya pada Ahad sahaja.

Selain tu kalau nak shopping gadjet dapur murah, pergi ke QVB, sila ke lower ground, situ ada jual gadjet yang murah.

Kopi
kalau dekat launnie, harga kopi sekali minum dlaam $4 and above. sesiapa yang addicted ke kopi tu, boleh lah ke 7E, harga air dalam $1 je, alangkah indahnya kalau 7E ada di LAunnie, sure banyak duit boleh jimat!!!

Tempat menarik

tak semestinya bila berjalan, nak kena pergi semua tempat berbayar, kalau seorang pergi, mungkin boleh lah lagi, tapi kalau ramai, memang bajet besar, sekali masuk tempat pelancongan dalam $30 and above/pax. So pergi lah tempat free, macam sydney botanical garden, sydney opera house(tour kena bayar, dalam $28), Manly (naik ferry), Chinese Garden dan banyak lagi lah yang free.


ni lah blue mountain, kalau beli mymulti3, boleh sampai kesini, free je

Manly Beach, macam beach biasa lah

skytrain dekat blue monutain, ada pakej untuk 4 jenis transport, agak tidak berbaloi rasanya untuk naik benda ini

wajib pergi: Sydney Opera House

Bondi Beach


dan akhir sekali, for muslim, kalau nak makan, cek kedia tu sama ada halal atau tidak, kalau tulis Malay tak semestinya halal, dan makan seafood di fish market, sila berhati-hati, sebab saya order seafood basket, sekali oyster dia ada bacon untuk topping dia, kalau yang tak biasa, sure dah makan, sebab saya selalu tengok, saya tahu tu bacon, dah double confirm dengan staff dia, sila tengok betul-betul kalau nampak pelik.

Untuk bersolat tu, sentiasa bawa botol air kosong, untuk bersuci dan berwudhuk, sebab tandas di OZ semua kering, bila nak berwudhuk tu, boleh lah ambil di sinki, tapi jangan lah sampai lecak jadinya, bila nak basuh kaki, isi air dalam botol dan masuk ke toilet untuk basuh kaki, supaya air tidak bersepah. Boleh lah sembahyang dimana-mana, asal janngn ganggu orang lalu lalang, kalau jumpe park, itu adalah yang terbaik.

kakcik: hehe, takut yang pergi makan rasa tak berbaloi kalau tak sedap
kakummi:thx, setuju, mahal pastu tak sedap, rasa nak refund je balik
kak fairy: kedai cina tu kureng skit rasa, tak tahu lah if memang rasa masakan cina mcm tu,

Thursday, February 7, 2013

Makan-Makan:Sydney

Kalau berjalan-jalan ni, benda paling best ialah mencari kedai makan HALAL! macam dekat sydney ni, agak banyak kedai halal compare dengan Launnie lah, tapi AWAS! banyak kedai Malay/Malaysia, tapi tak semstinya halal, mereka suka guna nama itu untuk tarik orang asian masuk ke kedai, so berhati-hati bila nak makan. So, saya nak cerita sikit kedai yang saya dah pergi haritu:


Chinese Noodle Bar 
terjumpa restaurant ni masa nak cari kedai lain, sekali ada tulis halal besar walaupun kedai cina, owner dia muslim, siap ada demo buat mee sendiri dekat situ,
ni sweet sour, ni sedap

obor-obor, tapi sejuk lah, ok je

ni masak seafood apa tah, kurang rasa

wajib try mee dia, tapi mee ni biasa je
nak lagi detail, cuba tengok review disini.

Harga:     berpatutan, dalam $10 - 20$/meal
Rasa:       ok lah, tak sedap sangat
Service:    sangat ok, siap ada free chinese tea
Alamat:    800 George Street, Haymarker (dekat dengan Paddy Market)


Nando's dan Oporto

yang ini tak payah cerita detail lah, sebab dekat  Malaysia banyak, kalau tak jumpa kedai halal, sila ke sini, sebab memang halal ayamnya (ayam sahaja), harga boleh lah tahan.




Malacca Straits on Broadway

ni kedai yang paling murah dan sedap yang saya rasa amat berbaloi untuk makan. Kalau nak ke kedai ni, boleh lah naik train samapi ke central dan naik bus ke broadway, saya jalan kaki dari central, ambil masa dalam 20 minit jugak lah, kedai ni tersorok didalam bangunan, agak sukar nak cari, tapi perhatikan signage kedai ni, ada je dekat lorong-lorong area broadwy. Owner dia chinese malaysia, dan sangat peramah orangnya, makanan banyak pilihan dan semuanya sedap.

nasi lemak dia, sambal dia sanagt awesome!

nasi ayam hainan:sos dia sedap

crying tiger beef: sedap!

ni masak macam paprik, boleh tahan lah


Harga:     murah dan berbaloi, ada meal below 10$
Rasa:       Sedap dan ada rasa setiap makannya
Service:    friendly owner dan cepat
Alamat:   Shop 5, 66 Mountain St, Broadway NSW
Details:     website dan FB

Teh tarik kedai ini kow!!

Cafe Kasturi

kafe ni memang saya cari since 1st time datang sydney. ada kata mahal, nasib baik jumpa haritu, owner dia melayu, siap ada hotel lagi, makanan restaurant ni agak kurang rasanya, tiada yang betul-betul sedap, ada masin dan ada yang rasa santan semata-mata, gambar pon tak ambil, harga amat berpatutan dengan portion makanan itu. dan air minuman sangat murah. terima kasih owner siap refill lagi teh ais kami, cuma kena improve rasa tu

Harga:     berpatutan dengan portion makanan
Rasa:       kurang rasa dan segalanya tetapi air teh aisnya sedap
Service:    friendly owner tapi slow sikit
Alamat:   767 George Street
Details:    website

Shalom Indonesia Restaurant (jangan pergi!!)

kedai ni menjual sajian indonesia, semuanya nampak sedap, kami order yang pedas, memang teramat-amat pedas!!! sedap rasanya, cuma service agak teruk, mintak tissue dekat staff dia, siap boleh suruh kita amik sendiri, padahal tissue tu sebelah dia, nak mintak air kosong, tapi dia kata kena caj $1 segelas! kalau kedai lain, biasanya free je!

gambar takde sebab staff dia bit rude!


Harga:     berpatutan untuk nasi but air melampau mahal
Rasa:      sedap dan pedas
Service:    staff dia kurang ajar sedikit dan slow!!!
Alamat:
Details:    tak payah pergi lah, sebab staff indon tu layan omputeh je baik, kalo muka asian ni, dia ingat orang kampung dia,